Selasa, 16 Februari 2010

save our soul friend forever

sahabat
apa ertinya?
mungkin macam iklan ali café :
“sahabat sejati sentiasa di hati!”
atau..
fair & lovely :
“tiap hari sayang!”
tapi mak saya cakap sahabat tu macam iklan astro:
“macam-macam ada!”
apa-apa pun saya tak kisah, bagi saya sahabat tu macam iklan loreal:
“kerana dirimu begitu berharga!” =)

aidan’s story.

aidan memerhati keadaan sekeliling. kelas 4 sains begitu bingit sekali. macam-macam ragam boleh di lihat. ada yang bergosip,nak tiru melodi gamaknya, ada yang sedang menyanyi,radio bergerak la katakan, ada yang yang belajar dan tak kurang juga ada yang sedang tidur. kerja kot malam tadi.
cikgu belum masuk ke dalam kelas lagi. mungkin cikgu pun sedang buka warung melodi kat bilik guru. hehe. hezry menepuk bahu aidan.

“cup. kau tengok apa?” hezry mengambil tempat di sebelah aidan. aidan hanya menyeringai misteri. hezry angkat kening. “kenapa kau senyum? malam tadi kau ni mimpi apa?”

“mimpi ngeri. pelik kan.” aidan merenung wajah hezry.” sekejap dah akhir tahun.next year dah nak SPM. gila asbestosis takut.” luah aidan.

“aik? pelajar terbaik sekolah pun takut jugak ke?”

gelak..

aidan mengeluh.”tahun ni macam-macam berlaku.benda yang tak sepatutnya kita tahu pun, semuanya dah hancur bersepai.” hezry mengangguk bersetuju mendengar kata-kata dari aidan.

“kesian aku tengok danina.”

siapa sangka kawan sekelas sendiri masuk hospital sebab kena dera dengan orang gaji sendiri. sekarang nak salahkan siapa?

ibu bapa?

orang gaji?

hezry menambah.“tapi nasib baik dia dah sedar balik dari koma. kalau dia mati, mahunya aku nangis. hua hua hua.”aidan terseyum melihat reaksi hezry.

“aik? over Nampak. aku pakwe dia pun tak over mana.”

hezry tunjuk muka kelam.

“pakwe?sejak bila kau couple dengan dia?”

aidan tergelak.

“kidding.hezry, dah terang lagi bersuluh yang couple tu haram.”

muka hezry semakin kelam.

“ye ke? tak tahu pun.”

“mana nak tahunya. hari-hari hadap kreko je.” sindir aidan.

hezry mencebik.

“aku tengok kau couple je.kata haram.”

“tu dulu. lagipun aku pun baru je tahu yang couple tu haram.” putus aidan.

“kau tahu dari mana?” Tanya hezry.

“pergi kem. dekat I love islam pun ada. encik hezry, kalau bukak internet, jangan hadap myspace je ya. bukak I love islam.” keji aidan. hezry menolak bahu aidan.

“ceh, cakap aku. diri sendiri pun buat jugak.hadap facebook siang malam.” aidan tergelak.

“serius ke couple tu haram?” Tanya hezry lagi.

“truly speaking, yes. aku pun terkejut gila bila pak aji kat kem bagi tahu aku yang couple tu haram. malam tu jugak aku kena ceramah 3 jam.” aidan menggeleng-geleng kepala. hezry tergelak.

“ pak aji tu kata apa?”

“dia kata couple tu haram. zina hati la, zina itu la, zina ini la. macam-macam. aku yang masa tu tengah mengantuk asbestosis, angguk je la. nak kata apa? takkan la aku nak kata yang couple tu tak haram. mahunya dia minta bukti yang couple tu tak haram, ayat al-quran mana aku nak cekau.”
hezry mengerutkan dahinya.

“pak aji tu ada baca ayat al-quran ke?” Tanya hezry beria-ia.

“ada. tapi aku tak ingat la. aku masa tu dah la macam terapung-apung kat bulan je sebab terlampau mengantuk. otak pun macam kena gerudi je masa tu.pak aji tu pun buat-buat tak faham pulak. padahal aku dah menguap banyak kali depan dia. pak aji tu kata, nak tahu lebih lanjut pergi tengok kat email I love islam."

“kau dah pernah buka ke?”Tanya hezry.

“dah.”jawab aidan pendek.

“dalam tu ada ape je?”

“tuan muda hezry, nak tahu bukak sendiri. kat rumah ada internet pun nak suruh aku bagi tahu jugak ke?” sindir aidan.”email dia, http://www.iluvislam.com.my/

hezry mencebik.

“ya la jeneral aidan. malam ni aku bukak. tukar topik. shia ajak pergi medical centre tengok danina. nak ikut tak?”

aidan tersenyum lagi.

“boleh gak.”



satu nasihat : jaga diri
satu permintaan : jadi diri sendiri
satu harapan : jangan lupakan saya selama-lamanya walaupun saya tiada
satu penipuan : saya benci awak
satu kenyataan : saya sahabat sejati anda
satu perjanjian : kita semua akan jadi sahabat buat selama-lamanya

danina’s story.

danina terbaring bersendirian di dalam wad itu kesunyian. danina mengeluh. papanya berada di syarikat kesayangannya. mamanya pula berada di butik mewah miliknya. danina menahan tangisan. nama sahaja anak orang kaya, tapi kemawahan kasih sayang bukan menjadi milik dia. siang malam dia bersendirian di wad yang pada pandangan matanya memang serba lengkap, laptop, televisyen,mp4,peti ais.cukup semuanya. danina mencapai mp4. lagu bad romance-lady gaga- memekak di telinga. bad romance ? kena benar dengan keadaan dirinya sekarang.

hanya rakan-rakannya sahaja yang saban hari melawat dia. dari mula-mula dia dimasukkan ke dalam wad sebulan yang lalu sampai peperiksaan akhir tahun pun terpaksa di lupakannya, rakan-rakannya sahaja yang masih mengingati akan dirinya ini. papa dan mamanya, memang ada melawat. tapi tak sampai 10 minit pun sebab risau akan bisnes masing-masing.

saat itu mahu sahaja dia meraung dan menangis sekuat-kuat hatinya. tapi disebabkan ketika itu rakan-rakannya juga ada di dalam wad yang sama, dia membatalkan hasrat murninya itu. kang tak pasal-pasal di cop gila la pulak.lagu sudah bertukar.fun house-pink-menerjah telinga. entah mengapa lagu-lagu yang sedang dimainkan di mp4 miliknya itu sering menyindirnya. fun house ? house of hell lebih sesuai.
pintu bilik wadnya dibuka. danina tersenyum. dia menanggalkan earfon.

“shia!” jerit danina kegembiraan. kedua-duanya berpelukan.

“tengok siapa yang aku bawak.” bisik shia. shia beralih ke tepi.

“aidan!” jerit danina lagi. aidan tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

“aik. nama shia dengan aidan je ke yang kau nak jerit. nama aku, kau tak nak jerit.” tegur seseorang. danina melihat ke tepi.

“hezry!” jerit danina.

hezry tergelak.

“korang bertiga je ke yang datang?” Tanya danina. shia mengangguk.

“yang lain ada hal. diorang semua kirim salam sayang kat kau.”

danina tersenyum puas.sekurang-kurangnya ada juga yang masih mengingati dirinya, nak harapkan ibu bapanya. kirim salam maut sajalah.

“sekarang kau macam mana? dah sihat?” Tanya aidan. dia duduk di birai katil berhampiran kaki danina. shia pula duduk pada kerusi yang terdapat di sebelah katil danina. hezry mengambil tempat di sebelah shia.

“dah ok je. rasanya minggu depan dah boleh keluar. tak sabar aku. hadap bilik ni je memang boleh buat aku muntah hijau.” rungut danina.

“aku ingat, aku je yang muntah hijau sebab kena baca buku untuk exam. hospital girl pun muntah hijau jugak ke?” gurau hezry.

gelak…

“danina. mana mak ayah kau?” Tanya hezry. danina hanya senyap. dia merenung muka shia. shia memandang muka hezry. danina tersenyum pahit.

“kerja.”

“oh, kerja. tak datang melawat ke diorang?” Tanya hezry lagi tak faham. shia menahan geram. mahu sahaja dia menumbuk muka hezry supaya tidak meneruskan kata-katanya lagi. shia memandang muka danina. dia simpati melihat danina. nama saja ada ibu dan bapa tapi nak Nampak batang hidung pun payah. anjing pun tahu jaga anak.

selepas berborak dan bergosip sesedap oren, shia, aidan dan hezry memutuskan untuk pulang.

“hati-hati masa balik.” pesan danina.

“shia.” panggil danina. shia, aidan dan hezry memandang danina.

“bagi tahu kat kengkawan,aku rindu diorang semua. cakap dengan diorang bila aku dah keluar, semua kena bagi hadiah selamat kembali ke sekolah. hadiah kecik aku tolak, aku nak hadiah besar je” danina tergelak. hezry pantas menyambut.

“ aku bagi aidan je kat kau. besar punya.”

gelak..

“promise.” shia tersenyum nakal.




seorang teman bila berjauhan dia akan menangis kerana rindu&bila dekat dia akan menangis kerana takut berpisah..jika hari ini dia datang jangan biarkan ianya berlalu pergi..jika esok ia bertandang, jangan harap ia kembali lagi..sesungguhnya yang indah itu pertemuan..yang manis itu kemesraan..yang pahit itu perpisahan..yang tinggal hanyalah kenangan..

shia’s story.

shia,aidan dan hezry menghidupkan enjin motor masing-masing.

“eh. tu bukan emak dan ayah danina ke?” Tunjuk shia. aidan dan hezry melihat ke
arah yang ditunjukkan oleh shia.aidan mengangkat bahu.

“entah. aku tak pernah nampak pun mak dan ayah danina.”

“aik.mentua sendiri pun tak pernah nampak ke? kata tak couple. aku tengok galak betul kau renung danina sampai nak tembus lantai marmar tu.” keji hezry.

“aku tak couple pun. memadai je buat cerita snow white dekat sini.”

hezry gelak.

“pape pun. aku sekarang dah haus. singgah warung kejap.” putus hezry.

“no hal.” shia dan aidan hanya mengekori. motor ketiga-tiganya pantas bergerak meninggalkan perkarangan medical centre.


shia memarkirkan motornya ke dalam perkarangan rumah.dia melihat emaknya sedang membaca buku masakan bersama kakak iparnya di dalam taman yang terhias indah. ayahnya pula kelihatan sedang memberi ikan kap makan.

“assalamualaikum. hai emak. hai sis.” tegur shia. shia menyalami keduanya.

“waalaikumussalam.” balas emak dan kakak iparnya itu.

“shia baru balik? kenapa lambat sangat?” Tanya emaknya. shia menanggalkan tudungnya.

“tengok danina kejap.” balas shia.

“shia.” panggil kakak iparnya.kakak iparnya itu mengerutkan hidung” main parit tepi sekolah ye tadi. pergi mandi dulu la. busuk.hehe.” gurau kakak iparnya itu. shia membeliakkan mata terkejut.

“sis! jahat tau.ok la mak, disebabkan menantu kesayangan mak dah halau shia, shia terpaksa beralih dulu ya. tuan puteri nak berendam dalam air sabun.” kakak iparnya gelak. shia pantas berlalu dari situ.




sejurus mandi, shia duduk di hadapan meja soleknya. dia galak menyikat rambutnya yang sedikit ikal. selepas solat asar dan membaca al-quran, shia pantas turun untuk menonton televisyen. dibuka televisyen, tetapi tiada cerita yang menyeronokkan pantas dibukanya dvd cerita new York minute-ashley dan mary-kate olsen- tidak lama kemudian, abangnya,kay datang lalu duduk di sebelahnya. kay hanya tua setahun sahaja daripadanya.

“hai kay.” sapa shia. shia menghulurkan corntorz.

“nope. kenyang. aku cuma nak tanya teruk ke keadaan danina tu sampai sebulan lepak medical centre.”shia

gelak.

“kau ingat danina tu pergi camping ke kat medical centre tu. bau ubat gamak nak busuk. kembang tekak aku kat sana.” giliran kay pula gelak.

“ gila bersastera ayat kau. Shakespeare pun terharu bila dengar. kesian kan tengok danina. nasib baik la kita punya mak dan ayah baik dan sporting habisan. kalau tak mahunya aku nangis sorang-sorang kat hospital.” shia mengangguk bersetuju.

“kenapa tetiba cerita pasal danina ni?” Tanya shia curiga.

“saja je. lagipun… aku kan dah lama tak borak dengan kau. ye la. ni pun aku balik sebab SBP bagi cuti. kalau tak jangan harap la kau nak nampak muka aku yang kacak ni kat rumah.” shia gelak. dibalingnya sofa ke arah kay. kay pantas mengelak.

“euu.. perasannya. loya tekak tuan puteri mendengarnya.”

gelak..

“malam ni kita keluar tengok wayang nak tak?” ajak kay. shia berhenti menyuap corntorz untuk berfikir seketika.

“cerita apa ada?” Tanya shia. kay buat muka.

“manalah aku tahu. aku terperap kat asrama, macam mana aku nak tahu.”

“lepak je la.cerita avatar not bad.on?” Tanya shia.

“on.”

“nak ajak siapa je?” Tanya shia.

“abang keen? sis?” cadang kay. shia tersenyum.

“on.”



jam 11 malam baru shia sampai di rumah selepas menonton wayang. sampai sahaja dia di bilik, pantas dia mengambil air sembahyang lalu mendirikan solat isyak. entah mengapa hatinya rasa tak sedap. sesuatu yang galau dan pelik sedang berlegar dan merajai tangkai hatinya. untuk menepisnya, pantas shia mencapai al-quran lalu dialunkan sedap bacaan al-quran.

selepas membaca sempurna ayat-ayat al-quran mengikut lahjah dan tajwid, shia menanggalkan telekungnya. hatinya kini sudah mula terasa sedikit tenang. telefon bimbitnya berbunyi, kedengaran lagu nobody-wonder girl- kedengaran.

“assalamualaikum.” shia memberi salam. kedengaran di telinga shia suara panik dan tangisan. tidak lama kemudian, telefon bimbitnya terlepas jatuh. shia terpaku. dia menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya.



persahabatan ialah janji yang dibuat di dalam hati..
senyap..
tidak tertulis..
tak dimakan dek masa ..
tak terakal dek fikiran…
sekali menjadi sahabat..
selama-lamanya akan kekal begitu..


danina selamat dijemput ilahi tepat jam 11.45 malam. jantungnya entah mengapa gagal berfungsi. doktor mengesahkan bahawa alveolus danina sudah kering benar. tiada siapa tahu mengapa ianya terjadi.shia sampai di hospital di temani keluarganya pada jam 12.10 malam. air matanya merembes tidak henti-henti. tidak disangka langsung, persahabatan mereka tamat pada hari ini.
rasanya macam baru semalam sahaja mereka berdua berbual-bual gembira, bercerita tentang fesyen, tentang lelaki, tentang percutian, tentang pelajaran dan tentunya tentang cita-cita mereka yang ingin menjadi pereka fesyen.

shia melihat kedua ibu bapa danina.masing-masing kelihatan sedih kerana mereka telah kehilangan satu-satunya anak mereka. mama danina kelihatan bagaikan disampuk hantu. meraung bagaikan orang tak betul sahaja lagaknya. shia mengeluh pahit. janji allah telah termetrai. yang mati takkan kembali. air matanya pula bagaikan hujan lebat yang turun mencurah-curah. danina..



“shia.” panggil danina. shia, aidan dan hezry memandang danina.

“bagi tahu kat kengkawan,aku rindu diorang semua. cakap dengan diorang bila aku dah keluar, semua kena bagi hadiah selamat kembali ke sekolah. hadiah kecik aku tolak, aku nak hadiah besar je” danina tergelak.
hezry pantas menyambut.

“ aku bagi aidan je kat kau. besar punya.”

gelak..

“promise.” shia tersenyum nakal.



I made a list of special people in my life. I wrote them in a pencil and I included your name but I used permanent ink because I decided to keep u in my list forever.

the end.

may allah bless us,
no matter what..
I love my friend..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best2....citer yang menarik...teruskan berkarya~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...