Ahad, 8 Julai 2012

Novel Review : Hello, Mr Perfect!

assalamualaikum wbt dan selamat petang buat semua.



dah baca? dah baca? I bet you will.

Hello, Mr Perfect adalah sebuah novel dari Waniey Zakaria yang aku rasa memang sangat best! aku habiskan novel ni dalam masa 24 jam sahaja sebab cerita ni memang tersangat la best! takdenya nak stop-stop bila dah start baca 1 novel best.

haha.

kalau nak tahu pasal sinopsis dia, aku malas la pulak kan nak taip. mahunya panjang menjela dan aku bukanlah dari kaum yang rajin izzuew.

dengan ketebalan sebanyak 674 serta terbitan dari Kaki Novel, korang memang patut beli buku ni okay! buku ni memang santai dan takde ayat berat sangat pun. sesuai la untuk semua golongan pembaca dari umur 18 tahun dan ke atas. 

tapi untuk yang 18 tahun dan ke bawah pun okay je kalau nak baca. takkan tak nak kasi baca kan? membaca tu kan amalam mulia. gizzuew.

tapi  novel ni banyak sangat guna ayat sayang-abang sampai buat aku rasa uekk. *nak muntah* haha. aku memang alah sikit la kalau baca novel yang overdose jiwang melampau ni. tapi, selain itu, yang lain semua okay. the storyline sangat best. 

nama dia punya watak pun best! 

hero dia nama Izzul Islam dan heroin dia namanya Alya Adriana. okay sangat. ada sesetengah novel tu, nama dia. mak ai, nak sebut pun mahunya terkujat lidah aku dan berbelit-belit macam apa je

apa lagi! dapatkan buku Hello, Mr. Perfect dengan kadar segera di kedai-kedai buku berhampiran rumah anda!! 

Judul Buku : Hello, Mr. Perfect
Penulis : Waniey Zakaria
Keluaran : Kaki Novel
Harga : semenanjung : RM 22
: Sabah/Sarawak : RM 25

till then.

8 Julai 2012
1400
Klang

4 ulasan:

syakirahmn berkata...

woah jarang laki baca novel haaa. :D

Tanpa Nama berkata...

macam tu kiter pun nak beli la novel ni dah adik kata best...kiter baca separuh je kat writer's blog novel ni...

Unknown berkata...

Aww mcm best je! Ain tunggu orang yang balik bercuti dari M'sia bawak novel melayu...pastu buat2 muka tak malu nak pinjam :P

Mana yg ada je la, Ain baca. Tu pon bersyukur dapat jugak lepaskan kerinduan nak baca novel melayu. huhu.

Tanpa Nama berkata...

Novel ni best. Tp dia punye ayat xpower sgt.. Bg 3 star jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...