@debat perdana
UBM membuat debat perdana. cool!
usul yang diberi
: adakah sikap mengipas blogger otai / lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain?
: dan perlukah sikap ini?
mari kita mulakan sesi debat kita :)
****************************************************
selaku jejaka terhangat dipasaran, saya selaku pembangkang kedua akan menyokong penuh hujah-hujah yang telah diberikan oleh pembangkang pertama. Malah saya akan memberikan hujah-hujah yang bernas lagi mantap.
saya tidak akan tergoda oleh keayuan, ketampanan dan kejelitaan yang ditonjolkan oleh pihak kerajaan sebaliknya saya menyeru agar pihak kerajaan bersiap sedia untuk mengangkat kerusi dan duduk sebaris dengan kami!
usul kita pada hari ini ialah adakah sikap mengipas blogger otai atau lama dapat memberikan kelebihan kepada blogger lain? dan perlukah sikap ini? sebelum saya memberikan hujah, terlebih dahulu kita menjengah definisi tajuk kita pada hari ini.
menurut dewan bahasa dan pustakan edisi keempat,
sikap bermaksud sifat seseorang sama ada nyata atau palsu
mengipas bermaksud memuji atau membodek
blogger otai bermaksud blogger yang berpengaruh.
mari kita tanya kepada diri kita, perlukah sikap kipas mengipas ni atau dalam kata lebih moleknya membodek.
perlukah?
sikap mengipas ini tidak dianjurkan langsung oleh komuniti blogger. hal ini kerana perkara-perkara yang sebegitu rupa tidak mendatangkan faedah langsung. harus kita ingat, jika ingin berjaya, kita harus pasangkan azam dan hemat yang tinggi agar segala impian kita akan tercapai.
bak kata orang dulu-dulu.
usaha itu tangga kejayaan. jika tidak menapak hingga ke atas, dapatkah kita capai nikmat kemuncak berada di atas? bagi saya, setiap blogger harus mengalami pahit maung dalam bergelar seorang blogger berjaya!
macam Ben Ashaari, Cik Epal dan Maria Elena. ketiga-tiga mereka adalah blogger yang berjaya! tapi sebelum itu, adakah mereka terus menerus sahaja menjadi popular?
@ben ashaari
@maria elena
@cik epal
tidak bukan? pada mulanya ketiga-tiga mereka juga sama sahaja bermula dari bawah. dari tangga yang terkebawah sekali! sebelum menapak satu persatu ke tangga yang lebih tinggi sedikit! jadi, perlu ke sikap kipas mengipas ni? perlukah? adakah ianya perlu di sini??! sedangkan blogger otai juga menapak dari bawah, ini pula blogger-blogger baru hendak main kotor dengan kipas mengipas!
saya bagi satu analogi di sini, seekor ulat beluncas, sebelum dia ingin menjadi rama-rama yang lawa, dia terpaksa menjadi kepompong terlebih dahulu!
ulat beluncas --> kepompong ---> rama-rama
tiada definisi haiwan ataupun zoologi yang terus mentafsirkan sebegini.
ulat beluncas ---> rama-rama
tiada! apa yang ingin saya nyatakan di sini, setipa blogger harus melalui zaman kepompong itu sebelum terjah awan menjadi rama-rama yang hebat. tiada benda yang mudah apabila hendak menjadi sesuatu yang dipuja ramai!
apabila berada dalam zaman kepompong, rama-rama terpaksa menahan panas dan sejuk. begitu juga seperti blogger. mereka harus merasai perit jerih terlebih dahulu sebelum merasai nikmat hebat itu!
adakah kipas mengipas ini dapat memberikan kelebihan? saya rasa tidak kerana sikap ingin berjaya dan usaha itu lebih penting. di sini, saya membangkang sepenuhnya. tidak perlu mempunyai sikap kipas mengipas.
di sini, saya menyeru, bangkitlah pihak kerajaan di sebelah sana, sila angkat kerusi kamu dan duduk sebaris dengan kami di pihak pembangkang. sekian hujah saya, assalamualaikum W.B.T.
****************************************************
ting! ( bunyi loceng 7 minit ) ok dah tamat. :)
haha. tersyiok pulak aku membebel. almost one year tak terjah bahas. rindu ooo dengan bahas ala parlimen.
ooo, intro yang selaku jejaka terhangat di pasaran <-- ini memang intro bahas aku masa bagi hujah. bwahaha. even gila geli, tapi best jugak bila tengok muka pihak lawan macam dah sengal ubi kayu je! wakaka.
kenangan :) aku cari gambar bahas dolu2, takde pulak =,='
siapa2 nak join segmen : blogger di zaman sekolah, klik sini
@segmen
@segmen
siapa2 yang nak join contest KAMI FOTOGENIK, klik sini
@contest
@contest
ok bai!
9 ulasan:
jejaka terhangat? gedik gedik. ahah
haha thumbs up !
hope Mr.vampire dpt jadi blogger terkenal satuhari nanti.. XD
@taufiq ~ haha. lempang lelaju!
@peqxlol ~ terima kasih! :)
wow!
pitam jap sbb nak cari idea nak lawan entry yg bernas neh haha
sy dh join hehe
review la ye lalala
http://suhasimplelife.blogspot.com/2011/04/debat-perdana-ubm-keperluan-mengipas.html
@cik suha ~ haha...not bad huh..
neway tq sbb jenguk entry 2 n komen =)
@suha ~ sama2 :)
Catat Ulasan