Jumaat, 3 Mei 2013

Main Gila by Lejen Press

assalamualaikum dan selamat petang


Main Gila ialah kompilasi cerpen yang telah ditulis oleh 16 orang penulis yang versatil dan cukup gila. haha. sumpah la diorang punya otak memang luar biasa. aku beli buku ni dekat PWTC masa Pesta Buku Antarabangsa dekat gerai Lejen Press - Fixi.

aku beli buku ni sebab salah seorang penulis dia, Shahir Yusoff adalah kawan aku yang selalu jugak la layan tweet-tweet bangang aku kat twitter. haha. jadi , Shahir ni selalu jugak paksa aku beli. ye la, Shahir, aku da beli ni!

serious talk, cerita Main Gila ni sangat best!!!!!!!!!!!!!!!! cerita yang kawan aku buat tu pun sangat best! cerita ni mempunyai asas mengenai pembunuhan - pembunuh upahan - bunuh2 tahap gila punya dan apa2 je la yang berkaitan dengan pembunuhan.

senang cerita semua 16 cerpen ini adalah berkaitan dengan pembunuhan yang dahsyat. aku paling suka Innocent - Nurarnida Sabrina. even dia perempuan dan cerpen dia adalah satu-satunya dalam bahasa inggeris, tapi pembunuhan yang dilakukan oleh watak dalam cerpen dia adalah paling ngeri sekali!!

aku da boleh, UWEKKKKKKKKK. serius nak muntah2 kat dalam bilik masa baca Innocent. anda-anda sekalian mestilah mendapatkan buku ini dengan kadar segera sebab sangat worth untuk beli. bagi aku, buku-buku Lejen Press dan Fixi adalah susah nak dapat. kalau ada pun, bukan apa yang kau inginkan. sebab tu la , hari sabtu lepas aku sanggup bersesak-sesak ayam dekat PWTC untuk grab buku2 dari Lejen Press - Fixi ni.

bila da baca, memang asyik membaca sampai tak buat kerja lain. hiks. banyak lagi buku yang aku tak buat review. sabar naaa. sabar. nanti aku review jugak. jadi, apa lagi, dapatkanlah buku Main Gila dengan kadar segera!!! *aku harap lejen press bagi aku gaji sebab promot dorang, KAH KAH KAH*

TAJUK BUKU : MAIN GILA -sebuah antologi cerpen-
PENERBIT : LEJEN PRESS 
HARGA : RM 18.90
MUKA SURAT : 206

selamat membaac!!!!!!!!!!!!!!!!! XD

1 ulasan:

Siti Nadzirah Zakariah berkata...

weeee.. masih ingat aku lagi? ok mesti x ingat da -.-' aku tertarik dengan post FIXI kau tu. Serius aku tengah cari, baru nak berjinak-jinak. Loser gila kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...