Encik Zamidi Hassan menunjukkan kepada Riana kelas barunya. Riana menelan liur berkali-kali. Kemudian memperbetulkan cermin matanya lagi.
“Kamu boleh masuk ke kelas kamu sekarang. Dalam kelas tu ada Puan Balqis, guru kelas 5 Sains 1. Saya harap kamu dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Good luck. All the best.” Riana hanya tersenyum kelat mendengar arahan serta harapan pengetuanya itu. Riana hanya mengetuk pintu kelas setelah Encik Zamidi Hassan berlalu ke pejabatnya. Riana melangkah masuk selepas seketika dia mengetuk pintu kelas. Kesemua pelajar memandang dirinya tetapi dia buat dono gaya kambing je. Riana hanya memusatkan pandangannya pada Puan Balqis.
“Err..cikgu. Nama saya Irene Isabelle. Saya pelajar baru di sini.” Terang Riana. Puan Balqis memandang muka Riana seketika.
“So?” Tanya Puan Balqis pendek sebelum menyambung kerjanya semula seolah-olah seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Riana tergamam tanpa kata. Dia tak tahu nak cakap apa. Jadi dia hanya membatu. Puan Balqis pantas menyambung kata-katanya tanpa memandang muka Riana.
“Sebelum ni sekolah dekat mana?” Soalan yang melampau-lampau kayunya. Riana dapat merasakan bahawa cikgu dihadapannya ini adalah seseorang yang gila tahap hyper dinginnya. Lebih sejuk dari Antartika. Salji mula turun menandakan paras kedinginan semakin meningkat. Simen serta-merta membeku tanpa sebab. Isikel-isikel ais mu…..
“Sebelum ni sekolah dekat mana?” ulang Puan Balqis.
“Err..CBN.” Jawab Riana perlahan.
“Apa nama kamu tadi?” Tanya Puan Balqis lagi tanpa memandang muka Riana seolah-olah muka Riana mengandungi kotoran yang sungguh menjijikkan.
“Err..Irene Isabelle.”
“Ok, kamu boleh duduk di sebelah Mimi Natasha. Di hujung sana tu.” Tunjuk Puan Balqis.”Faham?” Riana
mengangguk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan