Khamis, 17 Februari 2011

~bila Vampire jadi tutor.

p/s if wanna shoutbox. just click my picture yang sengal kat tepi tu. have a nice day. :D

assalamualaikum.


semalam aku start jadi tutor menggantikan kawan aku Miss Kathy yang sebelum jadi tutor kepada budak2 sekalian. choy! 2 orang je budaknya. seorang darjah 4 and lagi seorang darjah 5.


and bila vampire jadi tutor. haha, adakah dia mengajar cara2 hendak menghisap darah?


ataupun cara2 hendak menjadi vampire yang kacak?


hee, choy~ aku vampire yang ada manners ok.ngee :) aku tak ajar cara nak hisap darah segala bagai. aku beretika ok! jujur aku cakap, ajar budak sekolah rendah lagi susah daripada ajar budak sekolah menengah.


aku pernah ajar budak sekolah menengah?


yap, aku pernah. masa tingkatan 3 and masa tingkatan 4. aku kena jadi mentor kepada beberapa orang budak yang dipanggil mantee and kena ajar diorang sampai jadi pandai. cilita ni, aku cilita lain kali.


so, pengalaman aku jadi tutor kepada budak sekolah rendah. zzz, sangat penat and otak aku mula blur. haha, dah berapa lama tak pegang pensel. last pegang pensel, tu pun sebab nak tulis sinopsis and rangka untuk novel aku kat kertas kosong. so, tulisan sangat cicok and macam kepala ikan gesek2 kat kertas.


aku paling geram kalau ajar orang yang bodoh sombong. aku tanya macam ni.


"man, watching dalam bahasa inggeris apa?"


"tinggal." jawab man. 


"salah." bagi tahu aku sambil kerut dahi.


"dah salah, biar je la." balas man.


zasss! aku lempang sekali. 


haha, aku tipu je. it's just an example. tapi aku sangat sakit hati ooo. sabar je la kalau orang cakap cam gi tu.


lagi satu part, dulu masa kita belajar, cikgu always tanya, 


"murid2 paham ke tak?"


and kita dengan sopannya pong menjawab. "paham cikgu." padahal sepatah haram pun tak paham.


bila aku jadi tutor, bila budak 2 jawab macam tu, aku rasa nak gelak je sebab boleh nampak dari air muka yang diorang tak paham.


aku rasa, cikgu2 masa ajar aku, mesti nak tahan nak gelak. tu la pasal asik masuk hospital je, sebab putus urat bontot sebab tahan gelak. choy!


done for this entry. have a nice day!
esok macam mana la budak2 nya.zzz

1 ulasan:

Amanie Ashraff berkata...

aku la selalu asyik cakap paham jek bila ckgu ajar. time recess terkedek2 pegi bilik guru tnye balik ape yg aku kate aku phm td :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...