Isnin, 7 September 2009

~page 2

Riana menyemburkan baki cucur udang yang masih terdapat di dalam mulutnya serta-merta. Riana tersedak. Segera dicapai cawan yang berisi air milo tanpa
mempedulikan pekikan berang Khiryna mengalahkan anak gajah tak dapat makan.

Riana mengurut dadanya lega. Tercekik dia mendengar soalan cepu emas Khiryna. Skandal dengan Thakif Iman? Yakks!!!! Mintak simpang la. Dia lagi sanggup kena kejar dengan anjing gila daripada dikaitkan dengan Thakif Iman. Bukan dia tak kenal jejaka tersebut. Lebih daripada kenal. Malah satu Malaysia pun kenal dengan Thakif Iman. Kata neneknya, muka Thakif Iman macam muka Orlando Bloom. Nak termuntah Riana mendengarnya. Thakif Iman, remaja lelaki paling popular di Malaysia. Malah sering menjadi igauan anak-anak gadis zaman sekarang.(kecuali Riana seorang sebab Riana merasakan budak tersebut berperangai macam lembu yang nak kena bedah.). Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dengan memiliki lirikan mata yang sungguh menggoda.(terpaksa di akui oleh Riana walaupun tanpa kerelaan hatinya.) Tapi perangai macam lipan. Tak guna.

Khiryna menghentak kakinya berang sambil mula melangkah masuk ke dalam biliknya untuk menyalin baju sekolah yang lain. Mulutnya masih lagi sempat membebel. Khairyll hanya tersenyum nipis melihat gelagat kembarnya itu. Sambil itu, Encik Airill dan isterinya, Puan Sabrina melangkah masuk ke ruangan dapur sambil ditemani Edrian Fakhrull Shah, abang sulung Riana. Encik Airill merupakan CEO bagi Syarikat KSA Holdings yang mana merupakan syarikat yang berasaskan kejuruteraan. Bagi Puan Sabrina pula, dia adalah suri rumah sepenuh masa. Kedua-duanya berusia awal 40 an. Edrian Fakhrull Shah pula sedang menuntut di University of Princeton, Amerika Syarikat dalan bidang Marketing Management. Dia berusia 20 tahun. Sekarang dia tengah cuti musim sejuk.

“Kenapa baju Khiryna kotor tadi?” Tanya Puan Sabrina hairan. Sambil itu, tangannya ligat menuangkan air milo ke dalam cawan untuk dirinya,suaminya dan juga untuk anak sulungnya itu. Encik Airill pula memandang Riana dan Khairyll silih berganti dengan riak wajah ingin tahu. Riana dan Khairyll gelak tiba-tiba. Entah apa yang lucu pun tidak dapat dipastikan inti patinya oleh sesiapa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...