Ahad, 16 Januari 2011

~kucing.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.


siapa yang tak pernah jumpa kucing? heh. mesti la pernah jumpa kan. tipu la siapa yang tak pernah jumpa tu. meh aku dush dush dush korang kalau tak pernah jumpa kucing.


al-kisah nak diceritakan, pagi tadi aku bangun pukul 9 pagi. hee. k, maybe lambat sikit but cup!! korang jangan pikir aku tak solat subuh segala bagai semua. ngee. aku dah bangun k pukul 5.55 pagi untuk mandi and solat subuh. baik tak aku? hehe. dah jadi rule kat rumah aku. nak solat subuh, kena mandi pagi dulu. selagi tak mandi, tak boleh solat subuh. nak tak nak, kena mandi jugak kan? takkan tak nak solat subuh kot. tu namanya bangang tak bertempat. siapa setuju dengan aku? cepat angkat tangan. haha. k, chill.


k, pukul 9 pagi aku bangun sebab aku kena sapu and mop beranda luar.


 ni la beranda luar aku. heh, tak payah tengok aku pun. amacam ? macho tak? haha. k, lupakan. aku cuma nak tunjuk beranda luar aku je. 


bila aku dah nak sapu tu, tiba-tiba mak aku menjerit.


" black!" bukan Black penyanyi tu ea. ni Black si kucing. kucing aku.


" sakit ke Black ni?" tanya mak aku.


aku dah paling maut. dengar perkataan sakit je aku dah cuak.


" pagi tadi, masa mak bagi makan, Black takde. yang ada Yoda dengan Sepet je." Yoda dengan sepet tu laki bini. aku rasa Yoda dah menodai sepet. haha. selalu aku nampak Yoda cium bontot sepet. tak senonoh betul Yoda ni. 


mak aku jalan ke arah Black. " basah je Black ni. macam kena kurung je pastu kena simbah dengan air. tak pun kena benam dalam air."


aku jalan ke arah Black. kaw, kaw badak la. Black memang dah basah habisan. perghh. aku mula terbayangkan video yang aku tengok kat FB dulu. video pasal kucing. 


1~ video perempuan pijak kucing guna kasut tumit. memang setan tahap asbestosis.
2~video kucing kena kurung dalam sangkar and kena bakar hidup-hidup. tahap gonjeng gila.


dua-dua video tu, aku tengok 10 saat je sebab aku tak boleh tengok benda yang ngeri-ngeri. sebab tu aku tak nak amik medic even mak aku pernah tanya aku, tak nak amik medic ke? aku tak suka bedah. full stop!


then aku pikir pasal kucing-kucing yang mati kat rumah aku ni. tak sempat nak besar pun sebab selalu kena kacau dengan malaun-malaun kecik kat kawasan rumah aku tu.


pirate, cj7, sin chan and ada lagi kucing yang aku tak ingat. kiranya, only 2 kucing je yang selamat. which is Mido dengan Yoda. kat rumah aku, semua kucing, menggunakan nama watak-watak kartun ataupun benda-benda best yang pernah keluar kat tV.





gambar yang atas, pirate. yang kat belakang pirate tu, aku tak pasti Mido atau Yoda sebab tak nampak ekor diorang. Mido dengan Yoda serupa je. yang bezakan diorang is diorang punya ekor. ekor Yoda tebal plus gebu macam botol. ekor Mido pulak kurus plus comel je.


yang tepi ni cj7. memang gebu gila la bulu dia. macam permaidani gitu. tapi dah meninggal. ayah aku dah tanam diorang. sampai sekarang aku tak tahu kat mana ayah aku tanam. sob, sob, sob.




sampai sekarang aku tengah pikir, siapa yang gatal sangat nak kena siat kulit dengan aku sebab kacau Black. huh!


ada 3 suspek aku.


1~ anak cousin aku yang still tadika. perangai memang terbukti macam malaun.
2~ anak cousin aku yang baru darjah 1. adik-beradik yang nakal.
3~anak jiran aku. adik beradik yang nakal jugak. dulu sesedap oren buat kemusnahan dekat rumah sis aku. tak pasal-pasal kena bantai dengan mak diorang sampai boleh dengar kat rumah aku. haha. kiddin j.


mintak-mintak Black dah ok. korang mesti ada kenangan with korang punya kucing kan? siapa yang tak sayang kucing? semua sayang kan, sob sob sob.

4 ulasan:

Miezah :) berkata...

walaupun ta berapa nk ske kucing tp video2 mmg kejam ! ta smpi aty nk tgk .

harap black si kucing akan sehat2 je yaa :D

nazrul ashraff berkata...

miezah~ rasanya dy da sihat kot..x nmpk pulak dy ari ni...hee..

Alwani Raihan berkata...

Doa jelaa kucing awak tu sihat ye. Jgn lupa bawak gi klinik check dulu if ada pape jgkitan tak.

Sbb masa wany jumpa kucing wany tu, dia ad dlm bilik air basah kuyup.

So , solat hajat terus pn boleh act :D haha

nazrul ashraff berkata...

skang black 2 da sihat..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...