Rabu, 2 Mac 2011

~ blogger ini masuk cerpen saya

p/s if wanna shoutbox. just click my picture yang sengal kat tepi tu. have a nice day. :D

assalamualaikum.


huargh!! mengantuknya. :/ feel sleepy and goyang. zzz. layan lagu cha cha by chelo. memang tango habisan. :D


blogger ini masuk cerpen saya.


huh? cerpen apa? wii, haha. aku ada buat cerpen Europe Got It Love and aku kebuntuan dalam mencari nama untuk watak dalam cerpen. so, ada yang request, so dengan senang hatinya aku bagi je la. malas nak pikir panjang.


tapi yang request tak banyak, so lagi senang kerja aku. blogger mana yang request?


@amanie
@niesz
@mimin

Europe Got It Love ialah sambungan kepada cerpen : Love by El Dania.


Love by El Dania.



El Dania duduk melepak di kantin keseorangan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Dia mengerutkan dahi. Dah pukul 5 petang ni. Mana mamat ni? Kang ada juga yang makan handphone aku hari ni. Aisy. Dia jugak yang ajak aku date, tapi bila aku dah datang, dia pulak tak datang.

“El, petang ni kita date tau. Petang ni sure Kimi datang punya.” Janji Kimi. El kerut dahi. Pada masa yang sama, dia mencapai buku Tempted by PC Cast dari rak buku di perpustakaan yang memang senyap sunyi tu macam tanah perkuburan. Kalau bising macam pasar senin, tu namanya bukan library!

“ boleh percaya ke?” tanya El.

El menggenggam kuat telefon bimbitnya. “ memang tak boleh di percayai langsung.” Gumam El perlahan. “ baik aku layan facebook sekarang.” Dengan pantas dia mengeluarkan laptop apple dari dalam beg sandangnya dan pantas log in ke dalamnya.

Laman sesawang facebook pantas terpapar di hadapannya. Dari speaker laptopnya kedengaran Plain White T’s menyanyikan Natural Disaster. Spontan El melihat siapa yang masih online pada saat tu. Mana tahu Hanna online ke, boleh jugak dia meluahkan perasaan nak sepak-sepak muka Kimi tu.

Huh? El amati betul-betul senarai nama yang online tu. Wan Dedi Kimi is online. El membulatkan matanya terkejut.

WAN DEDI KIMI IS ONLINE!

DEDI KIMI IS ONLINE!

KIMI IS ONLINE!

Sah ada tekak telan handphone aku.


El Dania datang ke sekolah dengan Novonya. Dia memarkir elok motornya di Taman Ilmu. Well, memang sekolahnya itu terkenal dengan taman dan perhiasan. Sekolahnya pernah menjadi sekolah harapan negeri Selangor manakala perpustakaan di sekolahnya itu adalah yang terbaik di daerah itu. Heh, bangga siot! Siapa tak bangga. Kalau ada yang tak bangga tu memang kena siat kulit la dengan aku.

El menuju ke kantin untuk menunggu Hanna sebelum masuk ke kelas bersama-sama. Hee, ye la. Mana tahu dia boleh nampak kelibat si Kimi tu. Boleh jugak dia bukak mulut mamat tu pastu tonyoh dengan lada sulah sampai dia boleh eja perkataan ampun. Huh! Buat sakit hati je pikir mamat senget tu.

Boleh pulak sesedap oren je dia kata bukan dia yang online semalam. Adik dia yang online guna dia punya account. Lame answer. Ingat aku ni kambing ke yang boleh kau godek sana-sini. Dari jauh El boleh nampak Kimi tergesa-gesa jalan ke arahnya dengan muka yang cemas.
Si gadis menyilang kaki. Kimi duduk di sebelah El.

“awak.” Panggil Kimi.

“ apa dia.” Balas El.

“ marah ke Kimi tak datang semalam?” tanya Kimi cuak.

El menjulingkan mata ke atas. Sheshh. Aku benci betul dengan mamat jiwang. So crab.

“ el?” panggil Kimi.

“ apa dia.” El ulang skrip.

“ sorry k.” Mohon Kimi.

El membulatkan matanya. “ sorry?” ulang El. Memang sah rambut spikiy si Kimi ni gugur macam orang kena leukimia je nanti.

“ ingat orang tunggul ke hah?!” marah El. Ni yang aku angin macam angin monsun tak cukup sifat ni. “ orang tunggu 3 jam tahu tak! 3 jam!!” herdik El. “ and SORRY???”

Kimi pegang bahu El tanda untuk mententeramkan diri si gadis.

BUK!!



El menghenyakkan punggungnya berang di bangku kelas. Bodoh! Ada hati nak pegang bahu aku. Apesal bijak sangat? Kan dah kena sedas dengan aku. Dia ingat aku ni minah GRO ke hapa! Aisy. Pagi-pagi dah berasap je kepala otak aku ni.

“ wei.”  Panggil Hanna. Hanna pantas duduk di sebelah El dan meletakkan buku teks plus buku rujukan yang gemuk tu ke dalam desk.

“ kau tumbuk Kimi ea?”tanya Hanna dengan pandangan teruja.

El pelik. “ mana kau tahu ni?” tanya El curiga.

“ hello.” Hanna goyang-goyang telefon bimbitnya. “ heya, heya budak ni. Macam baru sehari sekolah dekat Raja Kurshiah. Tak perasan ke ada mesej masuk dekat phone kau.”

El merasakan dahinya baru di ketuk berkali-kali oleh kuali bersabun. Damn Truly Gossip. El membuka flip telefon bimbitnya.

Gossip?

Who doesn’t like gossip?hell yea. Seems like El Dania is so brutal. Poor to Wan Dedi Kimi. By the way, i hope he’s find. You’re not handsome anymore when you got a looks like panda eyes.

Heaven!

You know you love me. Truly Gossip.

“kau-pukul-kimi-si-budak-paling-hot-dekat-sekolah-ni” kata Hanna satu persatu. “ kalau kau tak suka dia, bagi dekat aku je.”

Huh? El pandang Hanna. “kau kan da ada Tengku. Ni apesal nak Kimi pulak.” El dah pelik gila.

“ so what!” balas Hanna pantas. “ hidup must enjoy El. Relax k, aku nak enjoy je dengan Kimi tu. Dah enjoy, aku bagi balik dekat kau. Amacam?”

Apakah.... Hanna is my best friend. Tapi perangai macam apa je. Aku tak sangka gila ada orang perangai macam dia. What’s wrong with her!

“ hello, jangan jadi pelik boleh tak?” tanya El kawal nada. Sebenarnya dia nak cakap macam ni. Hello, boleh tak jangan jadi macam GRO. K, that’s too hurt.

“ pelik? Ala, Kimi tu bukannya ada teruna lagi pun.” Gumam Hanna.

El terkejut.

“opps. TERbagi tahu pulak.” Kata Hanna innocent.

“ apa ke..” kepala El sakit tiba-tiba. Dia pantas memegang bahu Hanna dan mendesak gadis itu agar memberitahunya perkara sebenar.

“ hey!” latah Hanna. “ kenapa dengan kau ni?” Hanna menolak tangan El ke tepi.

“ tadi yang kau cakap tu betul ke?” tanya El terburu-buru. Cemas.

Hanna sengih sinis. “ mestilah betul. Aku saksi kejadian.”

BUK!




El tak dapat menumpukan perhatian pada mata pelajaran Kimia. Dia hanya nampak Cikgu Maisarah tulis entah hapa-hapa entah dekat papan hitam tu. Selain tu, kabur. Menangis? Huh? Tolong la. Ni El la. Takkan nak menangis pulak. Buat malu je. K, admit, tadi ada menangis kejap. Kecewa? Of course kecewa!!

Bodoh la siapa yang cakap dia tak kecewa. Hello!! Kawan baiknya telah hilang dot dot dot pada umur 17 tahun. What the hell! Tak faham aku dengan dunia zaman sekarang dan yang paling mengecewakannya adalah si salah laku tu ialah teman lelakinya. I mean, EX boy friend. Capital letter of E and X. Please get it everyone. Kalau tak faham jugak, aku hempuk korang dengan kamus dewan bahas dan pustaka.

El meraup muka. Apa dah nak jadi la dengan dunia ni.

“ el dania.” Panggil Cikgu Maisarah.

“ ya cikgu.” Kata El perlahan. Seisi kelas memandangnya.

“ tolong selesaikan soalan acid base titration dekat depan. Dia dah bagi equation, kamu tolong selesaikan the rest.” El menuju ke depan sambil dahinya berkerut merenung ke papan putih. Ok, follow the rule n=mv.  Aku ingat soalan einstein mana tadi.


El menuju ke perpustakaan. Dia inginkan ketenangan. Dia rasa, dia ingin menenangkan dirinya dengan semua kejutan yang baru berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Dia bukan robot yang boleh hadam segala bagai perkara dan kejadia dalam satu-satu masa.

El duduk di celah-celah rak buku. Dia pantas menyumbatkan headphone ke telinga. Open your eyes by maher zain menerjah ke telinga. Terkejut? Yes! Dia sangat terkejut. Kenapa Hanna sanggup buat perkara macam tu? Adakah Hanna telah menjadi dungu? Crab. Sumpah dia tak tahu nak react macam mana. Hanna tak pernah terfikir ke apa yang akan jadi pada masa depan dia? Pada ibu bapa dia kalau diorang dapat tahu. And macam mana kalau masyarakat yang dapat tahu.

Hanna adalah gadis bawah umur. Melakukan hubungan dot dot dot di kira sebagai kes rogol sama ada dalam keadaan rela ataupun tidak. Haish. Dan si luar alam Kimi.  Aku rasa macam nak sepak-sepak je kepala dia. Emo? Aku emo? Suka hati aku.

Heeellllo, lalala. Someone tolong sedarkan mereka ni!!! Takkan la tak ingat tentang hukuman melakukan zina. Dan dalam kes Hanna dengan Kimi ni masuk dalam chapter ghoirah muhson ( penzina belum berkahwin ), and nak tak nak, hukuman diorang adalah sebat 100 kali.
El tersenyum sinis. Aku tengok kat mastika pun, punya la orang meraung macam apa je bila kena sebat. Tu baru, 3,4 kali. Bukannya 100 kali. Huh! Buat dot dot dot memang la seronok sekejap tapi azab sampai ke neraka. Nasib kau la. Aku nak nasihat segala bagai pun, bukannya aku baik sangat pun. Aku pun berlambak je dosa. Tak boleh la aku nak nasihat dekat diorang.





Kimi berdiri di hadapannya. El mengeluh. “ kau nak apa Kimi.” Dah takde panggilan Kimi-El ataupun saya-awak lagi. Semuanya jadi kasar sementelah dia mengetahui apa yang dah terjadi di antara Kimi dan Hanna. El membiarkan Kimi dan pantas bergerak menuju ke tempat parkir motor.

“ el.” Panggil Kimi. “ kenapa dengan El ni. Kimi panggil buat tak layan je. Dah tu ayat makin kasar pulak tu.” Balas Kimi.

“ boleh diam tak.” Kata El dingin. “ aku dah malas nak cakap dengan kau lagi.”

Kimi terkejut. “ el, kenapa ni?” kimi dah cuak. “ apa salah Kimi.”

El menghadap Kimi. Sah ada yang kena basuh dengan aku. “ kau tanya apa salah kau? Kau pernah terfikir tak apa yang kau buat tu salah! Dosa besar! Kau pernah fikir tak!” tengking El.

Muka Kimi keliru. “ apa El cakap ni?”

“ apa kau buat dekat Hanna?”

Muka Kimi terus berubah. “ el, please El. Kimi minta maaf.” Kimi memegang tangan El untuk meminta maaf.

El cuba melepaskan tangannya dari genggaman Kimi. “ el, please.” Pinta Kimi.

“ lepaskan aku Kimi!” jerit El. Air matanya mula gugur. “kau sangat menjijikan. Jijik tahu tak!” tengking El lagi.

“ please El. Maafkan Kimi.” Dia masih memegang tangan El. “please.” Muka Kimi dah sedih tahap tak boleh ukur.

El menolak tangan Kimi. “ bukan minta maaf dekat aku Kimi. Pergi minta maaf dekat Allah!”




Beberapa tahun kemudian.

El Kamal masuk ke dalam bilik kakaknya El Dania. Masih kemas walaupun sudah 2 minggu tidak berpenghuni bilik itu. Kakaknya kini ada di Germany. Sambung belajar dalam jurusan Fashion Designer. Kakaknya mahu sama gah seperti Hana Tajima. Itu kata kakaknya. Hari ni, sepupunya dari Kuantan akan menggunakan bilik kakaknya itu buat sementara waktu sebab sepupunya itu akan buat IB dekat Banting. Jadi tumpang sebentar untuk beberapa malam.

El Kamal membuka laci meja solek kakaknya itu. Mana tahu ada barang berharga atau barang penting-penting yang perlu di simpan ke....

Dahi si jejaka berkerut. Ada 1 buku berwarna hitam di dalam laci tersebut. Diari? dia membuka helaian pertama. Yap ! memang diari. Milik kakaknya, El Dania.

Diari ini adalah milik El Dania. El Dania memang comel. =) i know> tak payah mention pun takpe. hehe

El Kamal tersenyum kecil. Macam-macam kakaknya ini. Memang tak dinafikan bahawa kakaknya itu memang seorang yang ceria. Dia duduk di atas katil yang terdapat di dalam bilik itu. Dia membaca satu persatu diari hidup kakaknya itu.

Sampai kepada muka surat terakhir, tetibe telefon bimbitnya berbunyi. Dia pantas menjawab dan mengalihkan diari itu ke tepi. Dia berborak ceria sebelum berlalu keluar dari bilik kakaknya dan hanya membiarkan diari itu terbuka luas pada muka surat terakhir.

Nak tahu tak apa isinya?  




p/s~siapa boleh teka??

haha, chill k. ni sambungannya ....

Dear diari.

semalam aku dapat berita yang Hanna masuk hospital. Ye. Aku hanya dapat berita sahaja sebab aku dengan dia bukan sahabta karib lagi. Aku dah tak kenal apa tu makna sahabat karib setelah Hanna mengkhianati aku.

Hanna pun dah tak cakap dengan aku. Kimi juga. Setelah aku gaduh dengan Kimi, dia sudah tidak menghiraukan aku seolah-olah aku yang membuat salah kepadanya.
Pape je la Kimi. Aku tak kisah sesen pun apa yang jadi diantara kau dengan Hanna. Cuma aku harap, kau orang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Aku ingat Kimi takkan ulangi lagi perbuatan kotor dan jijiknya itu, tapi, dari apa yang aku tahu~dengar dari gosip-gosip budak-budak perempuan~ si Kimi itu adalah lelaki idaman di ranjang. Huh? Apa ke jadahnya budak-budak  zaman sekarang berpikir. Bodoh? A’ah. Anda-anda sekalian memang bodoh dan luar alam.

Masa spm dulu, aku nampak, si Kimi tu tetap suka-suki enjoy riang ria. Tak pikir masa depan sungguh. And again, macam mana aku boleh couple dengan dia? Aku-memang-bodoh. Bloody hell.

Tadi aku baru dapat berita yang Hanna menghidapi penyakit HIV positif. Aku hanya mampu menggelengkan kepala aku. Aku harap dia insaf dan segera kembali ke jalan Allah. walaupun dia berbuat jahat kepada aku, aku tetap akan mendoakan kesihatan Hanna. Mama juga ada memberitahu aku bahawa Hanna ingin berjumpa dengan aku. Atas sebab apa? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin hendak meminta maaf. Huh? Ye ke?

Aku harap begitu. Aku still sayangkan kawan aku dan aku tak mungkin akan mengkhianati dia. Kepada Hanna> kita aka terus berkawan jika kau ingin berkawan dengan aku lagi.
Kepada Kimi> aku harap kau insaf and berhenti la jadi manusia rosak.

Akhir coretan> El Dania.

p/s ~harap cerita aku boleh jadi iktibar buat sesiapa yang membacanya. Aku harap Kimi bahagia dengan hidupnya sekarang dan semoga Hanna selamat dia alam sana. Al fatihah.



tu je aku nak mention. and sambungannya ialah Europe Got It Love. cukup bebelan. daa. :D








6 ulasan:

Amanie Ashraff berkata...

haha aku kena tag kt sini ? so what should I do next ?

nazrul ashraff berkata...

@ amanie ~ takde pape.. haha..tunggu la cerpen tu keluar..haha

niesz berkata...

wah!name niesz ade la..niesz jd watak utama x?hahaha...mesti best cite lps ni..Love by el dania ni pun dah best!

nazrul ashraff berkata...

@niesz ~ haha...wait je ..kih kih kih..

мiмiп gопjепg berkata...

dot dot dot tu ape ek? buat muka innocent. kehkehkeh :D

nazrul ashraff berkata...

@mimin ~ haha..entah..x phm jugak ..kah kah kah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...