“ you are
“ boooo.” Semua pelajar melakukan perkara yang sama. Pada masa yang sama, handphone Lily berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
How about that Lily Nadia? Satisfy with the students and gossip? Want some more? Better not! I hope you will find always. And walla, congeniality is ~ only I can said~ already looser.
Poor,
Ketika itu juga, telur ayam di baling ke arahnya. Bajunya dah kotor, bukan satu malah makin banyak telur ayam yang dibaling ke arahnya selepas itu.
Kring!!!! Bunyi loceng kecemasan berbunyi dan pili air yang terletak pada siling dewan terbuka pantas mencurahkan air. Kesemua pelajar menjerit sebelum berduyun-duyun lari dari situ sambil menyumpah seranah. Lily hanya mambatukan diri sambil melihat pelajar lain melarikan diri macam ayam gemuk tak cukup sifat.
Lily menyisirkan rambutnya yang basah sambil menyumpah pelajar-pelajar lain di dalam hati. Tina, shasha dan Adelia datang menghampiri Lily dengan kadar segera.
“ aku tak tahu nak cakap apa.” Kata Tina cemas. “ yang penting sekarang ni, kita belah dulu dari sini.” Sambung Tina pantas.
“ my house.” Ajak Adelia. “ family aku semua keluar,”
“ err, boleh ke kita main keluar je dari sekolah?” tanya Lily ragu-ragu. Shasha pantas menarik tangan Lily dan berlalu dari situ sambil merungut dengan kuat.
“ sejak bila kau ambil berat pasal disiplin sekolah?”
Lily menukar pakaian sekolahnya dengan memakai baju Adelia.
“ aku baru texting sekolah yang kita berempat ada hal. So kena out. Pengetua pun tak tanya apa-apa, he’s only reply ok. So, maksudnya, dia ok la je kut.” Kata Shasha,
Mereka berempat duduk di ruang tamu rumah Adelia sambil menghadap televisyen dan mee goreng. Memang sah-sah ponteng sekolah! Kalau kena tangkap, memang terang lagi nyata masuk kes juvana. Masuk henry gurney la jawabnya. Tapi ok apa, henry gurney takde truly gossip. Tak ke bagus.
“ so, plan?” tanya Tina cemas. “ aku rasa, keadaan kita memang dah genting gila. Macam dah takde harapan nak betulkan semuanya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan