Sabtu, 11 Disember 2010

~ page 71 of my evil girl name's Lily.

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

“ tu,” tunjuk Tina. “ uuu, dia dengan siapa tu?” tanya Tina ingin tahu.

Lily memicing mata untuk melihat gerangan wanita yang sedang duduk berdua-duaan dengan Umair. Namun kemudian dia duduk kembali dan menyambung esei bm.

“ malas la aku nak ambil tahu.”

“ laa, kau ni kenapa? Takkan touching kot. Ngeri sungguh la minah ni bila touching.” Tina tersengih.

Lily tergelak. “ ada ke cakap aku touching. Tak logik sungguh kamu ni, Tina.”

“ ni apa gaya cakap bahasa istana?” Tina duduk kembali. “ apa-apa pun, aku dengar Umair banyak juga skandal dia kat sekolah ni.”

Lily masih terus menulis. “ so what, not my bussiness, ok?”

“ ceh, not my bussiness ok. Punya laju gila kau cari dia bila aku cakap Umair dengan someone else. Gaya nak tipu aku.” Sindir Tina. Dia pantas menutup buku Matematik Tambahan dan menyimpannya ke dalam beg.

“ aik? Dah terus simpan ke? Kau dah siap ke? Aku tengok soalan integration tu macam mengong je.”

“integration yang mengong ke hati kau yang mengong?”

“ sheeshh kamu. Ngeri la kau ni. Aku tak layan chenta cintun ni ok? Fullstop.” Lily pantas menyumbat telinganya dengan headphone.

“macam la kau boleh lari dari kenyataan.” Tina tersengih. Kini gadis itu mengeluarkan notebook apple miliknya.

“ craby patty, online la tu.” Tegur Lily.

Tina tersengih kambing. “ siapa kisah. Boleh juga aku layan facebook or maybe twitter. Gosip ke?”

“ anda-anda-sekalian-memang-sangat-dahsyat-“ kata Lily satu persatu. “ pape pun, nanti aku nak pinjam kejap tau.” Tambah Lily bersahaja.

“ nak online la tu,” sindir Tina. “ cakap aku konon.”

“ mana ada aku nak online. Aku nak try tengok mana-mana overseas programe ok?” jelas Lily. “ sambil-sambil itu online la sekali.”

Sengih.

“ hee, cakap je la kau nak update facebook kesayangan kau tu kan? Nak dalih-dalih pulak.” kata Tina sambil tangannya ligat menari di atas laptop.

“ uuuu,” kata Tina. “ not bad huh?” katanya perlahan.

Lily mengangkat kepala dari esei bm sebelum bertanya. “ kenapa?”





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...