Rabu, 27 Jun 2012

tolong laaaaaaaa.

assalamualaikum.

kau ingat nak mengajar tu senang ke? al kisah nak dijadikan cerita, aku ada anak murid bernama Aiman dan Irsyan. pada Jumaat malam, aku dengan kadar molek bolek telah mengajar Aiman subjek Matematik. manakala aku ajar Irsyan subjek Bahasa Melayu.

setelah tamat kelas matematik pada jam 9.30 malam, aku ada pesan dekat Aiman dan juga Irsyan.

" kelas seterusnya hari ahad, jam 9 pagi tau." bagitahu aku.

jadi, selepas aku mengajar, dengan kadar goyang kaki, aku online je la sampai ke pagi sebab Sabtu memang aku tak perlu mengajar sesiapa pun. malah, petang Sabtu nak pergi jejalan dengan Rita dan juga Nadia. Malamnya pula akan pergi bermain bowling.

apa yang aku buat sabtu pagi?

aku tidur.

tepat jam 9 pagi. ada orang bagi salam kat luar rumah dan emak aku bergegas masuk ke bilik aku.

"Aiman datang. bangun cepat. ajar dia."

aku dah merungut-rungut. " apesal dia datang pulak pagi sabtu ni? kan dah cakap kelas ahad pagi."

at first, aku memang bengang habisan la. dengan tak cukup persediaan nak mengajar. tak cukup persediaan nak hadap sesiapa pun sebab aku nak rehat je.

dalam kepala otak aku. aku nak rehat molek-molek je. tak nak diganggu oleh sesiapa. mak aku kata,

"pergi je la ajar dia."

dan aku pun mengajar. tapi aku merungut la jugak sebab aku bengang. aku yang kena ajar. aku yang sakit kepala. aku yang mengantuk. aku yang matanya sangat pedih. aku yang menguap tak sudah. aku yang rasa takde mood nak mengajar. mata aku merah sebab aku sakit mata.

tapi aku ajar la Aiman tu baik-baik. aku ajar sifir. ya. aku sangat sabar ketika itu walaupun hakikatnya kepala aku dah macam nak meletup seolah-olah ada nukleur di kepala aku. sakit kepala yang over. aku bayangkan nak makan pain killer je masa tu. *over sangat*

dan cerita tentang aku moody ketika hendak mengajar telah dicanai kepada semua orang. seolah-olah dalam penceritaan palsu itu, aku telah menjadi bagaikan Lord Voldermort. seolah-olah aku ni makan gaji buta.

"dah orang bayar tu. pergi je la ajar."

tapi masalahnya sekarang, waktu mengajar telah ditetapkan dan bukanlah salah aku. kira untung dan baik la juga aku pergi mengajar. tetapi cerita telah tersebar seolah-olah aku tak kenang dek untung.

"kau ada isu ni." kata pakcik aku.

dan aku terus masuk rumah tanda malas nak mendengar. sekian. cerita tamat. dan aku adalah orang teranaiya.

the end.


3 ulasan:

Scha Nazri berkata...

kesian kau wei. tak memasal. -___-

Unknown berkata...

kesiannye laa hai..ko babap jee bdk dua tu nanti..

Unknown berkata...

sabar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...