Jumaat, 29 Oktober 2010

chapter 1~page 1 of te quiero

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

hujan turun renyai-renyai. meen menghadap lappy kesayangannya yang berwarna biru-hijau laut jenama apple. matanya pedih menghadap skrin lappy sejak 3 jam yang lalu. ni bahana daripada menghadap bank soalan spm. semuanya atas saranan Cikgu Aminah yang bermulut celupar dan laser tak bertempat.

" kamu tu dah la lembab. otak udang! balik ni bukak bank soalan spm dan buat latihan fizik yang ada di dalam itu!"

huh! tak pasal-pasal seisi kelas 5 Alpha batch 2012 SMK Raja Kurshiah kena marah dengan Cikgu Aminah yang sememangnya semua orang tahu mempunyai perangai macam naga tak cukup sifat.
handphonenya berbunyi dengan lagu speechless~lady gaga. meen angkat kening. mesej dari Haikal.

malam ni g function x ?                          

meen pantas menekan keypad handphone untuk membalas.

x. aku nak hadap bank soalan spm. fizik kau dah siap ke? kang x psl2 kne baling kasut degn ckgu naga senget 2

setelah membalas mesej dari Haikal, meen menumpukan pandangan semula ke arah lappynya. sambil itu, meen menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. aku memang lemah betul la kalau nak jawab soalan light ni. lagi-lagi kalau melibatkan microscope. takde soalan lain ke?

handphonenya berbunyi lagi. balasan mesej dari haikal.

jom la join. malam ni ada Arania and the band plus b boy and b girl. x kan x nk g. rugi la samdol.

b boy and b girl? oh yes ! meen pantas membalas.

ok set! ok join! dekat mana?

30 saat kemudian handphonenya berbunyi lagi.

kusya mall.aku amik ko. code dress~ dark. haha.amacam? masyuk x ?

of coz ! ..great..syerif masuk kasino.mua haha..

set dear..aku datang kul 9 malam nati.

on je.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...