Puan Elisha berdehem.
"Dah habis termenung?" Tanya Puan Elisha sinis. Riana termangu-mangu seketika. Dia tersenyum kelat pada Puan Elisha sebelum menjawab.
" Mana ada saya termenung Puan Elisha. Mengarut je. Bila kita nak sampai ni?" Tanya Riana pantas mengubah tajuk perbualan.
" Orang gila je yang kata awak tak termenung Riana. Kejap lagi kita sampai. Sabar."
Selepas perjalanan selama 40 minit yang sungguh meresahkan itu, akhirnya Riana tiba jua di Aquaria KLCC. Dia sengaja tidak menanggalkan cermin matanya kerana dia ingin melihat sama ada Thakif Iman masih mengingatinya lagi atau tidak. Saat yang mendebarkan. Riana hanya mengekori langkah Puan Elisha. Sesudah sampai di set, Riana meliarkan pandangannya ke sekeliling untuk mencari Thakif. Tu dia.!!
Matanya tertancap pada Thakif. Jejaka tersebut sedang duduk sambil ditemani seorang wanita yang Riana pasti wanita itu adalah pengurusnya, Cik Shasha Alia.
Riana memerhatikan mereka berdua yang kini sedang rancak berbual. Puan Elisah pula sedang berbual dengan Encik Amin Hmaidi, jurugambar untuk hari ini. Riana asyik merenung Thakif Iman. Jarak Riana yang bereselang 20 kaki dengan jejaka tersebut memustahilkan Thakif Iman merasa dirinya sedang diperhatikan oleh seseorang. Riana memerhatikan mata hijau lumut tersebut. Not bad!
Riana! What are you thinking? Stable Riana. Stable.
" Mengelamun lagi?" Tanya Puan Elisha. Riana tersentak terkejut. Dia merenung tidak senang hati ke arah Puan Elisha kerana mengejutkannya. Riana baru hendak berkata sesuatu tetapi Puan Elisha telah memintasnya terlebih dahulu.
" Tanggalkan cermin mata kamu Riana. Lepaskan rambut kamu. Tak payah nak diikat lagi. Sekarang kamu Edriana Fadisha bukan Irene Isabelle." Riana pantas mengikut arahan Puan Elisha.
" Tegur Thakif." Arah Puan Elisha memaksa.
" Hah?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan