Khamis, 29 April 2010

~ page 11

” Oh, takde pape.” Jawab Ariq pendek. “ Awak sama kelas dengan saya kan? Awak duduk sebelah Tina.”
“ Yap.”
Ariq tersenyum. Lily terpaku. Dude, jangan la senyum macam tu kat aku. Kringg!! Bunyi loceng! Lily pantas memasukkan kembali buku teks Kimia ke dalam begnya sebelum pantas berlalu dari situ. Ariq hanya memerhati dari belakang.

Umair sedang menyiapkan kerja sekolahnya di pondok Djauhari setelah tamat waktu persekolahan. Jarum jam menunujukkan pukul 2 petang. Kejap lagi lepak surau, solat zohor jap. Hari ini dia hanya di temani oleh Ariq. Danial ada kelas tambahan. Ariq pergi ke kantin sebentar. Katanya hendak membeli air.
“ Umair.” Panggil Ariq. Umair memandang ke arah Ariq.
“ Dude. Kau buat apa kat kantin tu. 15 minit kat sana. Kau bukak warung Che Timah ke?”
“ Takde la. Aku bukak warung Pak Abu kat kantin tadi.” Gurau Ariq sebelum tersenyum kecil. “ Takkan rindu aku kot.’
“Geez. Kau ni malam tadi mimpi apa? Mengarut je dari tadi.”
“ Mimpi ngeri.”
Gelak.
“ Apesal kau panggil aku tadi?” Tanya Umair.
“ Siapa nama budak yang duduk kat sebelah Tina tu?” Tanya Ariq. Umair melilaukan pandangannya ke merata arah untuk mencari Tina.
“ Mana ada Tina.” Kata Umair dungu. Ariq menepuk dahi.
“ Budak yang duduk kat sebelah Tina dalam kelas la.”
“ Oh. Maksud kau Lily ke?”
“ Lily ke nama dia?”
“ Yap. Lily Nadia. Budak yang paling aku benci. Apesal? Kau dah jatuh hati dengan dia ke?” Tanya Umair serkap jarang.
“ Err,”

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...