Khamis, 20 Januari 2011

~ini cilita budak tadika.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.



assalamualaikum.


 disebabkan aku bosan tahap kucing main buah oranje, jadi aku memutuskan diri aku untuk menyertai contest ni. tadaa! projek budak tadika. haha. ala, aku kan masih comel gitu. amacam? aku rasa aku ley jewp join ini contest. ahakz! siapa nak join boleh klik sini


jadi al kisah bermula. 


pada musim cuti sekolah yang lepas, sekolah saya telah mengadakan 1 aktiviti riadah di kawasan air terjun sekayu. tengah-tengah syok saya dan kawan-kawan mandi dekat air terjun tu, saya nampak seekor rama-rama yang cantik. saya pun kejar rama-rama tu. tiba-tiba saya eh??


cup-cup. sebelum tu, nak perkenalkan diri dulu. nama saya ialah Nina k. ok,story bersambung.


***********


" gila kentang la." rungut Nina. " tadi aku bukan ada kat air terjun ke?" Nina garu kepala sendiri. ni apesal aku ada dekat... tandas?


ooookie. sure aku dah tersesat. aiyoo. tapi macam mana aku boleh ada dekat sini? nak nangis boleh tak? dia tidak lagi memakai bikini gambar mickey mousenya lagi, tetapi kini dia memakai khakis hitam ketat dan kemeja kotak-kotak jenama Padini. and err, dia da besar?? dia bukan lagi gadis 10 tahun tapi dah macam gadis dewasa.





ehehe. cun la pulak aku ni. ahakz!


apakah?????sayup-sayup dari telinganya dia boleh mendengar suara orang menyanyi.


eh? ni macam suara....


Nina keluar daripada tandas dan dahinya berkerut seribu. dia makin pelik. dia kini berada di konsert Justin Bieber. Nina menekup mulut. OMG !! apa yang jadi ni? sure otak dah putus fius tak boleh pikir lagi.


orang ramai berpusu-pusu sambil menjerit-jerit nama Justin Bieber. dia tak la minat sangat kat mamat tak lepas puberty tu, rasa macam nak sepak je. tapi disebabkan ramai gila mamat handsome kat sini, matanya dah bling-bling sakan.


grr. boleh tak jadi harimau kat sini. nak gigit mamat cute plus gojes habisan tu.





amacam? handsome gila kan. dup dap dup dap. ramai orang dah terkinja-kinja, badan menari rapat-rapat segala bagai. haha. ni yang aku suka ni. gesek,gesek. shesh. hobi rahsia aku, jangan bagi tahu orang lain pulak. haha.


baru nak melompat-lompat, Nina dah tersungkur jatuh. berdebuk. mak ai. rasa macam kena tolak dengan Rekeshi je. bodoh betul! ni yang aku angin je. 


Nina bangun.


" woi! buta ke?" marah Nina. sekali lagi mukanya blush. mamat cute tu. ah!! aku sanggup kena tolak 10 kali pun tak pe. lalalala.


" rantai awak." bagi mamat tu.


" rantai?" Nina dah kerut dahi. "bukan saya punya." tambah Nina lagi.


mamat tu dah kerut dahi. " eh? bukan awak punya?" Nina hanya menggelengkan kepala.


"hmm, pelik jugak." mamat tu tersenyum balik. jantung Nina dah dup dap dup dap again. " takpe la. amik je la. maybe tercicir kot. nasib awak baik." hulur mamat tu. " saya Aiman."


nina menyambut rantai yang diberi, ada anak kunci tergantung sama pada rantai tu. cantik! dia pegang rantai tu.


" saya Ranina. panggil Nina je." perkenal Nina. aiman terangguk-angguk. "er, Aiman." panggil Nina. " boleh Nina tanya somethin." tanya Nina.


Aiman tersenyum lagi. dum dum dum. tak payah la senyum lagi. kang tak pasal-pasal kena gigit dengan aku. grrrr..


"kita dekat mana ni?" tanya Nina innocent. Hellllllloo. dia sedih plus keliru kot sebab tak tahu dia ada dekat mana. yang last dia ingat dia tengah mandi-manda.....OMG!!


"takkan dekat dunia bunian!!" jerit Nina.


Aiman dah tergelak kecil. " dunia bunian? apa tu?" Aiman dah tunjuk muka pelik. tapi sebenar-benarnya, dia lagi tengah pelik sesangat. manusia manakah yang bodoh plus gonjeng tahap lower asbestosis yang tak tahu dunia bunian tu hapa? otak udang ke otak lembu mamat ni! nasib baik kau handsome.


"jom jejalan." ajak Aiman.


"pergi mana? again, saya tanya, kita ada dekat mana ni?"


" phoenix. Atlanta, 1923." jawab Aiman. Nina dah garu kepala. huh? pelik apa ke bendanya ni. 


"tapi kenapa Justin Bieber...?" belum sempat Nina menghabiskan ayatnya, Aiman sudah memintasnya terlebih dahulu.


"justin Bieber? tu bukan justin Bieber. tu Alexa Bieber. err, siapa Justin Bieber?" huh? siapa la pulak Alexa Bieber ni. "Alexa Bieber. artis lelaki paling hot abad ini." Nina rasa nak muntah tiba-tiba. euu, disgustingnya.


mereka berdua duduk pada kerusi di sebuah taman yang cantik dan indah yang mempunyai air pancut yang besar gedabak dan cun melecun di tengah taman tersebut. ( aku rasa nak muntah masa taip ni sebab jiwang tahap apa je!!). tapi ada hiasan hodoh pada pancuran air terjunnya kerana ada sebuah peti besi yang besar dan dipenuhi dengan duit emas palsu.





"jom pergi situ." ajak Aiman ke pancuran air tersebut. Nina hanya menurut langkah Aiman.


" banyaknya duit kat kolam pancut ni!" jerit Nina teruja. ecece. macam tak pernah nampak duit je. cover, cover la sikit. Nina, Nina.


"ni namanya Virtual majestuosas fuentes." kata Aiman fasih. Nina loading. oh, kawan-kawan sekalian. jangan nak ejek aku. macam korang paham pulak. aku pang kang baru tahu. haha. lidah nak berbelit doe masa sebut.


" err, apa maksudnya?" tanya Nina ingin tahu, elele. bukan aku seorang je nak tahu. korang pun nak tahu jugak kan. 


" air pancut keagungan maya. tadi tu in Spain language sebab Alexander De Inca yang buat air pancut tu, khas datang dari Spain."


"ooo." tetibe pandangan Nina tertancap pada sesuatu. "kenapa ada banyak botol kaca dekat sini? dalam tu ada surat pulak tu?" tunjuk Nina pada kolam tersebut.





"  kolam ni terkenal sebab ianya boleh menunaikan hasrat seseorang."


" hasrat?"


"iyap. anything."


"oh, saya nak cuba boleh."


"boleh je." Aiman mencapai botol kaca, surat, botol dakwat, pelepah bulu hantu yang memang tersedia di tepi kolam air pancut tu.


" nah, tulis la." bagi Aiman.


Nina duduk di kerusi kayu yang terdapat di situ dan mula mencoret. dia rasa macam nak tulis surat wasiat je. ceh, poyo je surat wasiat. harta pun takde. haha. spenda pun beli guna duit mak lagi. ngee.


***********


Akia dan Melia tetiba tersedar sesuatu.


"melia, mana Nina?" tanya Akia kepada Melia. suasana dia air terjun bising dengan bunyi kengkawan lain menjeir-jerit macam orang gila kena sampuk.


"huh?tak dengar la. ulang balik." pinta Melia. dia menggesek-gesek telinganya yang dimasuki air.


"aku tanya Nina mana?!" pekik Akia sambil menepuk kuat telinga Melia.


"bukan dia ada dekat belakang aku ke?" Melia pusing sambil menggesek kuat telinganya lagi.dah kena cepuk dengan Akia makin teruk pulak rasanya and..... "where is she?"


akia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.


************


Akia keluar daripada bilik persalinan. dia melihat rakan-rakannya menarik nafas dengan pantas macam baru dikejar gajah gamaknya. aisey.


"apesal?" tanya Akia kepada Lala, salah seorang yang terhenggut-henggut nafasnya.


"kitorang jumpa ni." tunjuk Lala. dia bagi kepada Akia. "disebabkan kau sahabat baik Nina, jadi kau patut tahu. Melia baru baca. dia terus pengsan bila baca."


akia dah pelik. surat yang dihulur oleh Lala diambil olehnya. sudah lusuh surat tersebut.



Akia membaca surat tersebut.


hello guys! pelik tak pelik. aku sekarang ada dekat zaman 1923. pelik tahap petala ke lapan la. aku tak tahu apa yang jadi and macam mana aku boleh ada dekat sini.


tapi aku tak kisah sebab aku ada jumpa mamat handsome dekat sini. haha. hot and gojes habisan. perghh. aku tak tidur doe nak tatap wajah dia. macam mulan jamilah cakap, makhluk tuhan paling seksi. ahakz!


by the way, masa aku mandi tadi, aku ada kejar rama-rama and tetiba aku ada dekat Phoenix as what yang mamat gojes ni bagi tahu. heelllo, and tolonglah, phoenix tu dekat mana? aku buta geo. ahakz! so, aku tak tahu macam mana nak balik dunia kita. dirt, duda duda, as long mamat kacak ni ada dekat tepi aku, aku rasa bahagia.


heya! pelik kan. hee. k, la, ni je surat aku nak bagi. and again, macam mana aku boleh tahu surat ni sampai dekat kau,Melia,Akia?haha. aku pun tak tahu. tapi I have a good instinct that this surat akan sampai dekat korang. and nak korang tahu. aku sayang korang. mmmuahh..opss silap pulak.this mmmuah untuk mamat gojes tu. haha.


k, daa.


p/s~ aku jumpa moyang justin bieber agaknya dekat sini. hehe.


Akia tak tahu nak cakap apa. " cikgu Hajia da tahu?" tanya Akia cemas. 


"dah." angguk Lala." kau tak dengar ke suara cikgu menjerit tu.


"Nina! awak dekat mana! Nina!! takkan surat tu betul!! jangan nak memain. kalau saya dapat awak siap la awak! Nina!!!!" jerit Cikgu Hajia.


************


"dah siap tulis?" tanya Aiman.


Nina mengangguk " dah." Nina memasukkan surat itu ke dalam botol lalu menghulurkannya kepada Aiman. aiman mengambil botol tersebut dan perlahan-lahan dilepaskannya ke kolam tersebut.


"apa yang awak tulis?" tanya Aiman.


Nina tersenyum. " secret la." sebelum memberi lirikan manja.




the end. hee.


sudah tamat cilita saya yang shengal. haha.harap terhibur. di sini saya mengeTAG 3 orang which is 


1~Mujuez 
2~Zatyl Alyaa Athirah
3~rizal

ok, done! haha. wink wink wink.





5 ulasan:

EnciK AxixOu berkata...

bkan main moyang JB..haha..dh leh wt buku untk krngan yg join neh..hehe..sume menarik n geli aq aq bce..hek3

Nazrul Ashraff berkata...

haha..sj2 j ltak moyang jb 2...

trialtodelete berkata...

haha..klaka siot..rasa mcm nk guling2 ats katil je haha

coretan , aku dan kau . berkata...

hehe. gler la. alexa bieber? muahaha. mane dapat idea uh? lala~
nway,memang sakan abes. good job naz! sgt2 chlidish.haha

Nazrul Ashraff berkata...

@ rizal~ haha..guling2 huh?

@zatyl~sob sob sob..nga nga nga..x nk join??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...