Namun Riana tetap Riana dan tidak akan bertukar menjadi orang lain walaupun dia menjadi terkenal. Dia tetap berkawan baik dengan Marilyn, Nicole, Akira dan Marina. Tetapi terdapat juga suatu perubahan. Dia mula mendapat kawan yang luar biasa banyaknya dan kebanyakan mereka adalah lelaki. Riana pada mulanya agak seronok dengan mendapat segala perhatian tersebut namun apabila mendengar kata-kata Nicole, membuatkan Riana berfikir dua kali sepusat sepusing.
" Diorang nak kawan dengan kau sebab kau terkenal. Kalau kau tak terkenal, diorang nak jadi kawan kau ke?"
Ya. Ramai orang nak kawan dengan dia semata-mata dia sudah menjadi terkenal. Betul kata Nicole. Kalau dia tidak terkenal, adakah semua orang ingin berkawan dengannya? Sejak hari itu, Riana menghadkan bilangan rakan-rakannya dalam kehidupan sehariannya. Namun, azam barunya itu mula teruji apabila si kacak Thakif Iman menghulurkan salam perkenalan. Walaupun dia meluat melihat perilaku Thakif Iman, tetapi ia tidak menghalangnya untuk berhubungan dengan jejaka tersebut.( bila diingat kembali, only to said, its really disgusting)
Semuanya berubah apabila Riana melihat Thakif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan yang sungguh jelita di Alamianda. Sungguh intim kelihatannya. Berbisik-bisik bagaikan pasangan kekasih(memang kekasih pun) membuatkan Riana berang kerana sehari sebelum itu, Thakif ada mengatakan yang dia menyukai dirinya. Bermula hari itu dia bermusuhan dengan Thakif walaupun Thakif berkali-kali meminta maaf.
Jejaka tersebut kelihatan kecewa dan bagaikan menyesal atas kelakuannya itu.(pada pandangan Riana sahaja!!). Sehari selepas itu, Riana terserempak lagi dengan Thakif di Sunway pula bersama gadis lain. Kemudian terserempak lagi dan terus terserempak seolah-olah hidupnya bagaikan terikat dengan Thakif. Setiap kali terserempak, Riana pasti melihat gadis yang berpimpin tangan pasti orang lain sehinggakan Riana berfikir dalam hati' Thakif ni bapak ayam ke?'
Namun kini, hampir 5 bulan mereka tidak terserempak. Tetapi yang peliknya macam mana agaknya gosip di majalah mangga pada edisi lepas boleh tercetus?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan