Isnin, 17 Januari 2011

~baby sitter cum maid < cerpen >

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum. hari ni, again, aku nak jadi cikgu BM. haha. jadi, korang kena panggil aku cikgu Nazrul k.


 panggil kami cikgu iskandar & cikgu nazrul. amacam? siapa lagi hot? huk huk huk. k, lupakan. hari ni aku nak post satu cerpen yang telah ditaip oleh kawan baru aku, which is Ecah. aku kenal dia kat FB jep.


enjoy~


♥ ♥ Baby Sitter cum Maid ♥ ♥
Sepasang kaki berjalan terjingkit-jingkit menghampiri katil yang menampung sekujur tubuh seorang gadis yang sedang lena tidur..

“Innalillahiwainnalilaihirojiun!!!!!!” Jerit Ariana ke telinga Ariani. Ariani yang terkejut, segera bangun .

“Kurang asam gelugur punye adik!! Tak boleh kejut elok-elok ke?” Marah Ariani sambil memicit pelipisnya yang berdenyut-denyut akibat bangun tidur yang mengejut.

“Kejut elok-elok kakak kata, hari-hari Rina kejut elok-elok pon tak pernahnya jalan, cuma dengan cara ni je yang jalan.” Jawab Ariana dengan slumber badaknya.

“Ini nak membunuh namanya!! Mana ada orang yang kejutkan orang yang tidur macam tu. Nasib baik akak tak jalan sekali.. Kalau tak Innalillah la kakak kau yang cun ni tau.” Kata Ariani yang masih lagi bengang. Sempat lagi dia masuk lif tekan butang sendiri.. Ariana hanya mencebikkan bibirnya.

“Ada je laa.. Kat sekolah, Rina tengok kawan Rina selalu buat macam tu kat kawan dia yang tidur masa cikgu tak de.” Jawab Ariana yang masih tak mau mengalah.

“Menjawab kau ek.. Sekali akak bagi backhand baru tau.” Ariani melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri.

Selapas 30 minit membersihkan diri, Ariani menuju ke arah dapur untuk mengisi perut. Al maklum la bangun pun dekat pukul 11 pagi, mesti la lapar. Macam mana la rezeki nak masuk. Tak senonoh sungguh anak dara sorang ni. Alasannya terlelap lepas solat subuh tadi.

Di ruang dapur kelihatan Mak Yam sedang menyediakan bahan-bahan untuk memasak makanan tengah hari. Mak Yam menjeling ke arah Ariani yang sedang breakfast.

“Awalnya kau bangun hari ni ye Rini..” Sindir Mak Yam.

“Mak ni asyik nak menyindir Rini je..”

“Mana tak nye, asyik bangun lewat je, kerjanye tidak.. Sampai bila nak tanam anggur ni? Naik jemu mak nengoknya.” Bebel Mak Yam.

“Rini belum jumpa kerja yang sesuai la mak. Kalau da jumpa, Rini kerja la. Mak ni kalau tak membebel satu hari tak sah kan.. Sampai da nak cair tahi telinga Rini ni..”

“Kau tu pulak kalau tak menjawab tak sah.. Mak ni bukan berleter tapi bagi nasihat, tu pon kau tak nak dengar. Lantak la kau nak tanam anggur ke nak tanam jagung ke mak da tak nak campur lagi.” Rajuk Mak Yam yang terasa hati mendengar kata-kata Ariani.

“Mak ni sensitive betul la.. Jangan la merajuk, nanti muka mak da tak macam Cik Penguin.” Pujuk Ariani.

“Bertuah punye anak... Ada ke samakan muka kita ni dengan muka binatang... Penguin pulak tu.”

“Penguin kan comel, badan montel macam mak... Hahahaha.” Ariani da mula belari ke ruang tamu apabila Mak Yam mengejarnya dengan sudip. Selepas tujuh kali tawaf sofa, mereka berhenti berlari.

“Sudah la tu mak da tak larat nak kejar kau.. Sampai da tujuh kali tawaf sofa tu.. Kalau kat Makkah, da dapat gelaran hajah tau.” Kata Mak Yam sambil berlalu ke dapur meneruskan kerja yang terbengkalai.

“Hahahaha Sorry ye mak, lain kali Rini buat lagi..” Mak Yam menjegilkan matanya sambil berlalu.



“Kak Rini!!!!!” Ariana menjerit di telinga kakaknya.. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah Ariani..

“Kau ni kan dari tadi lagi tak habis-habis nak terkejutkan kakak... Haish..” Marah Ariani, kemudian menyambung pembacaannya.

“Akak bace novel ape? Nak tengok.” Adriana memanjangkan tangannya untuk mencapai novel itu.tapi Ariani mula melarikan tangannya ke belakang badan, menyorokkan novel tersebut.

“Kedekut la kak Rini ni. Tak nak kawan.” Rajuk Ariana.

“Tak nak kawan sudah, nama kau Bedah.” Usik Ariani... Ariana menarik muncung.

“Nah la merajuk pulak dia, ikat muncung tu dengan getah kang baru tau.” Ariana mengambil novel yang dihulurkan sambil tersenyum.

“Ek eh.... Mukanya adaaa senyummm...” Ariana tergelak mendengar kata kata kakaknya.

“HLOVATE? Kenapa nama penulis ni lain daripada yang lain?” Tanya Ariana. Pelik.

“Penulis ni misteri tau. Dia macam tak nak orang kenal dia.. Buku-buku dia semuanya jenis Islamic. Kalau sape sape baca, guarentee berubah sampai 360 darjah.” Terang Ariani panjang lebar.

“Owh ye ke? Tapi Rina tengok kak Rini tak berubah 360 darjah pon..”

'Eceh terkena jugak aku....Kurang asam gelugur punye adik.' Desis hati Ariani.

“Ek?? Cuba Rina jelaskan, akak tak paham la... Tang mana yang tak berubah tu?”

“Kak Rinikan suke bangun lewat.. Rina la yang selalu jadi tukang kejut.. Kalau kejut sekali terus bangun tak pe jugak, ni nak kena orang jerit kat telinga baru nak bangun.. Sampai sakit tekak orang tau...” Ujar Ariana sambil membuka langkah seribu bila dia melihat kakaknya mula mencapai bantal kecil di sebelah sofa. Dia tau sasarannya adalah dia.. Jadi sebelum bantal tu terkena batang tubuhnya, baik dia menyelamatkan diri..


Sedang Ariani kusyuk membaca, handphonenya mengeluarkan ringtone Still As Ever, OST He's Beautiful menandakan satu mesej diterima. Ariani membuka kotak inbox dan melihat nama pengirim. Nama Asma Hani yang tertera.

Rini, jom pekena nescafe tarik kat warung abang Wan pukul 3 karang..?

Ariani mula menekan key pad untuk membalas mesej tersebut.

Assalamualaikum...... Ok, settttttttt........

Beberapa minit kemudian, lagu Still As Ever berkumandang lagi.

Opps sorry, Waalaikumsalam... Lupa pulak nak bagi salam tadi... Hehehe...

Ariani melihat jam di dinding.. 'Baru pukul 2, ade lagi satu jam.. Sambung baca balik laa, si Hani tu bukannya tepati masa pun.' Desis hati Ariani..


Tepat seperti yang disangka.. Ariani menilik jam di tangan kirinya. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Sudah dekat setengah jam Ariani menunggu di warung abang Wan..

“ Haish Hani ni tak penah tepati masa betul.” Gumam Ariani. Tiba-tiba dia terpandang abang Wan yang sedang mengutip gelas-gelas untuk dibasuh.. Kelihatan mentol mula bernyala di atas kepalanya.. Kemudian dia tersengih jahat.

“Abang Wan, mintak sini lima biji gelas tu.”

“Nak buat ape?” Tanya abang Wan pelik.

“ Adeee laaa.” Abang Wan meletakkan lima biji gelas di hadapan Ariani.. Beberapa minit kemudian, Hani muncul.

“Sorry aku lewat. Mak aku suruh beli barang tadi.” Hani memberi alasan.

“Tolong mak beli barang ke, baru bangun tidur? Tu aku tengok tahi mata kau berselepat.” Ariani mengangkat kening double jerk.

'Alamak.... Kantoi sudah...' Desis hati Hani sambil menenyeh nenyeh matanya..

“Hehehehe aku memang tertidur tadi... Tak sangka pulak boleh terlajak , lupe nak kunci jam.. Sorry ek..”

“Kau tengok ni sampai lima gelas air aku minum tau. Da naik kembung perut aku. Oleh kerana kau lambat, kau kene belanja aku makan..” Abang Wan yang dari tadi menjadi pendengar, sudah terbatuk-batuk. Ariani dan Hani menoleh ke arah abang Wan. Hani dengan muka pelik, manakala Ariani dengan muka merayu 'tolong jangan pecahkan tembelang saya'

“Kenapa abang Wan? Gatal tekak ke?” Soal Hani yang pelik mendengar batuk abang Wan yang lain daripada yang lain hari ni..

“Tak de pape... Hehehe.” Jawab abang Wan bila melihat muka kesian Ariani.. Hani kembali menoleh ke arah Ariani.. Dia jatuh rahang melihat lima biji gelas di hadapannya.

“Betul ke kau yang minum sampai lima gelas?” Soal Hani yang musykil dengan kebolehan Hani menghabiskan lima gelas air...

“Betul laa.. Punye tunggu punye tunggu, kau tak muncul-muncul, sampai naik kering tekak aku.” Bohong Ariani. Dalam hati sedang mentertawakan sikap lurus Hani.

“Ok la aku belanja kau.. Kau nak order ape pun boleh.” Ujar Hani.

“Cantikkkkkkkk...... Abang Wan, Kasi maggi rebus satu, roti bakar lima set, nasi lemak tiga bungkus, limau ais satu..” Hani jatuh rahang..

“Oit, kau nie makan ke melantak?” Tanya Hani

“Aku mentedarah la... Da kau yang cakap boleh order pape je.. Aku order je la.”

“Eceh, badan je kecik tapi kuat makan.”

“Bagi saya nasi goreng satu, nescafe ais satu.” Order Hani pula.. Sementara menunggu makanan tiba, mereka mula berbual.

“Ada perkara penting ape kau nak jumpe aku?” Tanya Ariani.

“Kau da tanam anggur berape bulan?” Soal Hani..Ariani mula mengira jarinya.

“Ek, tho, theen,char, panch... Lima bulan.... Kenape?”

“Kau ingat tak kakak saudara aku yang duduk kat K.L tu?”

“Kak Salwa?” Teka Ariani.

“Haa ingat pun.. Dia sekarang nak cari pekerja.. Kau nak tak?”

“Kerja ape?” Tanya Ariani mula teruja.. Kalau dia da kerja, tak de la dia dengar bebelan maknya lagi...

“Jadi penjaga budak merangkap orang gaji.” Jawab Hani senafas...

“What?!! Baby Sitter cum Maid!!! Are you crazy??!” Kan da keluar slanga London..

“Hish slow la sikit tone kau tu....”

“Maunye aku tak terkejut, muka aku ni ade macam orang Indon ke?” Ariani mula bengang.

“Bukan laa.. Dengar la dulu … Kau tau kan yang kak Salwa balu.. Dia tengah terdesak nak cari baby sitter.. Dulu dia ade orang gaji Indon, tapi perempuan tu jaga anak kak Salwa sambil lewa je.. Ada ke patut dia biarkan budak tu makan sabun!! Nasib baik masa Aira termakan sabun tu kak Salwa baru sampai rumah.. Dia cari jugak mana bibik tu menghilang... Rupa-rupanya tengah bergayut kat telefon.. Kak Salwa pun marah la bibik tu.. Si bibik tu pulak boleh tahan jugak melawannya.. Lastly, kak Salwa terus berhentikan dia dan hantar dia balik kat agensi tu.. Lepas tu kak Salwa call aku dan mintak aku tolong carikan sape yang aku kenal untuk bekerja kat rumah dia. Dia kalau boleh nak orang Melayu kita. Tiba tiba je aku teringat kat kau yang masih tanam anggur ni.. So, kau nak tak?” Terang Hani panjang lebar..

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan sampai..Ariani yang dari tadi kusyuk mendengar cerita Hani, bersuara...

“Kita makan dulu.” Setelah selesai menjamah makanan, mereka bersandar kekenyangan..

“Thanks ek sebab belanja aku.. Pasal kerja tu, nanti aku akan pertimbangkan.”

“Sama-sama... Kaukan kawan aku, mesti la aku belanja.. Aku harap sangat kau boleh tolong kak Salwa..” Kata Hani sebelum mereka bersurai..


Di dalam bilik, Ariani masih lagi memikirkan tawaran Hani..

“Aaaakuuu jadi baby sitter cum maid? Boleh ke? Kalau jadi baby sitter ok lagi sebab aku suka budak-budak.. Kalau maid, masak yang simple tu boleh laa.. Taaapiii, buku resipi mak yang berlambak satu rak tu kan ada... Cilok je laa dua tiga buku.. Gud idea.” Ariani bermonolog..

Selepas makan malam, mereka sekeluarga berehat di ruang tamu, sambil menonton televisyen.. Ariani berkira kira mahu memberitahu tawaran Hani kepada mak dan abahnya..

“Mak, abah, Rini ada benda nak cakap..” Ariani memulakan mukadimah.

“Apa dia?” Soal Pak Man dan Mak Yam serentak..

“Rini nak kerja kat K.L.”

“Alhamdulillah....” Kata Mak Yam, namun berlainan pula jawapan Pak Man..

“Kenapa jauh sangat? Kat sini da tak de keje kosong ke?”

“Biar la dia pergi bang, kalau duduk rumah asyik makan tidur makan tidur.” Ujar Mak Yam.

“Awak ni, K.L tu jauh, kita mana ade saudara mara yang tinggal kat sana.. Saya risau tau tak..” Bangkang Pak Man.

“Alah abah, kat sana nanti Rini tinggal dengan kak Salwa, kakak saudara Hani..” Kata Ariani sambil menceritakan kembali apa yang diberitahu oleh Hani..

“Kalau macam tu abah setuju.. Tapi Rini pandai ke masak? Selama Rini duduk terperap kat rumah ni tak pernah pun abah tengok Rini masak..”Ujar Pak Man..

“Alah, apa guna buku resipi mak yang berlambak kat rak tu.. Nanti Rini bawak la dua tiga buku kat sana..” Mak Yam da menjegilkan mata..

“Banyak cun muka kau.. Amboi-amboi, ada hati nak amek buku mak ek.. Kau nampak ni!!” Ujar Mak Yam sambil menunjukkan penumbuk gebunya.. Ariani mencebik..

“Kedekut betul la mak ni... Nanti kalau Rini dapat gaji, Rini belikan la mak buku resipi baru..”

“A'a la awak ni, dengan anak sendiri pun nak berkira.. Tahi hidung masin betul.” Sokong Pak Man..

“Ye la ye la mak bagi... Tapi kau kene janji belikan mak buku resipi baru banyak-banyak..” Mak Yam mengalah..

“Ai ai ma'am..” Balas Ariani sambil berlalu ke biliknya untuk menghubungi Hani..


Pintu rumah teres dua tingkat dibuka.. Kak Salwa mempelawa Ariani masuk dan menyuruhnya memilih mana-mana bilik untuk berehat sementara dia keluar mengambil anak-anaknya di rumah ibu bapanya...

Setelah membersihkan diri, Ariani merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu... Perlahan-lahan matanya semakin tertutup.. Mungkin akibat penat mengharungi perjalanan yang berbatu-batu jauh bersama kak Salwa petang tadi.. Jam pula menunjukkan pukul 10 malam.. Sesuai benar la kalau tidur..

Tiba-tiba Ariani terasa ada satu benda keras terjatuh kat atas perutnya.. Kehadiran benda tersebut telah mengganggu lena Ariani.. Dia bingkas bangun untuk melihat benda tersebut dengan lebih dekat kerana keadaan bilik yang gelap menyukarkan pandangannya..

“Ek tangan? Tangan sape ni? Tangan manusia ke hantu?” Ariani da cuak dan mula memikirkan perkara yang pelik-pelik.. Tiba-tiba tangan tersebut beralih arah.... Ariani da bertambah cuak...

“Hantu!!!! Tolong.... hantu!!!” Ariani menjerit sambil memukul-mukul tangan tersebut dengan bantal... Tangan itu mengerang kesakitan.. Apabila mendengar bunyi tangan mengerang, Ariani memukul dan menjerit dengan lebih kuat... Beberapa minit kemudian, kak Salwa membuka pintu bilik dan mengetik switch lampu... Keadaan bilik menjadi terang-benderang dan Ariani berlari ke arah kak Salwa.. Rupa-rupanya, tangan tersebut milik seorang lelaki... Lelaki itu turut bangun menghampiri kak Salwa dengan muka bengis..

“Haila, ape ady buat kat bilik ni?” Soal kak Salwa kepada lelaki yang bernama Ady sambil memandang sekeliling bilik.. Kemudian dia menepuk dahi...

“Sape perempuan ni? Tiba-tiba je menjerit macam orang histeria.. Orang nak tidur pun susah..!!” Tanyanya berang, tanpa menjawab soalan kak Salwa..

“Oh ya... Rini, ni Hasmadi adik kakak... Panggil Ady je. Ady, ni Ariani pekerja baru kita.... Sorry la Rini akak terlupa nak bagi tau yang Ady tinggal sekali kat sini dan bilik ni sebenarnya bilik ady.” Muka Ariani da merah padam..

'Pasal la aku tak check betul betul-bilik ni ada orang punya ke tak..... Masuk-masuk je terus pergi mandi.. Haish kan da salah bilik..' Marah Ariani dalam hati.

“Erk sorry ye Encik Ady, saya tak tau ni bilik Encik.. Sorry sebab terpukul Encik..” Ariani memohon maaf.. Ady baru nak bersuara tetapi sempat dipotong kak Salwa..

“Sudah la tu, mari kakak bawak Rini ke bilik satu lagi..” Belum sempat mereka melangkah keluar, Ady dah memanggil Ariani..

“Hey!!” Ariani menoleh.

“You owe me one!!” Ujar Ady dengan muka bengis..


Pintu bilik pejabat diketuk dari luar sebelum dirempuh masuk oleh seorang lelaki..

“Hey, what's up bro? Apasal muka macam asam kecut je pagi-pagi buta ni..?” Tanya Adli kepada Ady.

“Kau tau tak?”

“Tak tau..” Canda Adli.. Ady da menjegilkan matanya..

“Ok ok, aku tau kau tak de mood.. What's your problem? Habaq mai kat aku sat.” Ujar Adli... Ady mula menceritakan kes lewat malam tadi..

“Hahahaha... Tak sangka aku, lelaki yang workaholic macam kau ni kena hempuk dengan bantal... Dengan orang gaji sendiri pulak tu... Kahkahkah.” Ady geram melihat Adli ketawa tak henti-henti.. Dia mencapai sebijik pemadam dan melemparkannya ke dalam mulut Adli... Adli terdiam seketika.. Pemadam yang berada ddi alam mulutnya dikeluarkan dan diletakkan kembali di atas meja..

“Gelak la lagi!! Nanti aku sumbat stapler ni pulak..” Marah Ady.. Adli membuat gaya seperti mengunci mulut.. Beberapa saat membiarkan ruang bilik sunyi sepi, Adli mula bersuara..

“So, ape plan kau sekarang? Setahu aku, kau ni kalau orang buat hal dengan kau, kau akan balas balik..” Soal Adli..

“Hmmm.... Wait and see.” Ady mula tersengih jahat...


“Rini, mari sini sekejap..” Panggil kak Salwa.. Ariani yang baru sahaja keluar dari bilik terus menuju ke arah kak Salwa dan anak anaknya yang berada di ruang tamu..

“Ni akak nak perkenalkan, yang lelaki ni namanya Aidil baru 5 tahun.. Yang perempuan pulak Aira, 3 tahun.. Ariani tersenyum memandang anak-anak kak Salwa yang tersipu-sipu malu.. Mereka berdua kemudiannya bersalam dengan Ariani..

“Tugas Rini kat sini cuma jaga anak-anak akak.. Aira ni tak banyak ragam sangat.. Bagi je susu atau barang mainan, senyap la dia.. Aidil ni pulak da mula sekolah tadika, Rini kene pastikan dia habiskan semua kerja sekolah sebelum dia bermain ek. Lagi satu, Rini pandai masak tak?” Terang kak Salwa mengenai skop kerja Ariani..

“Sikit-sikit boleh la kak. Tapi masak yang simple je.. Hehehe.” Ujar Ariani sambil tersengih..

“Tak pe la kalau macam tu.. Orang dalam rumah ni pon tak memilih sangat, makan je ape yang dihidang, cuma tolak batu dan kayu je..” Ujar kak Salwa sambil tersenyum. Ariani menarik nafas lega..


Setelah sebulan lebih bekerja di rumah kak Salwa, Ariani mula berasa selesa bekerja.. Anak-anak kak Salwa pulak tak banyak ragam.. Ady pulak sejak kejadian malam tu, susah nak nampak batang hidungnya.. Pergi kerjanya awal, baliknya pulak time semua orang dalam rumah da tidur..

Tengah hari itu Ady pulang ke rumah. Dia mula melaksanakan rancangan untuk membalas dendam dan dia telah membeli beberapa bahan mentah dari paasaraya berdekatan rumahnya.

“Hari ni saya nak awak masak Ayam Masak Merah, Ikan Tiga Rasa, dan Kangkung Goreng Belacan..” Arah Ady sambil menyerahkan bahan-bahan mentah tadi ke tangan Ariani.. Kemudian dia berlalu ke biliknya.

Ariani tercengang mendengar arahan Ady, sehingga menyangka Ady buang tabiat kerana Ady tak pernah balik time tengah hari dan tak pernah menunjukkan mukanya bila Ariani ada di rumah..

“ Huh nasib baik aku da expert dalam bab masak-memasak ni.. Kalau masa mula-mula aku kerja dia suruh aku masak semua ni, alamat jahanam la buku resipi mak tu aku kerjakan, nak cari resipi punya pasal” Bebel Ariani.. Setengah jam kemudian, semua hidangan telah siap disediakan.. Ariani menuju ke bilik Ady dan mengetuk pintu bilik..

“Encik Ady, makanan da siap..” jerit Ariani di luar bilik.

“Hmm..” Balas Ady dari dalam.. Ariani berlalu ke ruang dobi untuk menyeterika pakaian.. Selepas menyeterika pakaian dia mahu menukar langsir yang sudah kelihatan hitam.. Setelah selesai makan tengah hari, Ady menjerit memanggil Ariani..

“Awak tau tak ape rasa masakan awak ni?” Soal Ady.. Ariani hanya menggeleng kepala..

“ Ayam Masak Merah ni kenapa rasa macam sambal ayam? Ikan Tiga Rasa ni pulak tak macam tiga rasa pun? Kangkung ni pulak kenapa tak de rasa belacan? Lagi satu, time saya makan, hidangkan air kosong. Saya tak minum air manis-manis ni nanti kena kencing manis pulak..” Hentam Ady bertubi-tubi.. Ariani yang mendengar da panas telinga.

'Cerewet sungguh... Kalau nak sedap, masak la sendiri!' Desis hati Ariani.. Ady mula bangkit dari kerusi..

“Da la saya nak pergi kerja.. Cuci semua ni bersih-bersih jangan ada yang berminyak.. Aidil dengan Aira mana?”

“Aidil sekolah, Aira tengah tidur.” Jawab Ariani sambil mula mengutip pinggan mangkuk untuk dicuci...

Keadaan tersebut masih berlarutan, tetapi setiap kali selesai makan pasti ada sahaja yang dikomplein Ady.. Ariani hanya mampu bersabar.. Ady pula sakit hati melihat sikap tenang Ariani, dia mula merangka plan lain untuk mengenakan Ariani..


Selepas menidurkan Aira, Ariani keluar dari bilik dan dia melihat Aidil sedang bermain permainan video.. Dia menghampiri Aidil..

“Kerja sekolah da buat ke Aidl?” Ariani bertanya lembut..

“Sudah... Jom la main same Aidil kak.. Boring la main sorang-sorang..”

“Kejap ek akak nak siapkan kerja dulu.. Nanti akak join Aidil.” Aidil mengangguk sambil meneruskan permainannya... Ariani berlalu meninggalkan ruang tamu untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh.. Satu jam kemudian, semua kerja telah selesai, dia menuju semula ke ruang tamu.. Dia menilik jam dinding.. 'Baru pukul 5 petang... Semua da selesai, sekarang play time... Bukan selalu dapat main benda alah tu.. hehehe..' Detik hati Ariani.. Mereka leka bermain permainan video sampai tak sedar yang Ady da pulang.. Ady mencerunkan matanya melihat Ariani bersenang-lenang bermain game..

“Ehem ehem..” Ady berdehem... Ariani dan Aidil masih lagi leka bermain..

“Amboi-amboi!! Bukan main senang hati lagi!!” Herdik Ady..

“Oh mak kau senang hati.!!.” Latah Ariani yang terkejut mendengar herdikan Ady.. Aidil pula da ketawa mendengar latah Ariani... Ady hanya ketawa dalam hati...

“Kerja da siap ke?” Ady mula buat muka serius.. Ariani yang da merah mukanya hanya menganggukkan kepala.. Kemudian Ady berlalu ke biliknya.. Di dalam bilik air, Ady ketawa terbahak-bahak mengingati latah Ariani tadi...


Pintu bilik Ariani diketuk dengan kuat... Ariani yang sedang tidur, terus terjaga dan menggeliat malas.. Kemudian dia mencapai handphone di atas meja lampu untuk melihat jam.. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam... Perlahan-lahan dia bangun menuju ke arah pintu.. Setelah pintu dibuka....

“Mak!!!” Jerit Ady sambil mengurut dadanya... Ariani turut terkejut mendengar jeritan Ady..

“Encik Ady nak apa malam malam buta ni?” Soal Ariani..

“Awak ni asal pakai bedak sejuk tebal sangat!! Saya ingatkan sundel bolong la tadi.. Da la pakai baju serba serbi putih.. Haishhh!!” Marah Ady.. Ariani menilik dirinya... Dalam hati dia rasa nak ketawa tapi ditahan.. Takut kene sembur..

“Tu.” Ady menundingkan jari telunjuknya ke bawah... Ariani pelik melihat bakul yang penuh dengan pakaian kotor, kemudian dia mendongak memandang Ady semula sambil mengangkat kening.. Isyarat bertanya...

“Saya nak awak basuh malam ni jugak!!” Arah Ady..

'Apa ke jadahnye dia suruh aku basuh tengah-tengah malam buta ni? Gilo ke apa... Ini boleh mendatangkan marah!!! Sabar Rini..' Detik hati Ariani..

“Esok tak boleh ke Encik Ady? Saya mengantuk ni..” Ariani cuba meraih simpati..

“Tak boleh!! Kene basuh malam ni jugak!! No more excuse!!” Herdik Ady sambil berlalu ke biliknya.. Tanpa Ady sedari, Ariani menjelirkan lidahnya...

'Ala no hal laa lagi pun mesin yang basuh....' Getus hati Ariani sambil tersengih... Tiba-tiba Ady berpaling semula ke belakang...

“Cuci guna tangan ek jangan awak nak memandai-mandai pakai mesin.” Senyuman di bibir Ariani terus mati...

“Cis ni nak membuli namanya..” Gumam Ariani perlahan sambil berlalu ke bilik air yang terletak di dapur.. Ady yang mencuri dengar di dalam bilik hanya tersenyum sambil berlalu ke katil dan merebahkan badannya...


Setelah genap dua tahun bekerja di rumah kak Salwa, Ariani mengambil keputusan untuk berhenti kerana tak tahan dengan kerenah Ady.. Setiap malam Ady menyuruhnya mencuci pakaian... Kalau da abis pakaian kotor, pakaian yang sudah dicuci disuruhnya cuci lagi... Puas dinasihati oleh kak Salwa namun Ady tetap juga menyuruh Ariani Membasuh baju pada lewat malam... Tak makan saman betul lelaki tu...

Kata kak Salwa, Ady akan berada di johor selama tiga hari.. Kesempatan ini diambil oleh Ariani untuk menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja. Kak Salwa keberatan nak melepaskan Ariani namun dia kasihan melihat Ariani yang asyik dibuli oleh adiknya... Selepas permintaannya diterima, Ariani bergegas ke bilik untuk mengemas apa yang patut kerana dia akan pulang ke kampung halamannya semula.. 'Nampaknya tanam anggur balik la aku.' detik hati Ariani.

Ady menjerit memanggil nama Ariani ketika dia baru sampai di rumah namun tiada suara yang menyahut... Dia mencari Ariani di serata pelusuk rumah, tapi tak ada... Dia berlalu ke bilik Ariani pulak.. Setelah puas mengetuk, dia membuka pintu namun bilik tersebut kosong tak berpenghuni... Tiba-tiba kak Salwa yang baru pulang dari tempat kerja menepuk bahu Ady.. Ady terkejut dan tanpa membuang masa dia terus bertanyakan Ariani.. Sekali lagi Ady terkejut bila mengetahui bahawa Ariani telah berhenti kerja... Kemudian dia berlalu ke biliknya dengan perasaan yang bercelaru...


TIGA BULAN KEMUDIAN.....

Selama ketiadaan Ariani, hati Ady sentiasa gelisah dan kerja-kerja yang harus segera diambil tindakan terbengkalai.. Nasib baik syarikat sendiri. Kalau bekerja makan gaji, da lama dia kene fire...

Malam itu Ady masuk ke bilik kerja kakaknya... Kakaknya selalu menghabiskan masa di bilik itu, untuk menyelesaikan tugasan yang tak sempat disiapkan..

“Kak, Ady nak cakap sikit dengan kakak..” Ujar Ady.. Kak Salwa yang tekun melakukan kerjanya, berhenti seketika dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Ady..

“Ady nak kahwin..” Ujar Ady senafas... Kak Salwa jatuh rahang... Mana tak nya, Ady yang workaholic dan tak pernah ada kekasih, tiba-tiba cakap nak kahwin..

“Kau biar betul Ady.. Da ada calon ke? Sapa?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut kak Salwa..

“Dulu dia pernah bekerja dengan kita” Ady memberi klu..

“Bibik indon tu ke? Bila masa pulak kau main cintan dengan dia?” Soal kak Salwa pelik.. Ady da menepuk dahi..

“Bibik tu nak buat apa!! Teka lagi...”

“Tak kan Rini kot?” Teka kak Salwa lagi.. Ady da mula tersenyum..

“Bukan ke kau tak suka Rini.. Sampai sanggup suruh dia cuci baju tengah-tengah malam... Sampai tak cukup tidur budak tu.. Da la time nak buat breakfast pun tersengguk-sengguk budak tu tahan ngantuk..” Bebel kak Salwa.

“Sejak dia tak da ni Ady rasa hidup ady sunyi je.. Macam ade yang tak lengkap..” luah Ady.. Dia memang rapat dengan kakaknya.. Segala masalah yang dihadapi sering dikongsi bersama kak Salwa.

“Pulakkkk dahhhhh.... Dulu time dia ade kau buli dia, suruh dia buat itu ini.... Bila dia da tak da baru nak tercari-cari... Leter kak Salwa... Ady yang mendengar hanya mendiamkan diri...


Ariani merenung ke luar jendela melihat bintang-bintang yang berkelipan di dada langit. Suasana malam yang tenang tanpa hujan membuatkan bulan mengambang penuh... Angin yang bertiup sepoi sepoi bahasa terasa membelai rambut Ariani...

'Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan-NYA.' Omel hati Ariani sambil memejamkan matanya merasai tiupan angin malam... Pintu bilik diketuk, Mak Yam masuk sambil berjalan ke arah katil... Kemudian Mak Yam menarik tangan Ariani supaya duduk di sebelahnya.. Mak Yam memberitahu bahawa semasa Ariani bermalam di rumah saudara mereka kelmarin ada orang datang ke rumah ingin meminang Ariani untuk anak bujang mereka... Pak Man dan Mak Yam yang berkenan dengan tingkah laku pemuda tersebut, terus bersetuju tanpa bertanya Ariani...

Ariani jatuh rahang mendengarnya.. Ada riak kecewa di mukanya.. Namun dia tak membantah kerana Mak Yam menghidap penyakit jantung dan tak boleh menerima tekanan.. Sekiranya dia membantah, dia takut sesuatu terjadi kepada Maknya.. Dia hanya mampu berserah sahaja pada takdir..


Mak Andam sedang leka menyolekkan pengantin perempuan...Ramai sanak-saudaranya yang berkunjung memeriahkan majlis perkahwinannya.. Setelah siap disolek, matanya meliar melihat sekeliling bilik yang cantik berhias... Ariani memandang ke arah cermin meja solek dan melihat selendang yang berhias cantik di atas kepalanya.. Alhamdulillah akhirnya da terbuka hatinya untuk bertudung..

Di luar rumah pula riuh suara orang ramai mengatakan pengantin lelaki dan Imam da sampai... Ariani da mula kalut.. Apabila ditanya oleh maknya samada mahu duduk di ruang tamu atau dalam bilik.. Ariani memilih untuk duduk di dalam bilik.

Setelah selesai upacara akad nikah, pengantin lelaki masuk ke bilik pengantin perempuan diikuti beberapa orang untuk menjalani proses membatalkan air sembahyang.. Ariani langsung tak mengangkat muka semasa bersalaman dengan lelaki yang telah sah bergelar suaminya.. Tib-tiba jantungnya berdegup laju.. Dia mengangkat muka untuk melihat wajah suaminya.. Dia jatuh rahang seketika..

“Cukup-cukup la nganga tu....” Usik Ariana adik Ariani.. Ariani terus menutup mulut dan pengantin lelaki memohon untuk berbincang sebentar dengan Ariani.. Apabila semua beredar, Ariani mula bersuara..

“Macam-mana awak boleh jadi suami saya?” Soal Ariani sambil memandang Ady, suaminya..

“Saya suruh mama dan papa saya meminang awak la.” Jawab Ady slumber sambil tersengih.. Ariani da menjegilkan matanya..

'Dulu bukan main mahal lagi senyuman dia sekarang murah pulak.. Macam kerang busuk..' getus hati ariani..

“Saya pelik la.. Sejak bila kita bercinta? Bukan ke awak tak sukakan saya?” Soal Ariani lagi.

“Bila awak tak de, rumah tu sunyi sangat.. Sampai berhari-hari saya tak lalu nak buat kerja asyik teringat kat awak.. Awak tak teringat kat saya ke?” Ariani mencebik mendengar jawapan Ady..

“Nanti mesti awak buli saya lagi kan.. Saya tau sangat la awak ni tak boleh tengok saya senang sikit, mesti ada je kerja yang awak bagi..” Tuduh ariani..

“Tak tak... Kali ni saya takkan suruh awak buat macam-macam lagi.” Janji Ady...

“Boleh percaya ke awak ni? Cuci baju lewat malam pun tak payah ke?” Soal Ariani inginkan kepastian.. Ady menganggukkan kepala...

“Betol ni...?” Soal Ariani lagi ragu-ragu... Kali ini Ady mengangkat tangan kanannya seperti berikrar... Mereka berdua tergelak.. Tiba-tiba pintu bilik ditolak dari luar.. Ariana dan Hani menjengukkan kepalanya ke dalam bilik sambil tersengih-sengih..

“Bersanding time... Sudah-sudah la tu berbincang abang Ady ooiii... Nanti lambat pulak nak makan dengan pengantin.. Kami da lapar ni..” Ujar Hani, sempat lagi mengusik kedua-dua mempelai.. Ady dan Ariani tersipu-sipu malu bila ditegur oleh Hani.. Mereka berdua beriringan melangkah keluar dari bilik untuk meneruskan acara seterusnya... Dalam hati Ariani bersyukur bahawa orang yang selama ini dicintai dalam diam telah sah bergelar suaminya...



                                                       ♥ ♥ TAMAT ♥ ♥

p/s ~ Sorry kalau kureng best coz ni 1st time ecah buat cerpen.. ^^
      - Asma n Ed Sassin Versus, sorry ek pinjam name... Name penuh Ed ecah x tau so guna nama pendek je... ^^

jadi cikgu Nazrul memberi markah 73/100. 

komen~ cerita Ecah memang best and ada kelainannya yang tersendiri even terdapat sedikit penggunaan ayat dari novel Hlovate. ahakz!

by the way, Ecah telah mengintrepitasikan tema yang diberi dengan baik sekali. huhu. ye la, banyak lagi tema lain yang ada kan. well, seems like Ecah sangat berani. thanks sebab bagi post kat my blog ni.

from ~ ked.

p/s~Ecah panggil aku Ked.

8 ulasan:

aina safi berkata...

cekgu nazrul...cekgu nazrul....saya puye dpt markah bape???
(mata da bling2...ngeh3)

Nazrul Ashraff berkata...

oh o anak muridku aina..haha..sy masih blum lupakan esei anda..nati yep sy bg markah..

aina safi berkata...

te.ri.ma ka.sih cek.gu!

Ecah WNA berkata...

Cikgu Ked thnks bg markah... X sangka dpt byk mrkah... Thnks jugak coz ckg Ked yg berjaya mmuatkn ecah mula menulis... ^_^

Nazrul Ashraff berkata...

aina~sama-sama.=) nanti aku post..

ecah~ haha...aq jd ckg la yep..

Ecah WNA berkata...

A'a laa ckg Ked... Macam2 ckg ko boleh jd ek.. Ckg muzik, agama n bm... Caya laa

Nazrul Ashraff berkata...

hak hak hak..cis ..mlu saya.. :p

jade berkata...

I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. หาแม่บ้าน

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...