" Kenapa Thakif Iman? Orang lain takde ke?" Tanya Riana perlahan sambil membelek-belek kukunya dengan lebih kerap. Hatinya panas.
" Kenapa tak nak photoshot dengan Thakif iman?" Riana diam mendengar soalan Puan Elisha. Kenapa ya? Kenapa? Emm.. banyak sebab kenapa dia tak nak photoshot dengan Thakif iman. Firstly, Thakif Iman seorang yang berlagak dan tidak tahu mengaku salah apabila telah melakukan kesalahan. Riana ingat lagi apabila Thakif Iman secara tak sengaja tlah menumpahkan air kopi ke atas bajunya. Dia yang ketika itu masih dangkal dan terlalu hijau dalam industri modelling hanya mendiamkan diri kerana ketika itu dia sedang merenung makhuk allah yang sempurna rupa parasnya walaupun orang tersebut baru sahaja menumpahkan air kopi ke atas dirinya. Riana yang ketika itu tidak berkelip merenung Thakif iman hanya tersedar daripada lamunan apabila Thakif iman telah menengkingnya kerana telah menumpahkan air kopinya sebelum berlalu dari situ.
Riana hanya terpaku senyap. Tiada refleksi kerana dia keliru sama ada hendak membalas kembali ataupun mendiamkan diri. Namun dia memilih untuk mendiamkan diri kerana dia yakin dia, Riana telah jatuh cinta pandang pertama pada jejaka kacak tersebut( bila diingat kembali,,euu,disgusting). riana mengharapkan pertemuan kedua. Tetapi pertemuan kedua telah membuatkan hatinya jelik, meluat dan jengkel melihat perilaku Thakif iman.
Playboy!!
itulah perkataan paling sesuai yang digunakan oleh riana khas untuk remaja lelaki bermata hijau lumut tersebut. Pada pertemuan kedua tersebut, Riana telah menemani Marilyn pergi ke Midvalley untuk membeli barang. pada mulanya,dia terpaku melihat Thakif iman yang sungguh kacak mengalahkan johny depp yang sedang tersenyum berada di hadapannya. Namun hatinya hancur mlihat seorang perempuan mendampingi
Thakif imannya(Thakif Imannya? berangan je..)
Marilyn yang meminati thakif iman terus berlari ke arah jejaka tersebut untuk mengambil gambar bersama-samanya. kemudian tanpa diduga nama Edriana fadisha mula melonjak naik atas usaha Puan elisha. Riana mendapat tawaran berlakon untuk filem cinta iaitu tentang aku, engkau dan bulan walaupun usianya baru berusia 14 tahun. Riana kemudian mendapati dirinya sering dihujani dengan surat-surat cinta dan mendapat perhatian media walau ke mana dia pergi. tak boleh blah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan