Riana segera memandang ke arah Thakif. Benda pertama yang dia nampak setelah memandang Thakif Iman adalah mata hijau lumutnya yang menggoda. Mak ai. Lawa seyh matanya.
"Riana." Panggil Thakif Iman. Riana terkejut serta merta. " Rambut Riana pun dah di layer kan. Kenapa?" Tanya Thakif Iman. Kemudian direnungnya Riana inginkan jawapan yang munasabah.
" Saja je." Jawab Riana pendek. Riana mengalihkan pandangannya daripada Thakif dan matanya melilau ke sana sini. Hatinya rimas. Namun soalan yang diajukan oleh Thakif selepas itu membuatkan hatinya panas serta merta.
" Riana nak keluar tengok wayang dengan Thakif? Thakif bosan la. Takde siapa-siapa marah Riana kan. Riana still single? Kesian pulak Thakif tengok."
Hati Riana memang bengkak gila dan menggelegak kepanasan. mentang-mentang la kau banyak makwe, kau nak berlagak depan aku. hatinya kini mendongkol berang. namun kemudian riana tersenyum memandang Thakif sambil berkata
"tak boleh la Thakif. takut pakwe marah." Thakif iman tergelak besar membuatkan Riana semakin bengang.
" betul ke Riana ada pakwe? macam tipu je."
"Kenapa? tak percaya?"
" memang tak percaya pun." kemudian digelakkan Riana sekali lagi membuatkan Riana ingin mencaci maki jejaka di hadapannya ini.namun hasrat murni Riana itu tidak kesampaian apabila Encik amin hamidi menyuruh mereka berdua segera bersiap untuk photoshoot. Riana sempat menjeling tajam sebelum berlalu ke make up room.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan