Mata Puan Elisha memandang Riana dari atas ke bawah. Riana pula dah tak tahu nak difikirkan apa lagi. Dia takut, resah, risau err macam-macam lagi la yang dia fikir sekarang ni.
“Salam papa dan mama kamu. Saya tunggu di luar. Mari Juk-Sin.”
Riana melangkah ke arah papa dan mamanya dengan lesu. Dia pantas menyalami mereka kemudian bertanya apa nama barunya? Tetapi Encik Airill hanya tersenyum sambil berkata
“Nanti Puan Elisha bagi tahu kamu. Dah cepat pergi, nanti lambat pulak pergi sekolah baru.” Khairyll dan Khiryna tersenyum sinis mendengar kata-kata papa mereka.
“Riana pergi dulu. Bye. Assalamualaikum.” Riana pantas mengorak langkah ke arah kereta Mercedes Benz yang bersedia menunggu di luar. Tak kira apa pun dia mesti cekal.
Selepas perjalanan selama 20 minit yang sungguh meresahkan, akhirnya dia tiba jua di sekolah barunya. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Platinum. Riana memerhatikan sekolah tersebut dengan pandangan khuatir.Ada ke tak nanti perasan yang dia ni, Edriana Fadisha. Riana gerun untuk memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya orang tahu yang dia ni… Allah! Riana dah tak tahu nak kurangkan keresahan dalam dirinya. Riana pantas memandang ke arah Puan Elisha apabila wanita tersebut berdehem.
“Lupa saya nak bagi tahu kamu Riana. Nama baru kamu Irene Isabelle.”
“Irene Isabelle?” Tanya Riana inginkan kepastian.
“Hanya di sekolah saje kamu jadi dia. Luar sekolah, kamu akan menjadi Edriana Fadisha semula. Faham?”
Riana hanya mengangguk.
“Ok. Balik nanti saya akan tunggu kamu 100 meter dari sini.”
“100 meter? Kenapa?” Dahi Riana berkerut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan