well, ni sebenarnya aku malas nak buat tapi hajar and Rita dah tertanya-tanya mana sambungannya lepas epilog. korang boleh chek it out epilog secrets dekat sini.
Chapter 1~suka suki itu perkara biasa.
Suasana di SMK Rantau Panjang,Klang( bukan rantau panjang,Kelantan! It’s Klang ok? K.L.A.N.G!!!apesal aku emo ni? haha) gamat tahap tak boleh ukur apabila tahun 2010 telah bermula. Emcee pada hari tu, Nazrul Ashraff. Nazrul? Eh? Tu bukan aku ke? Haha. ( aku tahu Rita, kalau kau baca ni, mesti kau bengang!)
Selepas beberapi hari yang damai sebab takde kerja sekolah langsung, dekat sekolah berpoya-poya je.
“ hari ni 5 Sains pindah bangunan baru.” Kata Cikgu Sabariah.
Huh? Bebudak semua dah terkedu tahap badak guling-guling. Bangunan baru? Erk? Punya la tinggi bangunan tu mak oi. Mahu makin kurus aku kalau hari-hari buat senaman naik turun tangga kat bangunan indah permai cun melecun tu.
Disebabkan bebudak 5 sains ni baik-baik belaka dan menurut perintah, kitorang dengan malasnya pun jalan sambil menghentak-hentak kaki buat ala-ala kawad pengakap sambil menyanyi lagu jiwang. padahal memberontak sebenranya.
Part nyanyi lagu jiwang tu aku tak join la sebab aku ni sememangnya pembenci tegar lagu-lagu jiwang and say NO! To lagu sedih. Sob sob sob. Bila lagu dah habis, diorang semua tukar nyanyi lagu jiwang yang lain. Aku? Tak boleh nak cakap apa. Vokalis kumpulan jiwang tu ialah Izzati dan ahli-ahlinya yang lain is Adie, Hawa dan Yatie.
“ apesal korang tak masuk Mentor je ea?” tanya Badin.
“ kalau diorang masuk mentor mesti dah menang punya la.” Kata Sara. “ aku jamin punya. Ni anak Dato’ Nazri top up banyak-banyak, aku vote korang tiap-tiap hari.”
Gelak. Masa tengah naik tangga pun boleh bergelak tak ingat dunia. But that’s 5 sains. Siapa cakap 5 sains ni budak nerd sikat rambut tepi? Meh sini aku cukur kulit kau sampai botak nampak tengkorak.
Sampai je kat tingkat paling atas, Masing-masing mengeluh.
“ penat,penat.” Kata Hawa. “ penat gila, air, aku nak kena minum air.” Semua budak-budak termengah-mengah dan semuanya berkumpul dekat depan pintu gerbang + pintu rasmi kelas 5 sains. Budak-budak lelaki termasuk aku yang sememangnya seciput macam tahi unta je bilangannya awal-awal dah usya tandas lelaki.
Well, tandas lelaki not bad. Ok la. Ada mangkuk kencing. Hehe. Tapi aku sememangnya mengelak nak membuang 'ni' depan orang ramai. Bukan boleh pakai. Skodeng je lebih!! Yang penting ada cermin dekat tandas. Kalau takde cermin kat tandas, aku baling batu dekat pejabat pastu buat bantahan rasmi ramai-ramai sambil bawak sepanduk macam ni.
Kami mahu hak kami!!
Cis! Imaginasi aku makin melalut pulak. Lepas lepak layan cermin sambil basuh tangan ( haha, bebudak lelaki memang suka masuk tandas ramai-ramai, pandang cermin sambil basuh tangan, pastu belah cam gi tu je. Takde moral hidup sungguh!), gosip pot pet pot pet then belah dari situ.
Semua budak-budak 5 sains masuk kelas baru sambil terjerit-jerit berebut-rebut tempat duduk macam nampak Angelina Jolie and Brad Pitt datang mengajar pulak.
“we’re mr and mrs smith bebeh.”
K, aku makin kuat berimaginasi, haha. Agaknya nak SPM tu kot, makin pelik. Haha. Pape pun, aku duduk sebelah Ameer. And seberang meja aku is Jun. Bukan bulan Jun! Kalau anda-anda berfikiran sebegitu rupa, anda memang pelik. Isk2 ( sambil geleng-geleng kepala)
And kitorang belajar BM ye adik-adik sekalian pada saat ini. Hari ni kita belajar soalan past year. Cup! Aku tak ingat la sebenarnya soalan apa yang kitorang jawab masa tu. Hellllloooo, kejadian ni nak dekat setahun berlalu. Aku bukan Einstein yang bijak tapi tak tahu fesyen or Newton yang hebat tapi tak tahu sikat rambut. Aku adalah narator kepada cerita ni. Aku tak bijak and tak hebat tapi aku pandai fesyen dan tahu sikat rambut. Terima kasih. Haha, jadi moral kisah pendek ni~ aku tak ingat soalan BM masa hari tu ( sah takde kena mengena dengan Einstein or Newton, haha,)
aku tahu aku suka mengarut. say enough. bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan