Jumaat, 26 April 2013

Novel Review - Bau Semangat Anak Muda.

assalamualaikum dan selamat petang.


bau semangat anak muda - Nami Cobb Nobbler - Lejen Press adalah novel yang ditulis oleh Nami sekali lagi. aku beli novel ni lepas aku beli Awek Chuck Taylor. buku ini agak nipis tapi worth la jugak kalau dibeli.

Bau Semangat Anak Muda atau nama bahasa inggeris dia, Smells Like Teen Spirit , serius cerita dia sangat best, sangat remaja dan perjalanan hidup seseorang sangat hidup. masa kau baca cerita tu, seolah-olah kau la menjadi watak utama dalam novel tu.

cerita Bau Semangat Anak Muda mempunyai watak yang sangat hidup dan seolah-olah kau fikir, cerita ni macam Awek Chuck Taylor , semua watak dia pernah hidup?

Setting Bau Semangat Anak Muda ialah Klang Valley - Cheras - BB - TS dan kawasan sekitar dan waktu dia ialah 90's dan awal 2000. bahasa Nami pun agak seronok untuk kau baca. bila kau baca buku ni, eh? tetiba da habis baca? eh? tetiba da sampai muka surat terakhir. like seriously, AKU NAK SAMBUNGAN BAU SEMANGAT ANAK MUDA!!!

hahahaha. nampak tak cerita ni sangat best sampai kau boleh obses dengan cerita ni. apa-apa pun BAU SEMANGAT ANAK MUDA ialah novel wajib beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.

tajuk : Bau Semangat Anak Muda
penulis : Nami Cobb Nobbler
penerbit : Lejen Press
harga : RM20


kalau nak baca sinopsis, kau bukak la sendiri website Lejen Press. aku memang malas nak tulis sinopsis dia kat sini. sekian. :) selamat membeli!!!

p/s
cerita ni memang sangat seronok :)))))

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...