hari jumaat hari tu, mak aku nampak aku bukak belog pastu mak aku tanya macam2 pasal belog.
"ni apa ni?" tanya emak.
"ni la belog."
hee, sekarang mak aku dah tahu la belog tu bentuknya macam mana. belog tu wajahnya comel je. kannnn??? haha. parah da aku ni. wakaka.
"kat belog ni kau cerita pasal apa je?"
"macam2. semua benda cerita."
dan mulut mak aku lepas tu bulat OOOO macam terowong SMART tu. heh. teruja kot! hehe.
"kau ada masukkan gambar kat dalam belog ni?"
"ada!"
"kau masukkan gambar apa?"
pastu aku pun tunjukkan la gambar yang aku masukkan kat dalam belog ni. tapi aku tunjuk separuh je la sebab terlampau banyak aku masukkan gambar kat belog ni!
"aisy. nanti orang tengok, pikir budak umur berapa la ni."
aku boleh gelak je la. haha.
"takde ke belog yang best2?"
"ada. belog mat gebu! belog masak2. mak mesti suka."
"cuba tengok resepi dia. mak nak try masak kalau senang."
dan aku pun bukak la belog mat gebu dengan senang hati sebab aku ada kat dalam bloglist mat gebu. pelik gak macam mana belog picisan macam aku boleh masuk dalam bloglist.......haha.
"ada resepi apa je?" tanya mak aku.
"semua ada!"
eceh wah! haha. masa tu memang aku promote belog abang mat sorang tu. dan aku pun tunjukkan la kat mak aku resepi2 yang abang mat kita ni masak. mak aku nak buat resepi minum petang je sebab setiap petang ahad semua family aku akan berkumpul & akan bergosip sampai letih. haha.
tapi mak aku ni cerewet sikit, kalau dia nampak bahan2 yang susah nak cari,
"nak cari kat mana pulak tu?"
"cari kata pasar raya la mak."
"resepi lain?"
dan aku pun usha la resepi2 lain untuk mak aku. tapi kebanyakan resepi2 kat situ mak aku dah pernah cuba. baru aku nak suruh mak aku masakkan. haha. alih2 mak aku cakap, dah pernah masak. grrr.
"ada tak resepi kuih cara berlauk?"
"huh? apa tu?"
aku tak pernah dengar lagi. haha. sorry mak.
"ada tak?"
"entah. alaaaa. boleh tanya dia kat facebook je."
dan aku pun bertanya abang mat kat facebook. haha. harapan tinggal harapan, abang mat tak reply =,='
haha, sekarang aku tanya kat abang mat ni.
"abang mat ada resepi kuih cara berlauk tak??!!" hee..
lepas explore belog mat gebu, aku tunjuk pulak belog Che Epal pulak & belog2 yang lain. heh. dan lepas tu aku terus amik tuala & mandi laju2 sebab aku nak siap2 pergi mengajar.
sekian. heh. itulah pengalaman mak aku tanya pasal belog kat aku. haha. sampai sekarang, aku tertanya tanya, kalau mak aku ada belog, jenis belog macam mana ea mak aku tu?
oh, sekarang umur mak aku da 49 tahun.
mak aku yang pakai baju kelabu tu. hee. mak korang pernah tak tanya pasal belog kat korang?
k la, chow cincau dulu.
siapa nak join contest KAMI FOTOGENIK, boleh klik sini
siapa nak join segmen : blogger di zaman sekolah klik sini
14 ulasan:
erkk..terima kasih,,,kirim salam mak..
sama la kita....
memang umi pon minat mat gebu
@abang mat ~ sudah tentu :)
@gadis kampung ~ hee..:D
owh.. pernah sy ceritakan psl blog dekat ibu sy, tp ibu sy tak kisah pon.. mcm xde perasaan pon ade.. hehe
@ceri ~ haha. tergelak pulak.. wakaka
pernah je, bhahaha. my mum update kot my blog tu, wkakaka :D
mak aku la manager blog aku :p
my mom slalu bayar bil beruk-band...
thannks mom..
@syaza ~ dasatnya ur mum! haha
@amanie ~ haha.. ye ke?? impress.. hee..
@budak bandung laici ~ haha.. lagi best!! hee..
ah, biasa laa my mum tu, LOL. masa aku form2 dulu, aku kat sbp. phone tak boleh bawak. kalau nak telefon rumah guna public phone tu, hmm, malas sikit, ramai orang. so kadang2 ape2 hal, mak aku komen kat shoutbox blog aku je, wkakaka :D maju owhh.
@syaza ~ haha.. gila best!
Catat Ulasan