Encik Airill hanya diam memerhati sambil Puan Sabrina mengerutkan dahinya. Edrian Fakhrull Shah tidak ambil peduli. Dia hanya buat bodoh . Malas hendak memikirkan tingkah laku adik-adiknya yang memang aneh. Sebentar kemudian, Puan Elisha tiba dengan kereta Mercedes Benz berwarna hitam seperti selalu. Riana pantas menghabiskan baki cucur udang kemudian bingkas bangun untk pergi ke sekolah.
“Mama, Riana pergi dul…”
Namun kata-kata Riana dipintas oleh Puan Elisha yang kini berada dapur rumah mereka. Puan Elisha ialah orang yang bertanggungjawab mengetengahkan Riana dalam bidang lakonan dan modelling. Sesuatu yang ajaib apabila melihat Puan Elisha berada di ruangan dapur tersebut. Selalunya, dia hanya menunggu Riana di pintu pagar sahaja.
“Nanti dulu Riana. Saya ada hal nak cakap dengan awak dan keluarga awak.” Tegas kata-kata Puan Elisha sambil mula mendekati meja makan. Ahli keluarga Encik Airill kesemuanya memandang Puan Elisha dengan mata yang tidak berkedip walau sesaat pun. Hairan menerjah tangkai hati masing-masing.
“Apa dia Puan Elisha?” Tanya Riana ingin tahu.
“Awak akan belajar di sekolah baru mulai hari ini.” Jawab Puan Elisha tanpa segarit senyuman pun. Riana membuntangkan matanya terkejut. Encik Airill dan Puan Sabrina tergamam tanpa kata. Edrian pula merenung Puan Elisha dengan pandangan curiga dan ingin tahu. Puan Elisha menyambung percakapannya sebelum ada sesiapa yang menyampuk.
“Saya buat benda ni ada sebab Riana. Saya bukan main gulai je buat benda ni. Dah terlalu banyak spekulasi tentang kamu di sekolah. Tambah-tambah lagi ada gosip bodoh yang mengatakan bahawa kamu bercinta dengan Thakif Iman.”
“Hah? Ridiculous!” Riana nak pengsan mendengar gosip yang disampaikan oleh pengurusnya itu. Otaknya biul. Siapa yang badul sangat buat gosip yang tak guna macam tu.
“Nanti dulu Riana. Saya belum habis cakap lagi!” Kata Puan Elisha. Kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Encik Airill dan Puan Sabrina sebelum menyambung percakapannya kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan