Isnin, 12 Oktober 2009

~page 7

“Ikut sahaja arahan saya Riana. Jangan nak banyak tanya.” Tempelak Puan Elisha sambil memperbetulkan vast Riana supaya nampak lebih kemas. Kemudian Puan Elisha menyuruh Riana supaya tidak memasukkan kemeja di dalam skirt. Biarkan kemeja tersebut berada di luar skirt.

“Puan Elisha, nanti saya kena pergi pejabat dulu ke?”

“Ya. Dan rasanya hampir kali sepuluh kamu menanyakan soalan bodoh ni.” Rungut Puan Elisha.

“Kalau macam tu, saya pergi dulu ya. K bye. Assalamualaikum.” Kemudian pantas Riana keluar dari kereta untuk pergi ke pejabat sekolah. Tidak lama kemudian, kereta yang membawa Puan Elisha dan Han Juk-Sin berlalu meninggalkan dia keseorangan. Riana melangkah masuk ke dalam sekolah barunya dengan hati yang kecut. Kini di sekolah, dia Irene Isabelle dan bukannya Edriana Fadisha. Seorang gadis biasa dan bukannya model.

Dalam perjalanan ke pejabat, Riana sempat membetulkan cermin matanya. Dia rimas sebenarnya. Dia tak biasa memakai cermin mata. Riana mengeluh. Kena naik tangga untuk ke pejabat kerana pejabat sekolah terletak di tingkat dua. Sebelum masuk ke pejabat sekolah, dia menilik dirinya dari atas hingga ke bawah pada cermin yang terdapat di hadapan tandas guru. Dia memang nampak lain sangat-sangat. Puan Elisha kata skirt paras lutut. Ni skirtnya paras atas lutut. Riana bengang. Pantas dia masuk ke dalam pejabat sekolah untuk berjumpa dengan pengetuanya, Encik Zamidi Hassan.

Semasa di dalam kereta tadi, Puan Elisha mengatakan bahawa Encik Zamidi Hassan adalah rakannya semasa belajar di Toronto. Mintak-mintak perangainya tak macam Puan Elisha. Puan Elisha tu dah lah garang. Riana mengetuk pintu bilik pengetuanya sebelum kedengaran arahan masuk dari dalam bilik tersebut.

“Irene Isabelle?” Tanya Encik Zamidi Hassan inginkan kepastian. Riana hanya mengangguk mengiakan. “Sila duduk.” Tambah lelaki tersebut memberi arahan. Riana pantas duduk di hadapan pengetua sekolah barunya itu.

“Saya akan terangkan peraturan di sekolah ini serba sedikit. Kemudian saya akan tunjukkan di mana kelas kamu.” Kata Encik Zamidi Hassan sambil menghadiahkan senyuman kepada Riana. Riana membalas senyuman tersebut sambil menampakkan lesung pipitnya. Sweet.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...