menghabiskan selama lebih kurang 5 hari 4 malam dekat Kuala Tahan of Taman Negara, well, it quite awesome actually. thanks to Doc Wan because give such amazing experience buat amali dekat Taman Negara. kumpulan aku kena buat Inventori lebih kurang 4.7 km dari Kuala Keniam ke Gua Luas. semua orang asyik cakap je,
"Kuala Keniam sangat best."
and kumpulan aku -,- , haha, apa la yang best sangat? well, what is popular at Kuala Keniam ialah kat situ ialah tempat banyak harimau berkumpul. tapi masa buat inventori 3 hari 2 malam kat sana, tak banyak sangat la jumpa haiwan. I am dying nak tengok harimau and gajah! kitorang just lalu kawasan yang super hancing which is kitorang syak tu air kencing harimau. and dari jauh banyak dengar pokok tumbang jatuh. maybe itu kehadiran Gajah.
takde banyak sangat gambar nak tumjuk untuk amali Taman Negara ni. tapi one word la , it is satisfy to come here. best sangat-sangat!!!! kat Taman Negara tak nampak pun kehadiran ayam atau lembu atau kambing atau kucing as a pet atau haiwan yang berkeliaran di depan rumah sana sini. haiwan yang suka berkeliaran sana sini dekat Taman Negara ialah Babi Hutan *obviously!!* , Tapir *nama dia Tahan and Mersing* and also Kijang *nama dia kalau tak silap aku ialah Kicap? -,- ye ke?*
feel amazed sebab ada one day tu, aku keluar dari khemah sebab nak bersiap-siap pergi amali, and then nampak seekor Kijang ni tengah main sondol-sondol tanduk and kepala dekat kaki one of my coursemate, Nuri Ahn. masa aku nampak tu, aku rasa wow sangat. haiwan-haiwan kat sini adalah sangat jinak. and I never know if I wake another day, akan ada haiwan lain yang akan tunggu dekat luar khemah pulak.
tapi kehadiran babi hutan kat kawasan khemah and chalet adalah perkara biasa. budak-budak yang memasak da selalu sangat berperang dengan haiwan tu. da kira macam ruji nampak babi dekat Taman Negara ni. Babi Hutan kat Taman Negara da macam pengganti untuk kucing dekat kawasan perumahan. masa kat Taman Negara jugak, sempat pergi Bumbun Tahan atau nama famous amos dia ialah Bumbun Hide. masa tu pergi Night Walk bersama seorang Tour Guide batch Hijau and bersama teammate yang lain. bila lepak kat Bumbun Tahan tu and perhati senyap-senyap dekat kawasan sekeliling.
okay, buat sesiapa yang tak tahu what is Bumbun tu, mari aku explain. Bumbun tu macam satu kawasan yang tinggi , yang dibina untuk perhati haiwan dengan lebih dekat. design Bumbun ni lebih kurang macam bangunan Bird Watching je. cuma Bumbun ni lebih general and kau boleh tengok semua haiwan. Jumlah Bumbun dekat Taman Negara ada 6. yang aku tahu ialah Bumbun Tahan dan Bumbun Chegar Anjing. most of the Bumbun akan dibina berhampiran dengan sumber air which is sumber air tu ada sumber air mineral, semua haiwan mostly akan datang kat situ and minum air mineral tersebut.
datang Bumbun Tahan pada waktu malam adalah super awesome. bersama dengan foreigner lain, kitorang perhati keadaan sekeliling secara diam-diam and finally, kitorang dapat tengok Samba Deer tengah minum air secara diam-diam. it is feel amazing dapat tengok Samba Deer live macam tu *selain daripada Babi Hutan yang boleh ditatap di depan mata hari-hari* terasa macam National Geographic sangat bila tengok Samba Deer macam tu.
okay, tamat cerita tentang Amali Taman Negara untuk malam ni. actually, ni baru sampai ke UPM dari Taman Negara and esok still ada kelas Kuantitatif which is 10 pagi til 1 petang. and then sambung from 2 petang sampai 5 petang. haila , haila. wish me luck untuk survive la dalam kelas Kuanti esok. kalau ada masa lagi, aku akan update cerita pasal Amali Banding lagi atau cerita pasal Kelah Sanctuary yang super best! :)
till the end. terima kasih kerana membaca :)
p/s
sedang memupuk minat untuk kembali menulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan