Jumaat, 25 Januari 2013

Trip to Kedah. backpackers katanya!!

assalamualaikum and a very good morning.

setelah berjimba-jimba tahap ayam batak tak pernah pergi Kedah *aku la tu orangnya* . setelah berjalan-jalan di Muzium Padi, Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan juga Marina Bay, aku dan warga backpackers yang lain memutuskan untuk pergi melahap kat rumah Gee.

ooh lupa nak bagi tahu, ni update entry selepas entry

@Trip to Kedah -ceita lama bak hang!

mohon baca . ini bukan permintaan tapi suatu paksaan. haha. kbai

maka, kitorang pun terus je la ke rumah gee untuk makan malam and aku bagi tahu awal-awal, kenyang gila nak mampus makan malam kat rumah gee! haha. thanks gee untuk serve makan malam kitorang. yang penting.

SEDAP!!

FREE!!

DAN KENYANG!!



ada sate!! yum yum yum


ada mee jugak!


ada air oren yang sedap jugak! perghh. sedap woih.



ini la keseluruhannya!! actually ada lagi hidangan lain, tapi takpe la, malas aku nak post satu satu gambar kat sini. kang korang terliur pulak. haha. buat susah aku je *padahal aku yang terliur gila sekarang ni*

seriously, masa tu kenyang gila . nak gerak pun susah! memang appreciate so much dekat Gee sebab serve dinner yang sangat seronok dan woah!! power gila dinner kau! XD

untuk keesokan harinya, ialah hari sembelih kambing. actually, aku dengan Haidhar datang ke kedah ni sebab family din buat kenduri berkhatan. so, da alang2 tu, aku dengan Haidhar decide la nak lepak pusing2 kedah ni sepam dua. tu yang Gee dengan Din bawak jalan-jalan.


Din ada bela kambing sendiri. so, ini kambing Din la kiranya. da macam penternak berjaya. ini ialah kambing Din yang berusia entah berapa tahun. nama dia pun aku tak tahu. haha.



ini ialah kambing Din setelah kena sembelih. the end

macam yang aku bagi tahu, Din kan ada bela kambing sendiri, kandang kambing tu, kat belakang rumah dia je. kadang2 sebelum tidur, aku dengan Haidhar dengar je bunyi anak kambing mengembik., haha. aku yang takde kampung ni memang batak la bila dengar semua bunyi2 tu. bukan bunyi hantu pun. just bunyi kambing mengembik. haha.



kambing-kambing Din di dalam kandang kambing Din *aku terasa macam aku mensi Din lagi banyak dari kambing. haha*


ni pulak aktiviti yang aku dengan Haidhar buat. actually, ni kitorang tengah kutip rumput rumput untuk kambing Din makan! yeay!! semangat tau aku dengan Haidhar kaut semua ni. haha. *poyo lebih padahal rumput banyak dikaut Din actually*

lepas bersiap-siap mandi, aku, Din and Haidhar bersiap siap nak lunch kat rumah gee sekali lagi! *kalau makan je, mesti singgah rumah Gee! haha*



ayam goreng!! actually, kitorang makan nasi ayam. yum2x. sedapnya :)



ni pulak sayur sayuran! something yang memang tak akan aku sentuh. hee. lagi2 tomato. err, rasa dia pelik kot. aku tak boleh nak makan tomato. benda bulat berlembik. blerhhhh

btw, kat rumah Gee, ada permandangan sawah padi yang sangat cantik! aku memang perghh, flawless gila permandangan kat kawasan rumah Gee. memang jeles habisan la. memang cun!



jeles!!!!

jadi, bagi melengkapkan aktiviti backpackers, aku dengan Haidhar decide nak balik KL Sentral dengan naik!!!!



keretapi!!!!!!!!!!!!!!!! *jejoget

seronok okay naik keretapi. aku da la first time naik benda alah ni., memang batak gila kau masa aku dapat naik! haha. teruja bak hang aku cakap! aku amik tempat tidur bahagian atas. wii. sangat seronok. aku teringin nak naik keretapi lagi. :( siapa nak naik dengan aku?!!


siapa yang tak pernah naik keretapi, ini la hall dia. not la hall . ini la laluan dia. so cuteeeeeeee. aku da terasa macam naik keretapi nak pergi Hogwarts. haha.

serius rasa best sangat2 dapat naik keratapi. tapi agak lama jugak. aku naik keretapi pukul 920 malam cenggitu and sampai KL pukul 830 paagi. perghh. lama gila. tapi tak la rasa bosan sangat pun. best kot naik keretapi!! XD



peneman aku dikala bosan masa kat dalam keretapi  XD.

serius, pengalaman pergi kedah sangat seronok. pergi sana . pergi sini. pastu dapat naik keretapi lagi . dapat dengar bunyi kambing memalam. haha. benda tu macam not familiar kat tempat aku tinggal. so macam woah! best gila kalau aku ada kampung cenggitu

okay. till then. tamatlah sudah entry pasal Kedah. malas aku nak taip panjang2. hahaa. tak berdaya dan takde modal nak membebel lagi. okbai!

stay tuned for the next entry :)


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok. kedah sangat lawa. membe aku ajak, tapi sampai skrg tak pernah2 sampai lagi rumah dia.hehe

FarhanahAdzlan berkata...

teringin nak pi kedah tengok sawah2 bagai.ada kampung tp mcam bandar dah ada kondo bagai kat kampung-,-
bestnyee jeless espicially part makanan hahaha

Unknown berkata...

Bestnyaaa~ Nak balik kampung jugak! huhu.

*nampak Cheezels* Nakkk! haha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...