Ahad, 16 Januari 2011

~ page 90 of my evil girl name's Lily.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish. first chapter of my evil girl name's lily~click april 2010.

previously at page 89 of my evil girl name's Lily.



Lily angkat bahu. “ entah. Aku pun tak tahu. I need triger.”

“ then kau punya wish lalala triger dah datang.” Kata Tina. “ hei, hei, hei. Look. Siapa yang datang ke sini.” Tambah Tina dengan suara yang sinis. Lily mengangkat wajah untuk melihat siapa yang dimaksudkan oleh Tina.

Umair Taqriz. Isk, takde orang lain ke?

“kau nak apa?” tanya Lily malas.

“ kau fikir aku nak apa?” balas Umair. Lily mengecilkan mata memandang Umair.

“ aku tak kacau hidup kau. So, boleh tak kau just belah dari sini je.” 

“ umair.” panggil ariq. Lily dan Umair pandang ke arah Ariq. “ takkan nak gaduh dengan girl kot. 
Malu la wei.”

Lily tersenyum sinis. “ Umair ni memang muka tak malu. Dengan perempuan pun nak gaduh. Shame la sikit.”

Umair memandang Lily kembali. “ oh yeah? Aku tak rasa kau ni macam perempuan. Aku rasa kau ni macam sampah je.”

Ariq memegang bahu Umair. “ wei mulut tu jaga la sikit.” Nasihat Ariq. Umair tidak memedulikan kata-kata Ariq.

“ this girl is completely takde perasaan.” Tambah Umair sinis. “ kau nak kutuk dia pun, dia takkan apa-apa.”

“ suka hati kau nak cakap apa Umair.” Celah Lily. “ kau dan abang kau sama je. Perangai macam lembu!”


page 90 of my evil girl name's Lily....



“ oh well, well, well. Sekarang kau nak salahkan abang aku pulak la. Dah kalau kau tu menyibuk je kat abang aku, mana dia tak terpikat dekat kau!” marah Umair. “ sampai nak jadi adik angkat segala bagai. Cakap je la kalau kau tu dah kemaruk sangat nak jadi popular macam abang aku tu.”

“ wah, wah, wah. Sedap mulut nampak. Kau ingat aku teringin sangat ke hah?!” jerkah Lily. “ bodoh punya budak. Hei Umair. Kau dengar sini. Kau cakap dengan hati kau yang dungu tu, boleh berambus dari sini!”

Ariq tarik tangan Umair. “ wei jom la blah, semua budak pandang la.” Kata Ariq.
Umair tarik tangannya dari Ariq. “ aku tak puas lagi.” Dia pandang Ariq. “ aku memang tak puas hati dengan minah ni.” Tangannya mengahala ke arah muka Lily

“ aku ingat kau suka dia.” Balas Ariq selamba. Umair dah terkedu.  Tak tahu nak cakap apa.

Lily angkat kening. “ huh! Umair Taqriz suka aku? Aku rasa macam nak pengsan je.”

Umair lipat maut pandang Lily kembali. “ aku-suka-kau?” Tanya Umair satu persatu. “ kau sangat gila. Boleh tak kau jadi normal untuk satu hari?”

“ jom blah Tina. Aku letih nak cakap dengan budak baghal macam dia ni. Letih mulut aku je.” Lily terus berlalu dari situ dan pantas diikuti oleh Tina. Umair ingin mengekori Lily tapi pantas di tahan oleh Ariq.

“ dude.” Panggil Ariq. “ chill sudah. Aku tak rasa benda ni baik untuk sesiapa. Relax je doe. Tak matinya kalau kau kalah gaduh dengan Lily.”

“ huh. Whatever la.” Rengus Umair. Dia pantas berlalu dari situ dan masih sempat menyambung beberapa patah perkataan lagi. “ aku tak kalah kepada dia k.”

Ariq menjulingkan mata ke atas sebelum mengekori langkah pantas Umair. “ wei, nak pergi mana ni?” tanya Ariq. Dia menyaingi langkah Umair. Mereka baru melintasi Taman Kaktus dan beberapa langkah lagi akan berjumpa dengan Taman Palma.

“ aku nak pergi tandas kejap. Buang air seni.”

Sengih.

“ ayat gila sastera. Aku tahu la baru belajar pasal prosa klasik tadi. Cepat gila kau praktikal kan.”

Gelak. Mereka menuju ke tandas. Seperti biasa, semasa rehat, tandas memang sentiasa kosong sebab masing-masing menyerbu ke kantin. Lapar gila kot. Ye la, mana tak lapar,3 jam belajar. Hee.

Selepas proses membuang air seni selesai, kedua-dua mereka menuju ke koperasi pulak sebab Ariq kata dia hendak membeli Red Choc Heart.

“ truly speaking.” Tegur Ariq. “ kenapa kau tak puas hati sangat dengan dia?” tanya Ariq tetiba.

“dia?” dahi Umair berkerut. “ dia tu siapa? Crab, koop ramai orang kot. Nak masuk pun tak boleh.” Rungut Umair.

“ tunggu kejap la.” Kata Ariq. Kedua-duanya berhenti sebentar di luar bilik guru melihatkan terlampau ramai yang bersesak keluar masuk koop. “ aku cakap pasal Lily la. Kenapa kau tak puas hati sangat dengan dia?” tanya Ariq lagi.

Umair berfikir lama. “ aku malas nak jawab soalan kau tu.” Jawabnya pendek.

Ariq dah mula tunjuk muka tak puas hati. “ takkan itu pun tak nak jawab. Musykil aku. Hari tu dah elok. Tup tap tup tap, gaduh balik.” Balas Ariq. “ sangat baik sampai pergi date semua.” Perli Ariq.
  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...