Sabtu, 24 Oktober 2009

~ page 10

Sambil berjalan, Riana masih lagi sempat berfikir. ‘Betul jugak apa yang Mimi cakap tu. Buat apa la aku nak tundukkan kepala. Nanti orang ingat aku gila la pulak.’
Riana terkejut apabila Mimi tiba-tiba mendepangkan sebelah tangannya untuk menghalang dia daripada terus melangkah.

“Kenapa Mimi? Apasal tak terus jalan je.” Tanya Riana hairan. Selain daripada mereka berdua, pelajar lain juga turut berhenti dan berdiri ke tepi untuk membentuk satu laluan

“Aku bukan tak bagi kau lalu, tapi Miss Platinum nak lalu.” Bisik Mimi terlampau perlahan sehinggakan Riana terpaksa mendekatkan dirinya kepada Mimi untuk mendengar apa yang di katakan oleh sahabat barunya itu.

“So?” Tanya Riana pendek. Riana meniru gaya pertanyaan Puan Balqis yang sungguh sarkastik itu sehingga membuatkan dia tergamam dan berdiri macam orang bodoh semasa mula-mula masuk ke dalam kelas tadi.

“Nanti kau tengok sendiri je.” Jawab Mimi mudah sambil mengenggam kedua-dua belah tangannya di antara satu sama lain dengan perasaan yang sungguh teruja. Bukan Mimi sahaja yang berperangai aneh sebegitu rupa, tetapi semua pelajar juga menunjukkan perangai yang hampir serupa tidak kira lelaki atau perempuan.’Sawan agaknya.’ Fikir Riana jahat.

Tidak lama kemudian, kelihatan 4 orang pelajar yang err..sungguh gedik sebenarnya. Dengan berjalan seolah-olah seperti Heidi Klum sedang melakukan catwalk dalam pertunjukan Victoria Secret, dengan anting-anting panjang bersalut emas putih, loket berbentuk hati yang di pakaikan pada leher, gelang tangan yang diliputi dengan permata hitam yang gamaknya seperti Mami Jarum dan tambah-tambah lagi dengan memakai skirt hitam paras peha!(patutlah ramai pelajar lelaki yang tengok). Semua pelajar memandang ke arah mereka dengan pandangan teruja.“Cantik tak diorang?” Tanya Mimi berbisik sambil memandang ke arah Miss Platinum(loya Riana mendengarnya) yang semakin lama semakin bergerak jauh daripada kantin dan daripada peminat setia mereka.(kecuali Riana seorang. Tidak termasuk dalam senarai orang gila yang meminati Miss Platinum)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...