Sabtu, 24 Oktober 2009

~ page 9

Riana mengeluh berat. Sekarang waktu rehat. Dia bersandar pada kerusi kemudian menanggalkan cermin matanya. Dalam kelas 5 Sains 1, hanya tinggal beberapa orang pelajar sahaja termasuk sahabat barunya, Mimi Natasha.

“Hei Riana, kita jalan-jalan nak tak?”Tanya Mimi. “Mungkin aku boleh tunjukkan kawasan sekolah ni dekat kau. Takde lah nanti kau sesat."

“Ok gak. Jom.” Riana bingkas bangun kemudian segera memakai cermin matanya semula. Dia tersenyum manis ke arah Mimi. “Jom.” Tambah Riana lagi apabila Mimi pada mulanya tidak bergerak. Mimi hanya tersenyum nipis. Kemudian menyaingi langkah Riana yang tidak sabar-sabar untuk meneroka sekolah barunya itu.


Mimi menunjukkan keseluruhan kawasan sekolah kepada Riana. Tetapi, setiap kali lalu di hadapan pelajar lain, Riana menundukkan mukanya risau. Dia takut jika ada yang tahu dia ni Edriana Fadisha, grr..tak tahu nak cakap macam mana.

“ Irene, kau ok? Aku tengok kau ni tundukkan muka je tadi. Takkan la kau malu kot. Takde pape la. Jangan risau.” Riana memandang ke arah Mimi serta-merta. Mimi tergelak kecil melihat reaksi Riana. “Takde orang nak ngorat kau. Jangan perasan.” Tambah Mimi kemudiannya. Riana pula hanya tersenyum simpul mendengar kata-kata Mimi sebentar tadi.

Ketika itu, mereka berada dalam perjalanan hendak ke kantin selepas tawaf mengelilingi sekolah. Ternyata Mimi bukanlah orang yang sesuai untuk menunjukkan kawasan persekitaran sekolah kepada dirinya. Mimi banyak berceloteh dan meraban tentang kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolahnya. Sekolahnya adalah yang terbaik di negeri Selangor(Riana dapat mengesan nada bangga dalam percakapannya itu. Namun yang anehnya Riana tak pernah dengar pulak nama sekolah SMK Taman Platinum sebelum ini.) Masuk bakul angkat sendiri, Cik Mimi oitt..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...