Jumaat, 11 Jun 2010

~page 33

Riana dan Lily duduk di Taman Palma yang telah dihias indah dengan lampu berbagai warna. Mata Lily dah berbinar-binar. Gila ke apa. Ni taman sekolah ke I-city?
“ Lily.” Panggil Riana. “ are you like Umair?” tanya Riana. Lily kelam.
Apa ke bendanya kakak seorang ni tanya. Bukan la soalan maut macam soalan add math, tapi agak la. Soalan yang sangat luar biasa la jugak tu. Like Umair? Gila ke apa. Memang la Riana ni dah makan pil something luar alam.
“ huh? Riana? Are you ok?” Lily menepuk bahu Riana.
“ Of course i’m ok. I’m asking you la little girl.”
“Okies. Truly speaking la, suka kepada Umair sama la macam Riana suka dekat Thakif.” Kata Lily lambat-lambat.
“ Euu.” Kata Riana pantas. “ Gross.”
“ then you know how i’m feeling kan?”
Riana tersengih. “ speechless.”
“ tahu pun.” Balas Lily. Dari dewan kedengaran lagu Find Your Love by Drake feat Consequence.
“ I think better kita masuk dalam dewan. Show nak start.” Kata Lily.
“ jom.”

Emcee untuk malam itu adalah Tina dan Ally. Pasangan kekasih sehidup semati. Jadi Emcee pun sama-sama.
“ Untuk persembahan pertama, dipersilakan Arania and the band untuk mempersembahkan lagu Keroncong Untuk Anabella.” Kedengaran tepukan-tepukan teruja sementara itu lampu-lampu di dalam dewan di padamkan serta merta. Gelap. Kemudian kedengaran bunyi petikan gitar. Lampu yang menghias pinggir pentas serta merta menyala.
Serentak itu juga kedengaran alunan merdu suara Arania menyanyi secara acapela. Kedengaran bunyi sorakan serta merta.
“ not bad la suara dia.” Kata Riana yang juga menepuk tangan sebentar tadi. Sorakan masih kedengaran.
“ yap. Suara Arania memang best. Mantap.”
“ Boleh masuk mentor.ngee.” Riana dan Lily tersengih.
Persembahan diteruskan dengan gilang gemilang. Tangan-tangan melambai bagai konsert ala-ala Michael Jackson. Selepas persembahan daripada Arania and tha band, lampu dewan dinyalakan satu persatu. Kemudian masuk pula persembahan Tetonik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...