Rabu, 23 Januari 2013

trip to Kedah. -cerita lama bak hang!

assalamualaikum and a very good evening.

sekarang aku da mula rajin balik tau nak menaip semula. hehe. entah istiqamah, entah tak, itu belakang cerita, yang penting sekarang, aku nak menaip dulu. okay! tajuk entry kita pada hari ini ialah Trip to Kedah !!!

actually, da lama gila kot percutian aku ke Kedah ni. aku gelar ia sebagai backpackers. haha. jadi, ahli backpackers ialah aku dan juga Haidhar si ex rumate masa zaman asasi. manakala tour guide semasa di Kedah ialah Gee dan juga Din.

jadi, perjalanan aku kedah pun bermula dengan berjalan sana sini sambil dipandu oleh Haidhar dan Gee mula bagi direction.

1) first place yang kitorang pergi ialah



Muzium Padi!!!!!!!!!!!! yeay!! at first aku macam blur-blur. jadah apa, padi pun kena ada muzium and lepas masuk that muzium, aku rasa amaze gila barbie. hiks. banyak la benda2 best ada kat dalam tu. disebabkan, kat dalam tu, banyak gambar diambil dari kamera Haidhar, maka kurang gambar dari kamera aku, jadi makin kuranglah gambar kat entry ni. haha

aku pun tak dapat nak tunjuk apa yang ada kat dalam tu. tapi kira worth la jugak kau datang situ sebab banyak informasi menarik kau boleh dapat. that muzium bukan la 100% about padi what so evah . ada je banyak benda lain.



kat dalam muzium padi ni, ada la jugak macam tower yang direka khas untuk kau usha pemandangan sekeliling gunung jerai. but not the real gunung jerai la. it is just painting after all. tapi nampak macam real kot!!

banyak aksi2 camwhore terletak pada kamera Haidhar, maka aku tak dapat post aksi menarik lagi lincah ala-ala jakun kat dalam blog ni. hahaha.

oh! tiket masuk adalah 3 ringgit :) so, sangat murah dan apa lagi! datang la bercuti ke kedah dan pergi singgah ke Muzium Padi. =.=' aku da terasa macam Tour Guide pulak.

2) next place is


menara alor setar!!!!!!!!!

yes! masa aku, Gee, Haidhar dengan Din pergi menara alor setar, kau jangan cakap la dia punya cuaca, =.=' sangat teruk okay. dengan hujan lebat tahap gaban and so on. tapi actually, seronok je lepak atas menara alor setar tu even aku rasa macam nak terbang je.

angin banyak gila bak hang!!! aku da boleh terasa macam nak jadi superman pun hado! kah kah kah.


feelin ombak rindu katanya. bwahhaha. aku pun tak tahu apa yang aku feeling masa tu. tapi serius best gila masa tu. dengan air hujan  tempias tempias kena muka . lagilah feeling gila bila aku isytihar diri aku ni sebagai pencinta alam. jadi segala bagai badai atau air hujan  itu, ah! persetankan. takde apa pun. hee. terasa enak dijiwa :P

tapi lencun la jugak bila da turun dari menara alor setar tu.

3) next place aku jejak ialah!!


pekan rabu!!!!!!!!!1 even din sebagai orang kedah pun, dia jarang datang sini. hiks. Pekan rabu ni memang orang kata tempat nak membeli belah dalam harga pukal la. murah pun murah. banyak pilihan pun ye. =.=' sampai kau rasa, "eh? nak beli yang itu! eh? nak beli yang ini?"

hasilnya rambang mata. =.='

oo, kat situ jugak la aku jumpa A Samad Said. tapi disebabkan beliau da lanjut dan sedang makan cendol *tak pasti dia makan cendol ke benda lain -,-' harap maklum, da lama trip ni ye. * maka aku dan lain memutuskan bahawa, "dia nak makan, tak baik kacau! okay! kitorang terus belah.

dan Gee pun memborong sakan. dan Din juga. aku rasa aku tak beli apa2 kot. eh? haha.

4) disebabkan cuaca menjadi elok, maka next pace ialah Marina bay!!




aku sebenarnya kagum yang aku masih ingat nama tempat2 kat kedah yang dah berbulan bulan aku tinggalkan. mengenangkan aku ni seorang yang pelupa, maka dengan ingat nama-nama tempat ini, ianya sesuatu yang sangat membanggakan bagi aku . kah kah kah

ini adalah muzium yang terletak dengan Marina Bay. Marina Bay ni jugak dekat dengan Jeti Kuala Perlis kalau tak silap aku. entah =.=' okay, yang ni betulkan aku kalau aku salah. aku malas nak google. hee.

jadi, aktiviti di situ penuh dengan aksi camwhore lagi terlompat lompat penuh jakun sebab pemandangan dia sumpah flawless bak hang!


rumah api!!! beria ia amik gambar kat sini sebab jakun nampak rumah api. :3



laut!!!! dan banyak kapal nelayan di situ :) nelayan da tak naik sampan ke laut =.='

maka, disebabkan aku da malas nak menaip lagi. letih woih. aku memutuskan untuk berhenti sampai di sini sahaja. next entry , aku akan post pasal trip ke Kedah,

1) Rumah Gee
2) Sawah padi rumah Gee
3) pengalaman naik keretapi first time. so, agak batak la. :) but actually, gila best naik keretapi!!! XD so much fun.

jadi, sampai di sini sahaja dulu. babai XD









1 ulasan:

Ana Faryana berkata...

rumah gee kat bendang ke??
waahh kene pegi ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...