“ helo GRO.” Kata Umair jahat. Lily tersenyum kecil.
“ apa masalah kau ni Umair? Malam tadi mimpi ngeri ke apa?” tanya Tina.
“ hey little dirt.” Umair memandang Tina. “Aku tak tanya khabar kau la. Tapi kalau kau nak sangat aku tegur kau, meh sini aku tegur kau, hello hell.”
“ guys.” Panggil Lily. “ just leave him. He’s not worth it.” Setelah menuturkan ayat tersebut, Lily terus berlalu sambil pantas diekori oleh Adelia, Tina dan Shasha. Berubah terus air muka Umair sebaik sahaja Lily berkata sebegitu rupa.
“ kalau dah murah tu cakap je la murah.” Sindir Umair kuat.
“ god!” bisik Tina kuat. Ketika itu mereka berempat pantas menuju ke tempat duduk masing-masing di dalam kelas. Tina duduk di sebelah Lily manakala Shasha dan Adelia duduk sebelah menyebelah di belakang Lily dan Tina.
“ for god sake, why he’s so F word.” Rungut Tina. Pelajar-pelajar lain mula masuk sambil mula menceceh kuat. And ayat paling kuat di dengar adalah GRO-JUAL BADAN-PEMURAH
Lily mengeluarkan buku latihan agama islam. Mata pelajaran pertama ialah agama islam. Ustazah Marlia.
“ ok, hari ni kita belajar tentang Ajaran sesat. Kita akan belajar pasal ajaran Taslim, Baha’e dan Qadiyani. Ye Lily Nadia?” kata Ustazah Marlia semerta apabila Lily mengangkat tangan.
“ ustazah, malam tadi saya ada ulang kaji balik tajuk dosa-dosa besar. Em, saya baca tentang orang yang menuduh zina ustazah.” Sambil itu Lily masih sempat tersenyum sinis.
“ ya? Ada yang kamu tak faham?” tanya Ustazah Marlia.
“ em, saya nak tanya kenapa hukuman tersebut tidak di amalkan di Malaysia ea? Saya rasa hukuman tu bagus gila.” Sambil itu,Lily masih sempat menjeling Umair tetapi yang mengejutkannya, ramai yang mengerlingnya sekilas sebelum menumpukan perhatian kepada Ustazah Marlia. Lily tersenyum sinis. Tahu pulak korang terasa. serve you right.
Ustazah Marlia mengambil masa seketika untuk berfikir. “ saya juga pernah berfikir sebegitu rupa. Tapi mungkin kerajaan Malaysia tidak mahu mengamalkannya sebab kita ni tinggal bersama dengan mereka yang berlainan bangsa. Jadi mungkin nanti ada yang memberontak.”
“ tapi kan, dulu Madinah pun, ramai je bangsa dengan agama lain. Lagi-lagi Yahudi. Tapi hukuman hudud tetap dijalankan kan?” balas Lily.
“ iye. Tu memang tak dapat di sangkal lagi. Tapi macam yang saya kata tadi, Malaysia ni berbilang bangsa. Mungkin untuk kepentingan ekonomi bersama, kerajaan tak melaksanakannya. Kenapa kamu tanya Lily?”
“ saya rasa terkilan bila ada orang tuduh saya ni berzina. Macam yang disebut dalam tajuk tu, kalau nak tuduh, kita kena ada 4 orang saki yang adil. Dan sekarang, orang yang tuduh saya macam-macam, rasa terkilan sangat.” Lily dah tunjuk muka sedih.
“ siapa yang tuduh kamu berzina? Berdosa besar orang tu!” marah Ustazah Marlia.
“ saya tak nak la sebut. Nanti orang-orang tu mesti malu.” Lily tundukkan muka.
“ orang-orang tu? Maksud kamu ramai ke yang tuduh kamu berzina?” Tanya Ustaazah Marlia. Sambil tundukkan kepala, Lily menganggukkan kepalanya sedih.
“ saya rasa sedih sangat. Dah la takde saksi. Hati saya sakit.” Lily mula bangun dan tetibe keluar dari kelas. Ustazah marlia pantas mengekori.
Tina tersengih sinis. Kelas 5 Alpha gempar dan kecoh melihat kejadian yang baru berlaku. “ aku harap takde yang kena buang sekolah nanti,” kata Tina kuat. Semua pelajar memandang Tina sambil menunjukkan muka yang cemas. Tina bergerak ke depan kelas.
“ now, korang semua akan dapat balasannya.”
Danial bangun dan menuju ke arah Tina. “ wei minah!” tengking Danial. “ kau fikir kitorang takut ke hah?!” tangannya menuju tepat ke arah Tina malah dia hampir juling melihat jari si Danial. Semua pelajar 5 alpha melihat pergaduhan di antara Danial dan Tina pula.
Tina tersenyum sinis. “ well, well, well, kita akan lihat siapa yang akan tumbang dulu. “ kata Tina dengan nada sinis. “ jangan fikir Congeniality akan tumpas kalau sekadar kena gosip dengan Truly Gossip yang hina tu. And kau.” Tina mula berjalan ke arah Umair. Danial cuba menghalang.
“ tepi la sibuk.” Tolak Tina. “aku tak rasa kau ni bagus untuk mana-mana perempuan.” Kata Tina dingin kepada Umair. “ aku rasa memang mistaken gila bila Lily berhenti gadoh dengan kau. And now, kau akan menjadi musuh kepada Congeniality forever.”
Umair tersenyum kecil. Dia bangun menghadap Tina. “ kau fikir kau bagus ke cakap macam tu dekat aku?” kata Umair perlahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan