Ahad, 19 Disember 2010

~ page 77 of my evil girl name's Lily

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

Dan seperti yang diduga, kesemua pelajar lelaki berebut-rebut hendak menemankan Sara. Tidak lama kemudian, handphone masing-masing berbunyi. Kesemua pelajar sudah menjangka mesej daripada siapakah itu.



“ tak perlu nak jadi pandai kalau nak teka siapa yang hantar mesej tu.” Kata Tina tersengih. Pelajar-pelajar 5 Alpha menumpukan perhatian pada mesej.


“ oh! My god.” Kata Sara kuat. Dengan pantas kesemua pelajar keluar dari kelas dan menuju ke dewan terbuka.




Fight!


Opss. Here I back. What’s happen? Anyone know? Please come to Dewan Terbuka right now and I hope anyone of you don’t get shock.


XoXo, Truly Gossip.



Kelihatan di dewan terbuka, kertas-kertas bersaiz A4 bersepah-sepah.


“apa yang jadi ni?” tanya Ariq kepada Umair. Umair hanya mengangkat bahu dan jelas kesemua pelajar berkumpul di dewan terbuka sambil masing-masing mula mengutip kertas A4 yang bersepah-sepah di lantai. Kesemua mereka nampak keliru yang amat sangat.


Tidak lama kemudian, Umair tergelak kuat tetapi pada masa yang sama juga suara pergaduhan mula kedengaran di sana sini. Umair membaca semual kertas A4 yang dikutipnya tadi.


Cikgu Zaini sering tidur malam tanpa mandi malam terlebih dahulu.


Danial menghulurkan kertas A4 yang dia baca kepada Umair dengan muka yang membersut berang.


“ kau kenapa?” tanya Umair sebelum membaca kertas yang dihulurkan oleh Danial.

Danial Ermawan dahulu pernah tercirit  di dalam seluar.


“err, dari mana benda ni boleh tersebar?” tanya Umair.


“ mana la aku tahu!” bentak Danial. “ yang tahu kau seorang je. Kau bagi tahu siapa?!” Tuduh Danial.


“ aku mana ada bagi tahu siapa-siapa.” Tingkah Umair.


“ penipu besar” gumam danial sambil berpeluk tubuh memandang ke tempat lain.


“ umair, ni pasal kau la.” Kata Ariq. “ dengar ni, ehem, ehem, aku nak baca.” Ariq test suaranya terlebih dahulu.


“ Umair taqriz pernah terjatuh ke dalam longkang besar di depan sekolah ketika hujan lebat baru-baru ini.” Ariq senyap seketika. “ err,Betul ke?” tanya Ariq kepada Umair. Pada masa yang sama, muka Umair kemerahan. Dia memandang Danial.


“ what?” tanya Danial pelik.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...