Selasa, 18 Januari 2011

~dandelion

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.


hari ni, and again awak-awak sekalian, saya akan menjadi Guru Sastera. hee, even takde kelayakan, tapi aku nak jadi jugak. oookie. hari ni, kita akan menilai lagi seorang cerpen seorang remaja bernama Aina. aina ni dah merajuk bila la Cikgu Nazrul ni nak komen dia punya cerpen. so, che Aina. here your cerpen untuk tatapan semua.



Dandelion

          Dari jauh kelihatan seorang pemuda sedang duduk di gazebo yang berada bi bawah pokok yang besar dan rendang. Harmonika berwarna hitam putih lancar mengeluarkan bunyi mengikut arahan sang peniup. Sekali-sekala tangan yang menutup bahagian belakang harmonika terangkat sikit mengeluarkan bunyi. Mata sang peniup tertutup menghayati irama harmonika yang dimainkannya.
          
“lagu ape ni, bang?”
        
  Akmal terkejut. Harmonikanya berhenti dari mengeluarkan bunyi serentak matanya terbuka. Akmal memandang gadis bertudung berwarna putih dan kuning cair dihadapannya. Warna kesukaan seseorang yang pernah dikenalinya dahulu.

          “abang, tadi main lagu ape?” tanya gadis itu sekali lagi. “saya tengok abang selalu kat gazebo ni main lagu yang sama. Tiap-tiap hari minggu mesti nampak abang kat sini main lagu tu. Merdu lagu tu. Saya suka!” gadis itu terus duduk di sebelah Akmal. Beg sandangnya ditanggalkan dan diletakkan di antara dia dan Akmal supaya menjadi pemisah. Buku saiz A4 yang dipegang tadi diletakkan di bahagian kirinya. Banyak kertas yang terselit di buku tersebut. Akmal hanya memerhatikan tingkah lakunya.

          Gadis itu tersedar sesuatu. “oops, abang! Sori saya tak bermaksud nak curi dengar. saya cuma tak dapat tahan nak dengar. Sedap sangat. Serius!” cuak.

          Akmal tergelak kecil melihat gadis itu cuak. “takpe. Saya tak kisah. Ada jugak yang sudi nak dengar lagu ni” sambil tersenyum manis.

          Gadis itu turut tersenyum. Lega tidak dimarahi Akmal.

          “tapi abang, tiap kali saya dengar, saya rasa sayu je,” matanya ditutup mengingati irama merdu harmonika yang dimainkan Akmal.

          Sekali lagi Akmal tersenyum mendengarkan kata-kata gadis itu. Cuma kali ini tidak semanis tadi.

          “abang. Abang tak jawab soalan saya lagi. Ape nama lagu tu?”

          “dandelion,” jawab Akmal pendek.

          “dandelion? Saya suka dandelion!” girang gadis itu.

          Akmal tersenyum dan kembali menyambung bermain harmoniko lagu ‘Dandelion’.




7 tahun yang lalu...


          Headphone di telinga berdentum kuat mengeluarkan rentak lagu Hanging By a Moment dari Lifehouse. Kepala diangguk-anggukkan mengikut rentak lagu tersebut.

          “ satu pusingan je lagi,” Akmal tersenyum dan meneruskan jogging. Sudah jadi rutinnya untuk jogging di taman berdekatan rumah sewanya setiap sabtu petang. Sudah jadi rutinnya juga untuk singgah dan bermain harmonika di gazebo paling hujung di taman tersebut.

          Berdekatan dengan gazebo yang telah menjadi port lepaknya, ada sesuatu yang menarik perhatian Akmal. Di belakang pokok yang menjadi atap gazebo tersebut akan ada seseorang.

          Akmal berjalan ke belakang pokok. “masih ada,” Akmal tersenyum. Gadis bertudung kuning cair yang sebentar tadi khusyuk dengan buku sketch memandang Akmal dan tersenyum. Seketika kemudian, tangan gadis itu menulis sesuatu di buku sketchnya. Kemudian menunjukkan kepada Akmal dengan senyuman.

          ‘mana salam?’

          “sori, sori. Assalamualaikum, Aifa,” tangannya mencapai sesuatu didalam beg sandang. 

“hari ni lukis ape?” tanya Akmal lembut. Selama ini tak pernah Akmal selembut dengan perempuan lain, tapi gadis ini membuatnya menjadi seperti orang lain bila bersama-sama.

          Aifa menunjukkan muka buka sketch pada Akmal.

          “burung yang hinggap kat dahan pokok?” teka Akmal.

          Aifa mengangguk laju berkali-kali. Gembira Akmal berjaya meneka.

          “burung ape tu?”

          Aifa berhenti senyum. Mukanya sudah berkerut mencari jawapan. Tangannya sudah menggaru-garu kepala. Tanda tidak tahu.

          Akmal tersenyum lebar melihat gelagat gadis itu. Harmonika yang diambil kini sudah berada di bibir. Dibiarkan gaya tersebut sementara memutuskan lagu yang hendak dimainkan dengan harmonikanya.

          Tangannya sudah mula bergerak, bermakna dia sudah memutuskan lagu yang hendak dimainkan. Aifa melihat Akmal bermain. Kagum melihat bertapa lancarnya tiupan harmonika Akmal.

Aifa menulis sesuatu di buku sketchnya. Seketika kemudian, tangannya menarik-narik sedikit hujung baju Akmal.

“kenapa?” tanya Akmal pelik.

Buku sketch ditunjuk sekali lagi.

ape tajuk lagu ni???’ disebelah soalan tersebut terdapat satu lukisan kecil. Mukanya diletak tanda soal besar. Akmal tergelak melihat lukisan kecil itu.

“Auf Fl├╝geln Des Gesanges in german. Mean On Wings Of Song”

Aifa mengangguk kecil sambil tersenyum. Tangannya kembali menyambung lukisan yang tergendala awal tadi. Akmal juga menyambung bermain harmonikanya.




Akmal mengenali Aifa sejak 10 bulan yang lalu. Di gazebonya, di pokok gadis itu, di taman ini. Harmonika dan buku sketch yang menjumpakan mereka.

Pertama kali Akmal bermain di gazebo, Aifa melihatnya dari belakang pokok. Seperti mahu sama mendengar, dalam waktu yang sama cuba melindungi dirinya. Siapa tahu malang akan mengenai dirinya waktu itu? Akmal tahu dirinya diperhatikan seseorang cuma dia tidak mahu memberhentikan harmonikanya.

Sabtu seterusnya, Akmal datang lebih awal, menunggu orang yang memerhatikannya. Tepat jam empat petang, kereta rover hitam metallic berhenti berdekatan gazebo. Seorang gadis bertudung putih dan bert-shirt kuning cair turun dari tempat duduk penumpang. Tangan kanannya mengepit buku sketch saiz A4.

“minah ni ke yang ngendap aku semalam...” bisik Akmal bersembunyi di belakang pokok.
Gadis itu berjalan ke arah pokok dimana Akmal sedang bersembunyi. sebaik sahaja sampai, gadis itu terus duduk dan membuka buku sketches. Akmal yang bersembunyi dibelakang kagum melihat lukisan-lukisan gadis itu. Sangat kreatif.

“lawa lukisan awak...” eh? Alamak! Kantoi aku. Kalau minah ni jerit, habis larh aku. Akmal sudah menutup mata bersedia mendengar jeritan dari seorang gadis.

Seminit. Dua minit. Masuk tiga minit, Akmal sudah mula berasa pelik tidak mendengar jeritan mahupun sepatah perkataan pun dari gadis itu. Mata yang tertutup dibuka perlahan-lahan. Buku lakaran sudah berada di tanah, kertas-kertas A4 bergambar berselerak di antara Akmal dan gadis itu.Dihadapannya, gadis itu sedang sebatang pensil mekanikal menghala ke arah Akmal. Seperti seorang pemain pedang. Matanya tertutup ketakutan.

“hahahahahaha!” Akmal sudah tidak dapat tahan gelak melihat aksi gadis dihadapannya. 

“sori. Sori. Saya tak bermaksud nak takutkan awak” sambil mengutip kertas A4 yang berselerak.

Gadis itu membuka mata perlahan-lahan. Takut untuk melihat dihadapannya. Tangan di turunkan perlahan dari posisi pemain pedang.

Ketawa Akmal masih berbaki melihat gerak-geri gadis itu. “sori ye. Hari tu saye perasan awak ngendap saya main harmonika, so saya terpikir nak ngendap awak pulak hari ini. Tapi terkantoi pulak.”

Muka gadis itu sudah kemerahan. Malu rahsianya mengendap lelaki dibocorkan oleh empunya badan.

Akmal perasan tiada suara keluar dari mulut gadis itu. Dibiarkan sahaja. Sangkanya gadis itu masih tidak berasa selamat dengannya.

“saya Akmal. Awak?” Akmal mencuba bertanya. Masih tiada suara keluar dari gadis itu.
Helaian A4 terakhir dikutip bersama dengan buku sketch gadis itu. “lukisan awak ade banyak bunga dandelion. Signature nama pena awak pun ‘dandelion’. Awak suka ke bunga dandelion?” perasan Akmal ketika mengutip helaian-helaian lukisan gadis itu. Tetap tiada jawapan.

Tidak puas hati. “awak rasa tak selamat dengan saya ke? Saya paham kalau awak rasa macam tu. Sekurang-kurangnya ucaplah ‘terima kasih’,” hulur Akmal kepada gadis itu. Kali ini Akmal bertentang dengan gadis itu.

Gadis yang dari tadi diam tanpa bicara mengambil huluran buku sketch bersama kertas-kertas. Kepalanya angguk sedikit. Tangan kanannya bergerak meletakkan di dada. Tanda ‘terima kasih’.

Akmal sudah mengagak sesuatu. “awak dengar saya cakap?”

Gadis itu mengangguk. Mukanya tidak menggambarkan sebarang perasaan. Tidak gembira, tidak juga sedih.

“awak paham saya cakap?”

Sekali lagi gadis itu mengangguk.

“awak boleh.....cakap?” hatinya sudah mula berasa serba salah.

Kali ini gadis itu menggeleng perlahan.

“awak.....bisu?”

Gadis itu mengangguk lemah.

Kali ini dia memang berasa amat serba salah. Serba salah mengejutkannya, serba salah menuduhnya dan serba salah insan dihadapannya tidak dapat bersuara, dirinya dapat bersuara.


Sungguh dia merasa kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T. ketika itu. Dan sungguh dia berasa amat bersyukur masih dapat bersuara sehingga ke hari ini. Akmal teringat kawannya pernah berkata, Allah memberi sesuatu kelebihan bersama kekurangannya, dan juga kekurangan bersama kelebihannya.

Insan disebelahnya, seorang gadis tidak bersuara. Allah menarik kelebihannya untuk bersuara menjadikan dia serba kekurangan, dan Allah juga telah menarik peluang dosa-dosanya untuk bertambah dan memberinya peluang pahala-pahalanya untuk bertambah.




          “aifa. Aifa, tengok ni!”

          Akmal cuba untuk menggayakan bahasa isyarat yang baru dibelajarnya semalam.
          Aifa terkejut membaca gerakan-gerakan bahasa isyarat Akmal. Tangannya laju mencapai pensil dan buku sketch.

          ‘awak nak bunuh diri ke tak???’ muka Aifa berkerut.

          Akmal yang membacanya lagilah. Hanya menggelengkan kepala sahaja. Aifa pula tergelak kecil. 2 kali ganda blur dari tadi.

          Aifa menulis sekali lagi.

tadi awak nak cakap, awak nak bunuh diri ke tak?’

          Akmal terkejut. “saya nak cakap, ‘awak nak air ke tak?’,” aifa ketawa. Walaupun tiada 
suara, Akmal tahu yang Aifa ketawa. Dan dia akan gembira melihat Aifa ketawa.

“aifa... saya pernah taye dulu, lukisan awak banyak dandelion and your nickname is also dandelion. Memang suka bunga dandelion ke?” Aifa menangguk kuat. Akmal tergelak kecil dan Aifa akan tersenyum balik. “boleh, saya tahu kenapa?”

Aifa menulis sesuatu di buku sketch. Mesti lama agak Akmal. Harmonika ditiup. Lagu Morning Mood.

Buku sketch dihala pada Akmal. Harmonika diberhentikan tiupan. Akmal mengambil dan membaca tulisan gadis disebelahnya.

saya sangat, sangat suka dandelion. Tapi banyak orang tak pandang bunga dandelion ni. kecik. Saya suka sebab...walaupun kecik, rapuh dan takde yang hargai bunga ni, dandelion tetap cuba bertahan untuk hidup. Lagipun bunga dandelion sebenarnya sangat cantik, cuma ramai yang tak perasan’

Aifa menghulurkan sehelai kertas yang sudah siap berwarna.

“dandelion?” tanya Akmal.

Aifa mengangguk dan senyum.

Padang yang dipenuh bunga dandelion, kelopak-kelopak dandelion yang berterbangan ke atas. Warna kuning terang dan cair, warna putih, langit kebiruan dan cahaya matahari keemasan. Sangat cantik. Sungguh.

***

Sudah 2 minggu Aifa tidak datang ke taman. Akmal nekad, hari ini dia akan menghubungi keluarga Aifa. Akmal membuka alamat dan nombor yang diambil secara sembunyi di halaman belakang buku sketch Aifa dahulu di dalam outbox handphone sebagai langkah keselamatan.

“assalamualaikum?”

“wa’alaikummusalam...” kedengaran suara wanita dalam lingkungan 50-an menjawab. Orang gaji barangkali.

“aifa ada tak makcik?”





          Meter kelajuan motorsikal Akmal sudah mencapai 140 km/j. Lampu merah dilanggarnya. Akmal sudah tak ambil kira segala peraturan jalan raya. Yang penting sekarang ialah Aifa.


          “kawan Aifa ke? Aifa takde. Dia kat hospital...”

          “hospital? Nape dengan dia makcik?

          “kamu tak tau ke? Hari ni pembedahan pemindahan jantung dia. Dia nak derma memandangkan penyakit dia sudah sampai peringkat akhir”

          Sebaik sahaja Akmal sampai ke hospital, dia berlari selaju mungkin ke dalam. Motorsikalnya dibiarkan sahaja dihadapan pintu masuk.

          “cik! Mana bilik pembedahan untuk cik Aifa Iman bt Kamaruddin?!”

          “tingkat 3, bilik 20”

          Akmal terus berlari secepat mungkin. Aifa! Aifa! Aifa!

          “AIFA!!!!”  dihadapannya Aifa sedang terbaring di atas katil pembedahan. “aifa! Pesal tak bagitau pasal semua ni?!” Aifa terkejut. Tidak pernah dia melihat pemuda di depannya meninggikan suara sekuat ni.

          “dia tak nak kamu sedih,” satu suara di belakang menjawab. Akmal pusing. Sepasang suami isteri. Akmal kenal yang lelaki itu. Orang yang sama menghantar Aifa ke taman. Parent aifa?

          “dia takut kamu akan risaukan dia. Dan dia takut layanan kamu pada dia akan berubah.”

          Akmal kembali memandang Aifa. Mata Aifa sudah berair. Tangan kanannya sudah berada di atas dada. Tanda minta maaf. Mahu saja Akmal memegang tangan Aifa tapi dia tahu dia bukan mahram Aifa. Dan pastinya Aifa mahu dirinya dihormati sebagai seorang muslimah sehingga ke akhir. Akmal hanya mampu melihat katil Aifa ditolak ke dalam bilik pembedahan.


          Segala lukisan-lukisan dan buku sketch diberikan pada Akmal atas permintaan Aifa. Salah-satunya gambar dia sedang bermain harmonika dan Aifa sedang melukis, dan mereka dipenuhi bunga dandelion.


 ***

          Angin bertiup kuat. “kertas-kertas saya!” jerit seorang gadis. Kertas-kertas yang terselit penuh di buku A4 berselerak diterbangkan angin. Gadis itu berlari memungut kertas-kertasnya.

          Bunyi harmonika terhenti. Akmal turut membantu dengan mengambil kertas yang berhampirannya. Mukanya kelihatan terkejut melihat lukisan bunga di kertas ditangannya. Dilihatnya kertas-kertas yang lain.

          “sape nama awak?!” cemas.

          “erm....Ezza.” sambil memungut kertas.

          “bukan! Nama pena awak?!”

          “dandelion”


cerpen Aina, em, ok la. tapi ada part yang tetibe lost. heh. kiranya tak dapat tafsir apa yang tengah berlaku and feel blank. get it?  but, overall, ok la Aina. ok what, sebab ni first time Aina buat cerpen right and Aina baru tryin make a novel right? good try. haha. aku ni gaya poyo jewp padahal aku pun entah hapa-hapa entah. :p

so, Aina. keep it up. Cikgu Nazrul bagi markah 72/100. ok? huk huk huk. nanti kalau ada buat cerpen, bagi tahu la aku lagi. ahakz!

2 ulasan:

aina_loli-pop berkata...

aite aite cekgu....haha...btw cekgu, ble result spm cekgu kuar...hak2

nazrul ashraff berkata...

aina..haha...mne la aq tw..aiyoo..aq bkn lembaga ppriksaan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...