Jumaat, 4 September 2009

chapter 1~ page 1 of crazy little thing call love

Edriana Fadisha sedang ligat menilik wajahnya di meja solek yang terdapat di dalam bilik tidurnya. Riana menilik wajahnya dari dahi ke dagu, dari pipi kiri hingga ke pipi kanan. Kemudiannya, dia tersenyum manis memperlihatkan lesung pipitnya. Wajahnya juga putih molek. Seperti kata neneknya, macam muka Angelina Jolie. Che wah. Bangga la pulak.

Gadis 17 tahun itu mengerling ke arah jam dinding seketika. 7 pagi. Sebentar lagi , dia akan pergi ke sekolah sambil ditemani pengurusnya, Puan Elisha. Riana mengeluh. Kehidupan sebagai pelakon dan model terkenal memang membuatkan dirinya separuh gila. Tiada privasi langsung.

Riana mengambil beg sekolahnya, lalu segera menapak menuju ke dapur. Sesampainya Riana di dapur, dia melihat adik kembarnya, Maria Khiryna dan Mikhail Khairyll sedang hangat bergosip. Mulut penuh dengan cucur udang pun masih sempat bergosip.

“Hai sis.” Sapa Khiryna riang.

“Hai. Korang ni makan ke bergosip?” Tanya Riana sambil mula mengambil tempat di sebelah Khiryna.
Tangannya menggagau mengambil cucur udang.

Khiryna dan Khairyll mencebik ke arah Riana. Tak puas hati lagaknya. Riana merenung ke arah mereka sambil mulutnya ligat mengunyah. Khiryna memecah keheningan.

“Akak ada skandal dengan Thakif Iman ya?”

1 ulasan:

Mister ChukLaT berkata...

ouh,,,,, name dier sngat 'class!', thaqif? <<< best name.. ^_^ >>> nway juz nak bagi info for rujukan >>> http://pujanggabujanglara.blogspot.com/
<< blog mamat niyh pon de bnyak cerpen yg best.. ^_^ seperti SANG DEWA/RINDU RAMADHAN/KHAIRY ARMANI/PERNIKAHAN SULIT ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...