Ahad, 31 Oktober 2010

~ page 64 of my evil girl name's Lily

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

“ garang? Kau rasa aku garang ke?” tanya Tina kepada Lily. Lily dah tersengih.
“ kenapa kau tanya? Risau sebab seorang perempuan yang garang bukan ciri-ciri yang disukai oleh Ally?”
Tina juga tersengih. “shessh. Ally terima aku seadanya ok. So, close the topic. Esok aku cadang nak pergi satu tempat ni. Nak ikut?” ajak Tina.
“ dekat mana?” tanya Lily.
“ let it be a secret la dulu.” Jawab Tina cuba sembunyi.
“ oookey. You’re creepy me out. Kenapa nak rahsia-rahsia la pulak ni?”
Tina masih tersenyum misteri.


Lily melipat telekung. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Tina awal-awal lagi dah menyerbu naik ke atas katil setelah habis menunaikan solat sunat tahajjud dan witir sebentar tadi. Lily hanya tersenyum melihat gaya Tina tidur yang tak boleh blah tahap apa je kat atas katil.
Macam tak pernah jumpa katil je gayanya. Terbongkang selepas menanggalkan telekungnya. Tina dan perangainya yang aneh. Lily turun ke dapur untuk membuat hot choc. Dengan pantas dia kembali semula ke bilik setelah membancuh hot choc dengan kadar segera. Bukan apa. Takut! Kang tak pasal-pasal terserempak dengan benda putih melayang-layang macam Lord Voldemort, tak ke kes naya tu namanya.
Dia duduk di hadapan laptopnya dan meletakkan hot choc bersebelahan dengan laptopnya. sambil itu pantas dicapainya earphone dan disumbatkan ke dalam telinga.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...