Selasa, 19 November 2013

Amali Banding. 10 hari 9 malam. cerita 2.

aku tak tahu nak tulis apa sangat pasal Banding ni. untuk feel lebih, kau kena pergi sendiri Amali Banding and then you will know la the feeling of Banding itself. tapi aku story je la apa yang aku rasa macam best dan apa yang aku ingat je la. yang aku tak ingat tu, memang wassalam je la.

jadi untuk aktiviti Banding, kitorang ada buat beberapa aktiviti contohnya Abseiling, Kayak, Kayak Orientaring, Flying Fox dan ada la beberapa benda lain. antara banyak aktiviti yang ada untuk Amali Banding, aku dengan group member aku buat Abseiling dulu. untuk pergi ke tempat abseiling, kitorang kena berkayak dulu. aku memang suka je berkayak tapi tetiba masa nak pergi tempat abseiling tu, hujan - angin kuat pulak tetiba je melanda. dugaan habis la masa nak pergi abseiling tu. tapi kira alhamdulillah sebab hujan and angin kuat sampai masa kitorang da nak sampai ke tempat tu.

just imagine je la kalau tengah-tengah kayak, tetiba angin maha kuat datang. mahunya kau tak cuak sebab takut capsize secara tetiba je. bila da sampai tempat abseiling, terus je angkat kayak ke tempat yang tinggi dan masuk sedikit ke dalam hutan. paling azab nak angkat kayak Nova sebab toggle (pemegang ) dia da takde. memang terasa macam angkat apa je la. tulang belakang da sakit macam baru kena pijak dengan tapak kaki gajah.

lepas selit-selitkan kayak kat celah-celah pokok dalam hutan tu, terus bergerak ke tempat abseiling and ada la beberapa orang fasi da tunggu kat situ. tapi tak terus buat abseiling sebab angin kuat still ada. jadi kena tunggu reda sikit baru boleh teruskan aktiviti abseiling tu. macam biasa, untuk setiap aktiviti rekreasi, apa yang penting ialah safety. jadi belajar la beberapa ikatan sebagai safety bila nak main abseiling . abseiling ni lebih simple dari Flying Fox dan tak berapa rumit sangat. itu bagi aku la.


by the way, sebelum tu. ada tak yang tak tahu Abseiling tu apa? okay, untuk yang tak tahu, menurut wikipedia

Abseiling(/ˈæbseɪl/ or /ˈɑːpzaɪl/; from German abseilen, meaning "to rope down"), also called rappelling, is the controlled descent down a rock face using a rope. 

senang cerita, abseiling ni macam satu aktiviti kau turun dari atas ke bawah ataupun dari satu tempat tinggi ke tempat yang rendah. Abseiling ni memang sangat bagus untuk atasi gayat dan fobia kau terhadap ketinggian. apa yang penting ialah untuk kau yakin dengan segala safety dan alat yang digunakan untuk main Abseiling ni. aku pernah buat Abseiling sebelum ni, sekali je which is masa join event dekat Awana Genting, Jun 2012. da lama sangat. event kat Awana tu macam light light je. tak berapa ekstrem la. tapi masa aku amali banding ni, it is totally awesome.

memang terasa macam stuntman habis. turun dari atas ke bawah and then lompat kanan - kiri sikit and lompat penuh gaya ke bawah *bapak poyo ayat kau, KAH KAH KAH* by the way, it is good experience and one of a good way to overcome segala jadah ketakutan kau terhadap tinggi dan sebagainya. lepas main abseiling tu, masa tu da nak maghrib. agak lambat untuk balik ke basecamp dan suasana mula gelap. adalah amat berbahaya untuk kau kayak pada waktu malam jika kau seorang amatur *macam aku dan rakan-rakan*

1) sebab kau boleh sesat
2) kau boleh sesat
3) kau akan sesat sebab kau amatur.

masa tu kira macam first time jugak la aku dengan kengkawan buat Night Kayaking. feeling masa tu untuk aku, aku rasa macam syok jugak sebab ni first time buat aku. and aku asyik pandang langit je sebab aku nak tengok bintang. malam tu bintang agak lawa. :) tapi sometimes, rasa seram la jugak sebab malam, kau tak nampak apa. dan macam mana kalau capsize? *the most scariest thing masa tu yang aku pikir* aku asyik terpikir pasal Piranha, Buaya, Anaconda, Toman and segala jadah movie air yang menggigit la. *macam mana kalau kena gigit? terasa macam mental aku sangat bangang* tapi nak tak nak, kena atasi segala ketakutan tu and layan bintang dekat langit.

masa tu aku Night Kayaking dengan Saza, semuanya macam okay la jugak and kayak takde la ke kiri atau ke kanan sangat atau tetiba ke tengah sangat. just follow Nabil *fasi* kat depan je. masa tu memang trust habis dekat Nabil and tak mahu pikir panjang da. tapi seirus benda tu adalah sangat cool eventhough berbahaya. worth to try la actually Night Kayaking ni sebab test kau punya fokus dan test mata kau. bagi aku yang rabun malam, macam sadis abadi jugak untuk diri sendiri. masa tu bergantung harap dekat Saza je.

aku sebenarnya nak tulis lagi, tapi mata da start mengantuk mintak tidur, jadi stop la dulu padahal nak tulis banyak lagi. jadi selamat malam. sweet dream and have a good rest :) sorry kalau entry ni pendek and macam bangang je bahasa yang aku guna. hahahahaha, akhir-akhir ni malas nak pikir pasal bahasa da. doa-doakan la aku ada semangat nak update blog dengan lebih lagi.

assalamualaikum and thanks sebab membaca.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...