Khamis, 18 Mac 2010

~ page 19

" Sekarang!" Riana menggelabah serta merta. Dia tidak mahu menegur Thakif Iman. Dia lagi sanggup menjadi makanan jerung daripada bertegur sapa dengan model tersebut. Riana mengerling ke arah Puan Elisha meminta simpati.

" Puan Elisha. Saya tak nak cak.."
Puan Elisha pantas mengangkat tangannya menyuruh Riana diam. Riana kemudiannya tergagap-gagap bisu. Puan Elisha menyambung kata-katanya dengan bisikan misteri selepas itu.

" Bukan susah sangat. Cakap je dengan dia. Saya tak nak nanti di set kamu tak serasi." Riana diam tidak berkutik.Dia merenung Thakif Iman dalam-dalam. Nak cakap. tak nak. Nak cakap. Tak nak. Otak Riana stres. Biul. Kemudian tanpa diduga, semasa Riana merenung Thakif Iman, jejaka tersebut membalas renungannya selamba. pada mulanya Thakif kelihatan sedikit terkejut melihat Riana. Nmaun kemudian dia tersenyum manis. Thakif memanggil Riana.

" Riana! Jom duduk sini. Borak-borak kejap!" Riana memutuskan baghawa dia hendak memutuskan terlebih dahulu pelawaan tersebut sama ada hendak menerimanya atau menolak. Namun Puan Elisha dah menjelingnya tajam dan seolah-olah berkata' pergi!!! jangan tak pergi.'

Riana melangkah lesu ke arah Thakif dan Cik Shasha Alia. Dalam hatinya, banyak sungguh umpatannya.

" Hai Riana. Baru balik dari CBN? Thakif pun baru balik dari sekolah." Sapa Thakif ceria. Dia tersenyum memandang Riana. Thakif menilik Riana dari atas hingga ke bawah. Kemudian merenung Riana inginkan kepastian.

" Ini bukan baju sekolah budak CBN. Dah tukar sekolah ye? Dekat mana?" Tanya Thakif beria-ia. Riana hanya mendiamkan dirinya. Ni yang Riana menyampah sangat dengan jejaka kacak depan matanya ini. Sibuk bertanya itu ini menyebabkan dirinya lemas.

" Boleh tak kau senyap. Aku penat." Kata Riana kasar. Kemudian dia pantas dududk di kerusi yang berada di sebelah Cik Shasha Alia.

Thakif hanya tersenyum." Riana" Panggil Thakif.

1 ulasan:

norafifah berkata...

not bad..like u'r story...
keep it up!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...