Isnin, 12 Oktober 2009

~ page 5

Khiryna yang telah bersiap dengan dengan baju sekolah yang bersih tanpa comot (comot? Kotor sikit je) sebelum ini menanyakan soalan kepada Riana.

“Apa tu?” Tanya Khiryna menunjukkan beg yang dibawa oleh Riana. Riana teragak-agak seketika. Tetapi apabila dia mendengar ketawa Puan Elisha yang sengaja dibuat-buat dari arah dapur dia pantas berkata.

“Kalau nak tahu, cepat masuk bilik akak. Akak takde masa ni. Dalam bilik nanti akak bagitau. Cepat!” Jawab Riana mudah kemudian bergegas masuk ke dalam bilik tidurnya. Khiryna menonong masuk mengikut arahan Riana. Riana tanpa berlengah terus menukar baju sekolahnya yang baru sambil mulutnya pot pet, pot pet menerangkan apa yang berlaku sebentar tadi di dapur kepada adik perempuannya itu.

Pintu bilik diketuk. Kemudian terus dibuka tanpa keizinan tuan punya bilik. Riana menghela nafas lega. Nasib baik perempuan yang masuk, kalau lelaki dah lama dia lunyaikan lelaki tersebut. Pereka rambutnya dan merangkap pereka fesyennya, Cik Han Juk-Sin, bergegas masuk untuk menyiapkan Riana sehabis baik.

Rambut Riana di layer dengan pantas. Tiada masa katanya. Harus pantas dan efisyen katanya lagi. Selepas selesai proses make over, Riana diberi satu pasang cermin mata berbingkai tebal untuk menambahkan lagi kelainan pada mukanya. Riana menghela nafas lega. Walaupun cermin matanya berbingkai tebal, tetapi saiznya masih sama seperti orang lain(maksud Riana cermin matanya bersaiz normal). Apabila Riana mendengar Puan Elisha berkata yang dia perlu memakai cermin mata, hati Riana berdegup tidak senang. Dia risau kalau kena pakai cermin mata seperti Betty (Yo Soy Betty La Fia) yang sememangnya sudah ketinggalan zaman. Tapi kini hatinya berdetak senang. Selesai sahaja proses make over yang paling pantas itu, Riana merenung mukanya ke arah cermin solek yang berada di hadapannya itu. Sebagai jawapan sama ada proses make over itu menjadi atau tidak, Khiryna mengangakan mulutnya tidak percaya.

Cik Han Juk-Sin pantas menarik tangan Riana sambil berkata.”Kita kena cepat Riana. Kalau lambat nanti Puan Elisha mengamuk macam King Kong. Siapa nak tanggung? Awak nak?” Pantas kedua-duanya turun menuju ke dapur diikuti rapat oleh Khiryna yang mengekori dari belakang.

Apabila sudah sampai di dapur, Riana melihat Puan Elisha sedang berbual dangan Khairyll. Riana berfikiran jahat, memikirkan pasti Puan Elisha sedang mengorek rahsia daripada Khairyll tentang dirinya. Apabila menyedari Riana berada di dapur, Puan Elisha pantas bangun dari kerusi dan menuju ke arah Riana.

“You look totally different Riana.” Kata Puan Elisha. Riana tersengih sambil mengunyah kata-kata hinaan yang sememangnya dia hendak bagi kat Puan Elisha yang macam itik tu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...