Isnin, 7 Mei 2012

Asasi Sains Pertanian

assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

entry ni buat mereka-mereka yang dapat tawaran belajar ke Asasi Sains Pertanian, UPM dan akan memulakan pengajian di situ untuk tahun 2012/2013. nama ringkas bagi Asasi Sains Pertanian ialah ASPer. dan pelajarnya pula dipanggil ASPerians.

heh, kekdahnya entry I sangat skema pada hari ini. heh.

bercerita tentang Asasi Sains Pertanian, UPM, aku sendiri merupakan  batch ke 7 dan untuk yang akan mendaftar masuk pada tahun ini, 2012/2013 merupakan batch ke 8. aku dengar cerita, batch ke 8 adalah batch yang paling ramai sekali berbanding dengan batch-batch yang sebelumnya.

okay, kita terus ke agenda utama kita iaitu Question and Answer session.

1- okay ke belajar dekat Asasi Sains Pertanian ni?

okay atau tak, itu bergantung kepada intrepetasi individu tersebut. tapi bagi aku, memang seronok sangat-sangat menjadi ASPerians. aku first time jadi pelajar yang tinggal dekat asrama masa aku mendaftar masuk. kau jangan cakap la rasa dup dap tu macam mana. tapi, somehow, memang best jadi pelajar ASPer ni. dah la pelajar dia tak ramai macam PALAM atau PASUM ataupun asasi-asasi yang lain. batch aku 322 orang je kalau tak silap dengan mempunyai 8 buah kelas. so, lagi senang la nak kenal dengan semua orang dan mengeratkan hubungan silaturrahim itu.

berbanding dengan pusat asasi sains yang lain, dengan bilangan yang agak ramai, memang susah kau nak berkenalan dengan semua orang. dan memang susah la kau nak tonjolkan diri. indeed. belajar dan menjadi ASPerians memang best.

2- kita akan menginap dekat mana?

masa aku dulu dan batch-batch sebelum aku, kitorang semua akan menginap dekat Kolej 13. yap. aku rindu betul dengan kolej tu walaupun baru belah dari kolej itu semalam. haha. tapi, untuk batch 8 dan batch-batch yang seterusnya, kau orang semua mungkin akan split up. kebanyakan dari kau orang yang dapat tawaran belajar, mostly duduk delat Kolej 13. tapi, ada jugak yang tercampak ke Kolej Canselor, Kolej 2 ataupun Kolej Tun Dr. Ismail. itu apa yang aku dengar la. tak tahu la pulak apa yang akan jadi pada hari kejadian. tapi, selalunya, kolej kediaman kau orang akan diberitahu melalui surat tawaran. hopefully dapat la Kolej 13. nanti boleh jumpa :)

3- macam mana dengan pelajaran? ada berapa subjek? nak beli buku pulak dekat mana?

pelajaran. it's okay. tapi somehow, ada benda yang kau orang semua kena bear in mind. kalau kau success semasa SPM dengan mendapat straight a's tapi kalau kau tak belajar dengan betul-betul, sama je. kau tetap dikira loser dan tetap akan mendapat pointer yang rendah. kalau kau mendapat 5a, 6a atau 7a je pun masa SPM, tapi kalau memang study smart masa menjadi ASPerians, tak mustahil kau dapat 4 flat. kawan aku, dapat 6a je masa SPM dia. first sem dia dapat 3.45. second sem dia dapat 3.79. dikira hebat la tu. ada jugak budak yang 5a masa SPM dia, tapi first sem dengan second sem, dia dapat 3.9 dan ke atas.

apa yang penting jangan cultural shock sangat la. ramai budak-budak yang aku jumpa macam tu. hah! memang sakai. subjek kesemuanya ada 6 iaitu

Biology
Chemistry
Pyhsics
Agriculture
English
Mathematic

kau orang semua akan melalui proses pembelajaran selama 3 sem dalam setahun berbanding dengan asasi/ matrik yang lain. diorang hanya 2 sem dalam masa setahun. nak beli buku pulak, kau orang semua boleh beli dari Flat Ikan. jangan risau buat siapa-siapa yang tak tahu apa itu Flat Ikan. nanti dah sampai UPM, masa lecturer kau orang cakap,

"okay, saya nak kamu beli buku bla bla bla...."

dan kau orang boleh je tanya dekat orang lalu lalang

" err, nak tanya, Flat Ikan kat mana ye?"

InsyaAllah diorang akan tunjuk. tak susah mana pun. :)

4- kenapa nama dia Pusat Asasi Sains Pertanian? ni memang pusat Asasi yang akan lahirkan petani ke?

subhanaAllah. aku memang rasa nak tampo-tampo je kalau ada orang tanya macam tu. nama dia je macam tu. tapi apa yang kita belajar setaraf, setanding malah mungkin lagi bagus sebab kita guna buku luar negara. topik dan bab pelajaran memang sama dengan budak-budak asasi/ matrik/diploma sains yang lain, cuma kita menggunakan buku luar negara.

tak semestinya kita akan menjadi petani kalau kita belajar dekat sini. kalau ada orang tanya dekat kau orang.

" kau dapat belajar dekat Asasi Sains Pertanian? kau memang nak jadi petani ke? kerja kat ladang?"

ni jawapan yang kau patut bagi.

" eh tak la. dekat Pusat Asasi Sains Pertanian ni, kitorang akan belajar 6 subjek which is Kimia, Bio, Fizik, Agric,Math dan juga BI. jadi masa degree nanti, kita boleh persue ke mana-mana bidang yang kita nak. semua boleh. Medic, Engineering, Major Math, Aquaculture, Kimia Petroleum dan sebagainya. itu just nama je. tak siginifikan kepada petani-atau apa-apa la."

berbanding Matrik, kau orang akan belajar Sains Hayat atau Sains Fizikal. jadi, pilihan kau orang untuk persue mana-mana bidang masa degree akan berkurangan berbanding dengan ASPerians.

5- Kita boleh tonjolkan diri tak masa menjadi ASPerians?

itu semestinya boleh. apabila kau menjadi ASPerians, kau automatik telah menjadi pelajar UPM sendiri. jadi, kau boleh join segala bagai aktiviti dekat kolej mahupun UPM. macam kawan aku, ada je yang pergi pertandingan nasyid peringkat ASEAN. ada yang pergi Perlis untuk MASUM. ada yang telah diajak masa degree, untuk join kelab Universiti. nanti masa degree boleh join pergi MASUM. ada jugak yang pergi Pertandingan Zapin antara universiti kat Malaysia ni. too a lot. memang best. macam yang aku cakap, disebabkan pelajar-pelajar asasi kat UPM ni tak ramai, jadi, peluang untuk kau orang tonjolkan diri amatlah tinggi sekali.

6- macam mana dengan subjek-sebjek tersebut? susah tak nak score?

bagi aku, itu bergantung kepada individu tersebut. heh. bagi aku, memang ada subjek yang senang nak score. ada jugak subjek yang susah nak score.

senang nak score

BI
Agriculture 01, Agricutire 02, Agriculture 03
Mathematic 03
Chemistry 02
Pyhsics 01,03
Biology 02

susah nak score
Mathematic 01,02
Chemistry 01,03
Pyhsics 02
Biology 01,03

tapi, ini just pendapat aku je la. pendapat aku mungkin lain sebab aku ni suka memain. pendapat untuk orang lain mungkin lain, sebab diorang tu bijak pandai. heh. tapi jangan risau. selalu akan diadakan tutorial untuk kau bertanya apa-apa je kat lecturer . mungkin boleh kau tanya,

" dr, apa yang akan masuk exam?"

haha. kalau kau orang kamceng, maka lecturer kau orang akan bagi jawapan la. heh.

7- macam mana dengan kemudahan untuk pelajar?

mestilah ada yang okay dan yang tak okay. tapi aku nampak yang okay je la. haha. untuk bergerak kat UPM, kau orang akan bergerak dengan bus. ke kelas, nak shopping atau apa-apa je la,mostly menggunakan bus. ye la, duit bus kau orang dah bayar masa pendaftaran. tak ke membazir kalau tak naik bus.

dalam kad pelajar kau orang, atau kau orang panggil ia sebagai kad matrik, akan ada sejumpah duit sebanyak 200 ringgit. kau orang boleh panggil itu sebagai Book Plan. untuk degree, akan ada Meal Plan pulak. tapi, aku tak tahu la pulak Book Plan still ada atau tak untuk batch 8 dan seterusnya. hopefully ada la. heh.

mudah bershopping. yes. memang mudah sangat. UPM ni memang dekat la sangat dengan semua Shopping Mall. boleh je access ke The Mines ( yang paling dekat ), Midvalley Megamall, Alamanda Putrajaya, Time Square, Pavilion dan macam-macam lagi la. just name it. InsyaAllah sampai la tu.

8- macam mana dengan degree nanti?

untuk degree, kau orang akan sambung ke UPM jugak. semua course sains kau orang boleh mintak kecuali course sastera. dan disebabkan, kau orang ber-asasi di UPM, maka semestinya kau orang semua akan diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajar ke UPM. tahukan anda bahawasanya UPM sekarang ini merupakan universiti terbaik di Malaysia.

heh. jadi, jangan rasa menyesal. semamangnya UPM adalah sangat seronok.

9- apa itu Laluan Pantas.

Laluan pantas merupakan pelajar-pelajar yang masuk ke UPM menggunakan result trial SPM diorang. diorang itu pelajar-pelajar asasi jugak. cuma nama diorang ialah ASASI LALUAN PANTAS. kalau untuk kau orang, ASASI ARUS PERDANA. laluan pantas merupakan cubaan pertama dari UPM. pelajar tahun 2012 LALUAN PANTAS ini merupakan first batch. diorang semua lahir tahun 1994. jadi, siapa yang masuk bulan Mei ini untuk ARUS PERDANA, kau orang sebenarnya sama umur. jadi, boleh je bertanya dekat mereka-mereka pasal pelajaran atau apa-apa la.

aku tak tahu sangat la pasal laluan pantas ni. jadi cut about that. tak payah tahu pun takpe. hah.

aku rasa tu je kot. kalau nak bertanya dengan lebih lanjut, boleh tanya dekat email aku

de_twins93@yahoo.com

ataupun facebook aku, boleh klik

@Nazrul Ashraff

ataupun dekat Twitter aku, boleh klik

@Miste_N

boleh jugak bertanya pada mereka, boleh klik

@Fariezza Thaw.   ataupun @Ebieyt

ataupun join, boleh klik

@Asper All Gen

ataupun klik link di bawah

@ASPerian Buletin

till then. babai. Assalamualaikun.

kave down
1307.







23 ulasan:

Unknown berkata...

Thx for the useful info.. I got upm in batch 8.. :)

Fatin Nabiilah berkata...

tenkiu for the info. it really works. :))

Tinsyaz berkata...

tenkiu 4 the info,, dapat kolej 13 maa.. skrg xtau nak smbung mtrik or asasi sn ptanian.. tlong!!!

Nazrul Ashraff berkata...

@fatin

amik sc pertanian!!!!!!!!!!! best!

nur berkata...

kalau mask ASPer,nnti time degree memg bleh pilih smua program yg ade ke??cam pndidikan,sains kesihatan??

Nazrul Ashraff berkata...

@nur yap.. semua course sains boleh amik except course sastera..

Syaza berkata...

K, aku promote blog kau ni kat group fb SBP 94. Kalau ada penambahan views kat blog kau, aku cakap sama-sama awal2 :P Kbaiii :D

Minn berkata...

wahh. kay, helpful gilaa info ni :D
thanks and thanx a lot senior.

ASPerians-to-be this May 17th ;)

Tanpa Nama berkata...

Emm. Kalau lepas asasi laluan pantas upm untuk ijazah, boleh futher dekat luar tak?

sns berkata...

thanks.baru paham.lepas hbis asasi memang kena stay kat upm jgak ke?lebih kurang soalan Tanpa Nama tu.sy dpat laluan pantas jgak.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya, hostel tu satu bilik brapa orang?

Tanpa Nama berkata...

lepasan asasi sains pertanian bleh further mana2 kos kecuali sastera, dentist dan lawyer (stkt yg aku thu la) sbb upm tak offer kos ni..
abis asasi nk smbung luar? bleh je, just isi upu balik je la..
hostel berapa org? depends on kolej..k13=6org, serumpun 2/4org

Aidil berkata...

Best. Terjawab semua soalan.

FizatieMNA berkata...

assalamualaikum :) nak tanya, lepas tamat ASPER , abg Nazrul amek course degree apa kt upm? kalo nak bawak moto sendiri masuk upm, boleh tak?

Unknown berkata...

kalau dpt 8a,3b+ bole x dpt asper skrg??(b+:bio,fizik,addmath)
satu lagi,subjek sains sume blaja dlm bahasa ape??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum!Thanks a bunch for all the infos di blog ni!Happy!!rasa semangat!
Tapi ada sikit quests yg melekat kat otak.ni...bole tlg jawab??heee
1.Kan KPM sponsored setiap sem RM1250,so asper kan ada 3 sem,so di ketiga2 sem tu dpt 1250?means setiap 4 bulan dpt 1250?means 1250 kali 3 la ye?
2.Sy org Borneo,nak tnya bnyk sabahans and sarawakians.xsana?takut teda kawann :'(
3.Yuran semua KPM sponsored atau nak.kena bayar?kalau bayar brapa eh?
4.andddd lastly,bole free hair x sana?sy mualaf actually,blm biasalh lagi.berhijab..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...nak tnye 1 soaln...utk biasiswa kpm 2, mmg kne bkak akaun cimb ke???

Tanpa Nama berkata...

Where are you from ? I'm from kk too . Going this Thursday for asasi sains pertanian ;) see you real soon

Jiha Jahari berkata...

Yuran pendahuluan asper berapa?

april_11 berkata...

Terima kasih untuk perkongsian. Sgt2 berguna

april_11 berkata...

Terima kasih untuk perkongsian. Sgt2 berguna

Tanpa Nama berkata...

hai assalamualaikum
saya dpt asper tpy saya xtau pape langsong
nak dm kt twitter x jumpe
tolong balas asap ye... tq

Qlabrthny berkata...

Surat akuan bebas dadah dan kuasa tu tanda tangan saksi yg mcm mana contoh?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...