Isnin, 31 Januari 2011

~ pergolakan di mesir.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.



27hb Januari :-

  • Aku masih lagi terima khabar dari temanku di sana,sebab masa tu hari lahir aku tapi 2 hari lepas tu langsung tiada khabar berita dari mereka. Sahlah yang talian komunikasi telah diputuskan dan tiada 1 pun cara yang biasa kita guna untuk menghubungi mereka.
Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir

Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir. Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 - Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.
Kenyataan itu
telah menimbulkan rasa tidak berpuashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesar dan didalam bahaya, tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan. Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis. Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com
ok.. yg kat comment tu update dri kwn pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. n die yg ckp airport kat alex dh kene bakar...
ni update dri adik sy..
keaddan amkin teruk.. polis kat alex sume dh xde.. n mmg xde rulez...
post balai polis sume dh kene bakar.. n senjata sume org awam dh curi...n banduan sume dh kene lepas... pg td adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency... die ckp internet sume dh down.. msg pn xboleh... n time tu battery die low... suruh die charge.. worse.. die ckp xleh charge sbb power xde... skarg xsure la ade ke xde...tp klu xde.. it's a big problem... sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. klu phone xde battery n xleh charge or no kredit so dh x boleh call.. n gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pki lg.. xtau bile diorg nak cut..
so driorg idup dlm kegelapan...
then ATM sume xleh pki.. kedai sume xleh ttp... n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat alex dh kene bakar.. thne xde duit sbb atm sume down... n brg adik cakap harga sume melambung... of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau... xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle...
makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda. Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana. Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang. Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah. Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak Anda digalakkan untuk sebarkan post ini
( copy paste dibenarkan )
Mohon untuk tweet post ini 



aku copy paste kat blog Cik Dara. what a nice blog. korang boleh klik nama dia if nak visit. boleh je copy paste benda ni untuk sedarkan orang ramai macam mana gentingnya keadaan di sana. semoga Allah merahmati mereka.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...