Selasa, 24 Januari 2012

~ teaser of Evergreen.

assalamualaikum.


Penat! Penat mengelilingi  kota penuh keindahan. Dia baru keliling Trafalgar Square, Regent Street, Big Ben, London Eye, Victoria Memorial, Tower Bridge bla bla bla. Ole-ole juga sudah dibeli untuk kengkawan kuliahnya dekat uni nu ha dekat Oxford Street. Khas untuk penjaga lif pun sudah dicekau sekali.

Tekak terasa haus. Kaki dah mula sengal. Kepala di bawa ke sekelililng. Mencari tempat terbaik untuk dia berehat. Mata berhenti di sudut 45 darjah ke utara. Bibir mengukir senyum. Starbucks. Good choices. Right? Ok, sungguh style.

Laptop ditarik keluar. Air cond dalam Starbuks mula mengeraskan peluh yang nak mengalir. Switch di on. Password di taip. Pantas dia menekan connection. Dia nak upload gambar hari ini juga!

Menunggu gambar untuk di upload, tangan pantas membuka email miliknya. Iman mengurut seketika lehernya yang dah rasa sengal. Memang dah terasa penat, tapi dia suka! Ok, line laju hari ini! Emailnya diselongkar. Memang dah bertimbun inbox miliknya yang dia tak rajin nak read.  Memang jarang untuk dia buka satu-satu inbox itu. Ye la, kebanyakannya berkenaan hal negera. Naik berpinar mata dia baca. Cursor dileret ke bawah. Kemudian ke atas kembali. 1 nama menarik perhatiannya. mesej dari elyanghensem@rocketmail.com.

“siapakah? Dah lah email memuji diri sendiri!” Iman nak tergelak terguling-guling sudah. Email tak boleh belah sungguh.  “Bila kah aku ada kawan nama el yang hensem?” Iman bergumam perlahan. Pelik sungguh. Kerana kepelikan itulah, nafsu untuk dia tekan punat read diturutkan.


**********************************************************************

have a nice day ahead. thank you for reading. bubye. assalamualaikum.

1 ulasan:

FR berkata...

style mcm hlovate, sikit :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...