Rabu, 19 Januari 2011

~cili.

p/s have a nice day everyone. may allah bless us. wink wink wink.you can check it out all my story kat bahagian LABEL and choose as what u wish.

assalamualaikum.


arakian di ceritakan, hehe, gaya poyo je aku ni. k, dengar, dengar. ni semua cili punya pasal. 


" cili tu apa?" 


huh? korang biar kentang, cili pun tak tahu. aisey men. takpe la. siapa yang tak tahu bentuk cili macam mana meh sini aku put gambar cili dekat sini. gambar ni aku amik dari album pak cik google aku & mak cik Chrome aku. jangan marah uncle. :p





semalam, after bayar duit latihan kereta plus duit ujian jPj, mak aku suruh beli cili kat kedai haji komeng. ( aku tak tahu nape orang panggil kedai tu~kedai komeng.)


kat rumah....


" nanti jangan lupa beli cili kat kedai." pesan mak.


"ok." jawab aku. aku ni memang buta sayur-sayuran, jadi selalunya aku bagi list je dekat pekerja kedai tu apa yang mak aku suruh beli.senang kerja.haha. my bad, my bad. mesti korang cakap.


"isy, sayur pun tak kenal."


lepas tu aku lempang korang lelaju. hee. k, sambung


" beli cili hidup 2 inggit tau." pesan mak lagi.


" cili hidup?" tanya aku pelik. aku ingat beli cili biasa je. cili hidup la pulak. apakah????


"cakap je kat wak tu, nanti dia tahu punya." arah mak aku.


"ok."aku angkat bahu terus chow naik motor sis aku.


****


kat kedai haji koming..


" wak, nak cili hidup 2 inggit." cakap aku kat haji koming tu.


" cili hidup?" haji koming dah kerut dahi. ah! sudah. takkan wak ni pun tak tahu cili hidup tu apa.


"a'ah." kata aku pantas. " mak kata nak cili hidup."


"cili ni kut." tunjuk haji koming.





cili padi? aku dah pelik dalam hati. aisy. nama lain cili padi ni cili hidup ke? haha. aku sure dah putus fius tak tahu nak pikir apa.


" dua ringgit ea?" tanya Haji koming ingin kepastian.


"a'ah." aku angguk je.


****


kat rumah....


" ni cili." aku bagi mak cili hidup @ cili padi. eh? ye ke?? entah. haha.


"ni bukan cili hidup! ni kan cili padi!!" marah mak.


aiyoo. haha. betul la aku pikir dalam otak tadi. ni kan cili padi.


" pergi tukar balik!" arah mak.


" mana la orang tahu. dah dia yang bagi." rungut aku.


****


kat kedai haji koming....again.


aku sengih2. padahal dalam hati tengah pikir macam mana nak cakap dekat wak ni yang mak mintak cili hidup. kang mana tahu dia bagi cili lain pulak....again. aisyy. tak ke haru.


" wak, mak bukan nak cili ni. mak kata mak nak cili hidup." kata aku. sengih lagi.


"eh? bukan ni ke? ingat kan yang ni. nama lain dia cili kampung. bukan ea?" terang haji koming.


aku sengih je la. cili kampung? cili kampung la pulak. pape je la. aku nak cili hidup bukan nak cili kampung. macam-macam cili aku kenal hari ni.


" agaknya mak nak cili tu kot." tunjuk aku.





" cili merah?" haji komeng dah kerut dahi. hee. aku tak nampak pun dia kerut dahi or tak sebab dia pakai topi koboi. " mak ada cakap tak, nak mintak cili merah ke cili hijau?" tanya haji koming lagi.


"entah." jawab aku innocent. " mak cakap nak cili hidup. tu je." jawab aku sengih lagi.


pastu haji koming curahkan balik cili padi tadi and bungkus cili merah dalam plastik.


" kalau salah , nanti datang balik." haji koming sengih. aku pun sengih je la. takkan nak buat scene ngeri pulak.


****


kat rumah...


" mak nak cili ni ke?" tunjuk aku.


" haa. cili ni la. " ia mak aku. mak aku pastu bukak plastik then jenguk tengok cili secara dekat. bagi nak puas hati kot. ye la, mana tahu, tadi tu pandangan logam maya je. hee.


" eh, ni dua ringgit? banyak la pulak." bagi tahu mak.


dalam hati aku cakap sesorang. hee. entah-entah wak tu nak tebus kesalahan dia, pastu bagi cili lebih sikit. haha. aku? no comment.


pastu aku terus belah masuk bilik sambung tidur.


p/s~ 
aku rasa memang pasni aku kena amik kelas sayur-sayuran. huk huk huk.






question about cili. tadi korang gelakkan aku kan sebab tak tahu pasal cili. sekarang aku soal balik.



Diantara berikut, yang manakah akan menghilangkan rasa pedas akibat memakan cili dengan lebih pantas?

a) Air biasa

b) Minuman yogurt

c) Minuman bergas

*

*
*
*
*
*
*
* jeng jeng jeng.....
  
Jawapan: b) Minuman yogurt

 jawapan korang betul? kalau betul, sila lah tepuk tangan yep. kalau salah, buat tambah pengetahuan. :D


kalau suka boleh komen. have a nice day.

6 ulasan:

Kak Long berkata...

yeah.. cili hidup. dah lama tak sebut camtu.

nice entry..

Nazrul Ashraff berkata...

haha...sekuarng2 ny thu gak pasal cili..sob,sob,sob..

coretan , aku dan kau . berkata...

ta taw plak na ilangkan pedas kne minum yogurt.. =.=!
ta pe, ilmu baru.. btw, cili gak dlm bahase kedah di panggil cabai..pelik kan?haha :)

Nazrul Ashraff berkata...

haha..cabai?? gila la..bru tw..

misslovalova berkata...

nasib mak kau tak mintak cili mati . kalau tak jenuh nak mncari . smpai mati tak jumpe kod . ahahhaha

Nazrul Ashraff berkata...

haha...seriously..klo mak aq suh cari..aq still n akan cari cili tu b'sungguh2..hahaha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...