Sabtu, 19 September 2009

~page 4

“Saya nak minta izin Encik Airill supaya nama Riana ditukar buat sementara waktu. Tapi jangan risau. Nama barunya tu, dia cuma guna masa kat sekolah je.” Encik Airill, Puan Sabrina, Edrian dan Khairyll mengangakan mulut mereka terkejut. Riana pula semakin pening dibuatnya. Bingung.

“Nama baru?” Tanya Encik Airill inginkan kepastian.

“Ya. Nama baru. Kami juga akan buat sedikit make over supaya pelajar lain tak dapat mengecam dia.” Terang Puan Elisha. Kemudian dia memandang ke arah Riana pula.“Rambut kamu akan di layer….”

“Layer?”

“Jangan menyanpuk cakap saya Riana!” pintas Puan Elisha. Dia cukup pantang kalau ada yang menyampuk semasa dia sedang bercakap. Puan Elisha mencerunkan pandangannya pada Riana. Riana kaget melihat reaksi Puan Elisha.“Dan kamu akan memakai cermin mata.”Riana membuntangkan matanya terkejut. Ini dah betul nak make over dirinya. Dia pasti ini akan mengubah dirinya secara keseluruhan. Riana mahu menyuarakan sesuatu tetapi dia takut akan dimarahi lagi oleh Puan Elisha. Sedihnya.

“Ini baju sekolah kamu. Skirt pendek berwarna hitam paras lutut, kemeja putih lengan panjang dan vast berwarna blue-black. Kasut hitam, stoking hitam dan kamu dimestikan memakai reben berwarna gelap sama ada berwarna hitam atau biru laut atau ungu.” Sejurus Puan Elisha berkata begitu, dia menyerahkan sebuah beg kepada Riana. Riana menjenguk ke dalam beg tersebut. Semuanya ada kecuali kasut hitam. Seperti memahami apa yang difikirkan oleh Riana, Puan Elisha segera menambah.

“Kasut hitam kamu, saya dah letakkan di pintu depan.” Kemudian Puan Elisha segera memandang jam tangannya.“Saya bagi kamu 5 minit untuk bersiap. Kita dah takde masa. Cepat!” Gesa Puan Elisha apabila melihat Riana terpaku pada mulanya. Riana hanya mengangguk patuh kemudian segera berlalu ke biliknya sambil menjinjing beg yang diberikan oleh Puan Elisha sebentar tadi. Riana bertembung dengan Khiryna di tangga semasa dia hendak masuk ke dalam biliknya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...