Riana berjalan menuju ke kereta Mercedes Benz berwarna hitam yang terletak tidak jauh dari pintu pagar utama dengan berhati-hati. Matanya melilau ke sana-sini sebelum masuk ke dalam kereta tersebut. Selepas loceng sekolah berbunyi, pantas Riana berlalu keluar dari kelasnya dengan tergesa-gesa. Pelajar-pelajar yang lain berjalan agak lambat tidak kira lelaki mahupun perempuan kerana masing-masing sedang sibuk mengumpat dan bergosip.
“Hai Puan Elisha.” Sapa Riana sedikit lelah kerana dia telah berlari menuju ke kereta Mercedes Benz tersebut.
“Waalaikumussalam.” Sindir Puan Elisha. Dia memandang Riana dari atas ke bawah. Tetapi kemudian dia mengarahkan Pak Mus si pemandu kereta supaya cepat bergerak. Pak Mus hanya mengangguk mengerti. Itulah dia Pak Mus. Hanya tahu mengangguk dan menggeleng. Bercakap pun sekadar 5,6 patah sahaja.
Pertama kali berjumpa dengan Pak Mus, Riana menyangkakan Pak Mus seorang yang bisu. Yelah, senyap je. Tak bercakap langsung. Riana tersedar daripada lamunan apabila Puan Elisha berdehem. Ketika itu mereka dalam perjalanan menuju ke Aquaria KLCC kerana Riana mempunyai photoshot di sana. Riana segera memandang ke arah Puan Elisha. Puan Elisha pula merenungnya tajam. Riana mengangkat kedua-dua belah keningnya meminta penjelasan. Puan Elisha hanya diam membisu. Riana mula mengajukan soalan kerana di dalam kereta Mercedes Benz tersebut hanya mendengar Hip’s Don’t Lie-Shakira-memekak.
Selalunya Puan Elisha bertanya itu ini kepada dia sehingga membuatkan dia sedikit jengkel dan meluat. Namun hari ini lain pula skripnya.
“Ada apa Puan Elisha?”
“Macam mana sekolah tadi?” Pertanyaan Riana dijawab juga oleh pertanyaan Puan Elisha. Riana berfikir sejenak sebelum menjawab.
“Ok je.” Jawab Riana riang sambil menguntum senyuman manis.
“Hari ini photoshot kamu dengan Thakif Iman.” Kata Puan Elisha pantas. Sepantas itu juga senyuman Riana mati dan digantikan dengan dengusan berang. Dia lebih berminat memandang kukunya daripada memandang Puan Elisha. Riana kini bengang sebengangnya. Dia ingat lagi majalah Mangga keluaran edisi lepas mengatakan yang dia, Edriana Fadisha tergila-gilakan Thakif Iman. Disgusting at all. Bahananya Puan Elisha telah menyaman pihak-pihak yang berkenaan kerana telah menyebarkan cerita karut dan tidak berasas sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan