Ahad, 19 Disember 2010

~chapter 10~ page 76 of my evil girl name's Lily.

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

Result of exam is out finally. Hero to zero or zero to hero? Well, we’ll find out.




Chapter number 10





Lily menggeleng-geleng kepala. Kepalanya mula berdenyut-denyut. Masalah-masalah. Semalam, dah la susah nak tidur, pastu nasib baik tak nampak jelmaan pocong atau jembalang atau pape je la. Yang penting dia selamat. Kenapa dia bau busuk malam tadi? Tu dia tak nak ambil tahu. And on the spot jugak dia terjun naik katil insaf nak jaga lewat malam lagi.



Konklusinya, sekarang dia sakit kepala dan kepalanya itu tanpa segan silu mengakui macam baru kena gelek dengan steamroller tak berdaftar. That’s awful! Crab. Lily menjeling Sara yang memekak di dalam kelas. Tak habis dengan gaya menggeletisnya.



“ hello. Tengok la sini, new LV.” Kata Sara menggedik. Semua pelajar perempuan mengerumuninya.



“ wei Sara! Setakat LV je baik tak payah la, buat menyemak je mata aku tengok.” Sindir Danial.



Sara tersenyum manja.. “ ala, Danial. I tahu la you dah terpikat dekat I kan? Nak manja-manja dengan I la pulak. Nakal la you ni.” Sambil itu matanya sempat lagi mengenyit pada Ariq.



Danial dah seram sejuk. Apa ke benda minah senget ni fikir? Lily menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Budak perempuan tu memang memalukan kaum hawa je. Baik mati je lagi bagus. Huh! Aku dah la memang anti gilak dengan orang yang perasan bagus macam si Sara ni. Tambah-tambah lagi masa aku tengah sakit kepala. Kang tak pasal-pasal ada je yang makan kasut aku yang cun ni.



“ Lily, kenapa pandang I macam tu? I tahu, you nak cuba pakai kan? Ye la, mana tahu you nak goda orang lain pulak. Dulu Ariq, lepas tu Umair.” Sindir Sara.



Lily mengecilkan matanya memandang Sara. Budak ni mengong ke apa?



“ make me wonder, siapa la pulak lepas ni?” kata Sara perlahan sambil jarinya menyentuh pelipis kepala seolah-olah sedang berfikir. Namun kata-katanya itu masih dapat di dengar oleh seisi kelas.



“memang menggedik habisan la minah tu.” Kutuk Tina. Tina dari tadi hanya menumpukan perhatian kepada buku rujukan sejarah namun disebabkan perangai Sara yang sewel tu mula mengganggu perhatiannya menyebabkan dia mengalihkan pandangannya dari buku rujukan sejarah tersebut.



Sara dengan gaya menggediknya mula bersuara kembali. “ Esok, after school, I nak tengok wayang. Cerita hantu. Tapi I takut la siapa nak teman kan I?” Tanya Sara kuat sambil meliuk-liukkan tubuhnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...