Khamis, 25 April 2013

Isu Hutan. Severn - Cullis Suzuki

Assalamualaikum dan selamat petang.

hari tu Dr. Ebil, pensyarah Sains Hutan aku ada suruh buat kuiz berkenaan dengan isu hutan. jadi aku amik 2 isu hutan yang aku suka iaitu Kepupusan Flora dan Fauna serta Pembakaran Hutan.

so, here we go. selamat membaca!! hahaha. kekdahnya ni esaimen aku jadi ayat pun agak nak skema habis. tapi aku rasa tak la skema mana pun. aku da rasa macam buat esei BM SPM pun ada. hiks.





Severn Cullis – Suzuki telah menyertai Sidang kemuncak Rio De Janeiro pada tahun 1992. Beliau telah menyampaikan ucapan mengenai isu alam sekitar daripada perspektif kanak-kanak. Pada masa itu, beliau masih berusia 12 tahun. Severn Suzuki telah datang ke Sidang Kemuncak tersebut bersama-sama rakan beliau iaitu Michelle Quigg, Vanessa Suttie dan Morgan Geisler. Mereka datang ke Sidang Kemuncak Rio dengan mengumpulkan duit mereka sendiri.

“if you don’t know how to fix it, stop breaking it.” Severn Cullis – Suzuki. Sidang Kemuncak Rio 1992

Hutan di dunia memang luas. Hutan meliputi biodiversiti, ekosistem dan sebagainya. Terdapat beberapa isu yang telah dibincangkan semasa Sidang Kemuncak Dunia atau nama komersialnya ialah Earth Summit. Sidang kemuncak yang paling baharu adalah pada tahun 2012 yang telah membincangkan mengenai ekonomi hutan, krisis sumber tenaga dan sebagainya.

Antara 10 isu hutan yang kini hangat diperkatakan oleh dunia sejagat ialah pembakaran terbuka. Antara pembakaran terbuka yang terkenal ialah Pembakaran Peshtigo, Wisconsin yang telah terjadi pada tahun 1871 dan telah mengorbankan lebih 2500 nyawa.

Selain itu, antara 10 isu hangat dunia yang lain mengenai hutan  ialah pembalakan secara haram, kepupusan flora dan fauna, pertanian tanam dan pindah dan sebagainya. Namun apa yang paling menjadi keutamaan dan  paling merisaukan ialah tentang Kepupusan Flora dan Fauna serta Pembakaran Terbuka yang semakin menjadi-jadi darsawarsa kini. Daripada segi banjir pula, negara China telah merekodkan kematian yang paling banyak jika melibatkan kejadian banjir  iaitu sebanyak 12 710 201 orang telah mati dalam sejarah dunia mereka.

Kejadian tsunami yang telah terjadi pada 26 Disember 2004 di Banda Acheh telah berlaku dengan teruk dan juga telah menjejaskan negara kita sedikit. Jika dahulu Malaysia kaya dengan segala pokok paya bakau yang tersusun cantik di persisiran pantai semenanjung barat Malaysia. Namun kerana dek kerakusan manusia, pokok-pokok tersebut telah ditebang maka tsunami yang telah berlaku di Acheh juga telah memberi kesan kepada negeri-negeri kecil yang agak hampir dengan Banda Acheh seperti Kedah dan Perlis.

Umum mengetahui pokok paya bakau di persisiran pantai merupakan penahan ombak semula jadi yang sangat efektif dan sangat berkesan dalam menahan serta mengelakkan kejadian banjir daripada berlaku dengan lebih teruk. Dek kerana benteng semula jadi – pokok paya bakau – telah ditebang, maka negeri-negeri seberang daripada Banda Acheh juga terpaksa menerima tempiasnya

Jika anda semua perhati, hutan mempunyai banyak fungsinya yang tersendiri. Antara fungsi hutan ialah

1) Penahan ombak dan banjir
2) Akar pokok menyerap air hujan dan boleh mengelakkan tanah runtuh
3) Menjadi habitat kepada segala flora dan fauna
4) Pembekal oksigen semula jadi
5) Boleh memberi ketenangan dan juga penyejuk kepada bumi ini sendiri

Hutan itu bagaikan pengalas kepada muka bumi. Tanpa hutan, maka bumi akan menjadi cacat dan cela. Antara 2 isu mengenai perhutanan yang saya ingin ketengahkan ialah mengenai

1) Kepupusan flora dan fauna
2) Pembakaran terbuka

Flora merujuk kepada tumbuh-tumbuhan manakala fauna merujuk kepada haiwan. Jadi maksud kepupusan flora dan fauna ialah kepupusan tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan. Hutan Amazon terkenal kerana flora dan faunanya serta kehebatan biodiversitinya yang begitu mengagumkan dunia. Hutan Amazon juga terkenal dengan sungai kedua terpanjang di dunia iaitu Sungai Amazon yang umum juga mengetahui sungai tersebut mempunya ekosistem yang sangat lengkap dan menarik.

Namun apa yang merisaukan baru-baru ini, sudah 20% hutan amazon telah rosak di tangan manusia. Ini baru tahun 2013 dan masih menuju ke dunia alaf baru. Ekosistem yang terletak cantik di Perhutanan Amazon mula terganggu.

“I am here to speak for the countless animals dying across this planet because they have nowhere left to go.”  Severn Cullis – Suzuki, Sidang Kemuncak Rio, 1992.

Flora dan Fauna amat penting untuk kemanan sejagat dan juga untuk masa hadapan. Antara fauna yang telah didapati pupus di dunia ini ialah

1) Pyrenean Ibex, 2000.
2) Mariana-Mallard, 2004.
3) Yangtze River Dolphin, 2006
4) Caribbean Monk Seal, 2008

Dan yang paling terbaru ialah Pinta Island Tortoise, 24 Jun 2012. Kita telah terlepas untuk melihat haiwan-haiwan ini berada di hadapan mata kita. Tidakkah anda berasa sangat rugi apabila haiwan-haiwan tersebut telah hilang ditelan muka bumi kita buat selama-lamanya.

Antara haiwan yang telah masuk The IUCN Red List System ialah Panda, Leatherback Turtle dan juga Harimau Malaya. Adakah kita ingin membiarkan haiwan-haiwan ini terus pupus ditelan zaman dan kanak-kanak pada masa hadapan tidak akan dapat melihat haiwan-haiwan ini di habitat asal mereka?

Persoalan yang sering bermain di fikiran. “adakah pada suatu hari, kita akan melihat semua haiwan ini melalui rakaman-rakaman National Geographic dan kita tidak akan mampu melihatnya secara nyata kerana semuanya telah pupus?”

Antara punca flora dan fauna ini pupus ialah

1) Hutan ditarah dengan rakus lalu fauna tiada tempat untuk tinggal. Contohnya Harimau Malaya yang telah hilang habitat untuk tinggal apabila banyak pokok di hutan telah ditebang
2) Panda dibunuh untuk mendapatkan kulitnya yang hangat serta dagingnya yang enak. Lama-kelamaan , Panda juga akan pupus pada suatu hari nanti walaupun telah banyak usaha pemuliharaan telah dijalankan.
3) Jangan disangka bilangan gajah yang banyak tidak akan pupus. Gajah juga telah dibunuh dengan rakus untuk mendapatkan gadingnya yang berharga
4) Hutan telah dijadikan tempat empangan. Beratus malah berjuta ekar hutan telah dikorbankan semata-mata untuk tenaga dan digunakan untuk manusia

Isu krisis sumber tenaga telah hangat diperdebatkan di Sidang Kemuncak Rio 2012. Negara-negara maju telah mencadangkan untuk menggunakan tenaga nukleur di mana ianya adalah sangat bagus. Itu  mengikut apa yang dikatakan oleh Mahir Aliyev – Wakil Eropah Ukraine Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pada zaman dahulu, kita telah banyak mengorbankan hutan untuk menghasilkan tenaga hidroeleketrik dan juga menghasilkan empangan yang luas. Berjuta-juta hektar hutan telah hancur musnah. Banyak spesis flora dan lagi-lagi fauna telah hancur musnah malah tidak dijumpai lagi.

Dalam membentuk dunia dan hasilkan tenaga yang lebih banyak untuk umat manusia, kita lupa akan ekosistem serta biodiversiti hutan yang hakiki. Kita lupa bahawa flora dan fauna memainkan peranan yang penting dalam ekosistem. Sistem eko dunia boleh terjejas jikalau flora dan fauna menuju ke arah pupus. Lihat sahaja dunia zaman dahulu apabila dunia ini sunyi tanpa apa-apa flora mahupun fauna.

Jika tiada flora, bagaimana manusia ingin bernafas? Jika tiada fauna, bagaimana manusia ingin meneruskan kelansungan hidup dari segi makanan dan juga ekonomi. Kita harus memelihara flora dan fauna ini untuk simpanan sejagat masa hadapan. Kita tidak mahu anak-anak remaja masa hadapan tidak kenal apa itu panda dan bagaimana rupa panda.

Cukup sajalah kami tidak mengenali Yangtze River Dolphin dan juga Carribean Monk Seal, janganlah pula anak-anak masa hadapan tidak kenali haiwan-haiwan yang makin lama makin pupus ini. Segala proses atau usaha pemuliharaan adalah amat penting. WWF sering melaksanakan beberapa aktiviti untuk menyelamatkan flora dan fauna yang hampir pupus ini.

Walaupun tidak berkaitan dengan hutan, namun baru-baru ini WWF telah melaksanakan program mereka iaitu ‘MARI SELAMATKAN PENYU.’ Ye. Penyu juga sudah masuk kepada haiwan yang semakin pupus. Burung Cenderawasih juga sudah masuk ke dalam haiwan yang hampir pupus.  Ketiadaan atau hilangnya hutan dan habitat mereka ialah antara punca dan penyumbang utama haiwan-haiwan ini telah pupus. Manusia rakus dalam menebang pokok-pokok, menjadi hutan sebagai tempat empangan dan semuanya telah menyebabkan haiwan ini mati dan tiada tempat tinggal serta hilang sumber makanan untuk kelangsungan hidup . Secara tidak lengsung telah menjejaskan ekosistem dunia serta biodiversiti.

”You don't know how to fix the holes in our ozone layer.” – Severn Cullis – Suzuki – Sidang Kemuncak Rio 1992.

Pembakaran terbuka giat berlaku akhir-akhir ini. Antara pembakaran terbuka yang paling popular pada abad ke 21 ini adalah Kebakaran Hutan Victoria Australia 2009 apabila mengorbankan 181 nyawa dan lebih 3000 rumah musnah. Kebakaran berlaku selama beberapa hari lamanya dan hampir mencecah selama 2 minggu tanpa henti.

Kebakaran hutan telah menyebabkan banyak nyawa hilang. Nyawa manusia dan termasuk juga nyawa flora dan fauna. Bukan sahaja manusia hilang tempat bergantung apabila hutan dibakar malah haiwan juga hilang tempat tinggal mereka.
Manusia hilang tempat untuk mengutip hasil jualan mereka dan tiada tempat untuk mereka mengutip herba dan hasil spesismen untuk kajian pelajaran mereka di univerisiti. Bayangkan sahaja jikalau Hutan Simpan Ayer Hitam yang luas itu hancur musnah terbakar, segala spesis berharga flora dan fauna akan hilang begitu sahaja dan manusia pasti akan terasa rugi kerana tidak sempat untiuk melihat keindahan alam.

Apabila pembakaran terbuka berlaku, terdapat beberapa kesan jelas dapat kita lihat

1) Jerebu akan berlaku
2) Hilangnya spesis flora dan fauna
3) Suhu akan meningkat dengan mendadak
4) Ekosistem serta biodiversiti akan terganggu

Pembakaran terbuka berlaku kadang kala adalah daripada perbuatan khianat manusia. Ada manusia yang memang sengaja menimbulkan pembakaran terbuka. Jika dahulu, masyarakat orang asli atau pedalaman sering mengamalkan pembakaran terbuka sebelum mereka berpindah ke kawasan lain. Mereka akan bakar tempat yang mereka diami sebelum itu.

Mereka juga mengamalkan sistem pertanian tanam dan pindah yang sekali gus menghilangkan nutrient dalam tanah dan tidak sesuai untuk ditanam lagi. Pada tahun 2005, Hutan Sumatra telah terbakar dengan teruk dan telah menjejaskan Malaysia lalu mengakibatkan jerebu yang teruk sehingga Malaysia terpaksa mengiisytiharkan darurat pada waktu itu.

Kesan implikasi jerebu tersebut, rakyat telah mula mendapat penyakit seperti radang paru-paru, penyakit mata, kulit dan buat pesakit asma, mereka tidak dapat bergerak dengan bebas pada waktu itu bagi mengelakkan mereka berada dalam keadaan yang lebih teruk. Apabila diisytiharkan darurat, sekali gus jerebu telah mengakibatkan sektor pelancongan negara telah terjejas teruk dan ekonomi mula merudum jatuh.

Hanya kerana pembakaran terbuka, semuanya terjejas teruk dan untuk mengatasi atau menangani masalah tersebut, kerajaan Malaysia telah tegas melaksanakan beberapa akta berhubung perkara Pembakaran Hutan Terbuka ini.

Mengikut peruntukan di bawah akta kualiti alam sekliling, 1974, kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa perkara penting

1) Seksyen 29A, tidak dibenarkan melakukan pembakaran di mana-mana premis
2) Perintah Larangan di bawah seksyen 29AA, menteri melalui warta boleh
menentukan keadaan-keadaan di mana pembakaran tidak boleh dilakukan sama sekali.

Dan terdapat juga beberapa akta lain yang telah dinyatakan serta dikuatkuasakan. Pembakaran hutan secara terbuka juga boleh mengakibatkan suhu menjadi tinggi lalu mengakibatkan lapisan ozon menjadi nipis.

”I am afraid to breathe the air because I don't know what chemicals are in it.” Severn Cullis – Suzuki , Sidang Kemuncak Rio, 1992.

Apabila lapisan ozon menjadi nipis, sinaran UV akan masuk ke atmosfera kita dan akan mengakibatkan katarak mata dan beberapa penyakit lain seperti kanser kulit dan sebagainya. Apabila suhu meningkat, bongkah-bongkah ais juga akan cair dan paras air laut dunia akan meningkat. Apabila ini berlaku, banjir besar seperti yang berlaku pada zaman nabi Nuh kemungkinan boleh berlaku sekali lagi.

Pernahkah anda mendengar tentang tanah arab yang tiba-tiba sahaja mempunya salji dan juga Afrika Selatan telah turun salji buat pertama kalinya pada 7 Ogos 2012 di Johannesburg. Tahukah anda antara perubahan iklim ini adalah kerana peta dunia sedang melalui perubahan. Plak-plak tetonik yang menunjangi dunia mula berubah apabila paras air laut dunia mula meningkat.

Jadi jangan terkejut jika suatu hari nanti Asia Tenggara juga akan dilitupi dengan salji. Semuanya berasal daripada pembakaran terbuka. Pembakaran terbuka mengakibatkan jerebu dan suhu meningkat naik. Lalu menipiskan lapisan ozon dan mencairkan ais di kutub utara dan selatan. Paras air laut dunia meningkat dan bencana terjadi.  Semuanya hancur musnah begitu sahaja dan berkait antara satu sama lain. Apabila pembakaran terbuka berlaku, ianya bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat di situ sahaja tetapi sebenarnya ia mula mengjangkiti dunia bagaikan parasit.

Bilakah dunia akan jatuh di bunuh parasit?

“prevent is better than cure.”

Diharap para saintis dan para masyarakat di luar sana dapat berfikir dengan sehabis baik dalam memulihara alam sekitar terutamanya hutan. Hutan merupakan sumber kepada umat manusia dari zaman paleolitik lagi. Jadi, dalam mengeksplotasi hutan untuk umat manusia, sesi memulihara dan memelihara hutan juga amaatlah penting bukan sahaja untuk kita malah untuk remaja pada masa akan datang.

Akhir kata kepada para pemimpin dunia yang mengambil berat akan alam sekitar serta hutan dan ekosistem,

“You grown ups say you love us. I challenge you, please make your actions reflect your words. Thank you for listening.” -  Severn Cullis – Suzuki , Sidang Kemuncak Rio, 1992.

p/s
sehingga kini Severn Cullis – Suzuki telah dikenali dengan nama ‘The Girl Who Silenced the World for 5 Minutes’.

2 isu hutan yang telah dikupas
1) Kemusnahan flora dan fauna
2) Pembakaran terbuka



tadaa!! sekian dari aku. :)

video Severn - Cullis Suzuki


buat sesiapa yang nak baca full text Severn - Cullis Suzuki, boleh klik link kat bawah ni.

@Severn - Cullis Suzuki

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...