Ahad, 7 November 2010

~ chapter 1 ~ page 1 of Lydia The Assassin.

p/s my evil girl name's lily ~ first chapter ~ april 2010 . jangan lupa komen

Chapter 1
Form 1 ~ 2007.
“sila perkenalkan diri anda. Nama, tempat tinggal dan cita-cita.” Kata Cikgu Kamal si guru kelas kepada seisi kelas. “ bermula dari kamu.” Tunjuk Cikgu Kamal.
Si gadis bangun. “ nama saya ialah Nelly Lydia. Em, boleh panggil Lydia je. Tinggal dekat Mills dan cita-cita saya ialah ingin menjadi pembunuh upahan yang paling di segani.” Dia senyum.

Seisi kelas menarik nafas terkejut. Pelajar lelaki yang duduk di sebelah Lydia menarik kerusi menjauhi tempat duduk Lydia. Cikgu Kamal tergelak.
“ sense of humour. Bagus. Sangat bagus.” Lydia ketawa walaupun kengkawan kelas dah tunjuk muka nak baling kerusi pada dia.
“ ok, next.” Kata Cikgu Kamal.

Waktu rehat datang seperti yang dijanjikan. Lydia merenung jam tangannya. Sekarang pukul 3.40 petang. Dia berjalan menuju ke kantin keseorangan sementelah semua pelajar takut hendak berkawan dengannya. Ye la, cita-citanya hendak menjadi seorang pembunuh upahan. Hmm, ok apa cita-citanya tu, takde la teruk sangat. Setelah membeli makanan, dia menuju ke Pondok Djauhari, di situ terdapat dua orang budak lelaki yang sedang bergelak ketawa.
Lydia terus duduk di kerusi yang terdapat di situ. Kedua-dua lelaki itu memandang dia dengan pandangan hairan. Apesal? Pelik sangat ke aku ni sampai nak tenung aku macam tu.
“ err, ni tempat kitorang berdua la. Apesal kau duduk sini?” tanya si budak lelaki yang mempunyai tahi lalat di tepi mata. Suaranya seksi. Shessh, apa yang aku fikir ni. Lydia merenung tajam.
“ada tulis ke ni tempat anak diraja? Aku pun bayar yuran sekolah. Suka hatilah nak duduk mana. Ada masalah ke?”
Si lelaki terkejut. Mungkin kerana kata-kata Lydia yang agak kasar. “eh, budak ni. Kasarnya cakap.”
“ Daniel,enough. Biarkan dia.” Pelajar lelaki yang dari tadi berbalas mesej mula bersuara.
“ betul cakap kawan kau. Enough Daniel.” Kata Lydia sebelum menggigit sedikit roti sardin. “ by the way, my name is Nelly Lydia, 1 Beta,” perkenal Lydia tanpa memandang kedua-duanya. Jaga gengsi la apa lagi. Hehe.
“ Umair Taqriz, yang ni pula Daniel Ermawan. Kitorang kelas 2 Alpha.”
“ oh, kelas budak-budak pandai.” Gumam Lydia. Telefon bimbitnya berbunyi tidak lama kemudian dengan lagu Rich Girl-gwen stefani-.
“ hello.” Kata Lydia perlahan. “ okies. Malam ni pukul 9 kau ambil aku. Mission?”kelihatan Lydia mengangguk-anggukkan kepala. “ agree, aku rasa tembak je bagi mati. Menyemak je hidup kat dunia ni. Masa kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan aku. Huh.”
Daniel dan Umair mendengar dengan jelas perbualan Lydia dan sahabatnya di telefon bimbit. Diorang mengerutkan dahi. Lydia menutup flip handphone.
“ tembak? Kau nak tembak siapa?” tanya Daniel.
“ none of your bussiness.” Lydia terus membaling roti sardin tadi ke dalam tong sampah. “ tak sedap. K, nak masuk kelas dulu. Bye.” Lydia terus berlalu dari situ.
“ that was really hell.” Gumam Daniel kepada Umair. Umair dah geleng kepala.


Lydia berjalan keseorangan keluar dari kelas. Waktu persekolahan telah tamat dan dia menuju ke arah kereta Mini Cooper S berwarna biru yang terparkir elok di seberang jalan sekolah.
“ sorry late. Cikgu aku buat sesi suai kenal la pulak.” Kata Lydia. Dia menguatkan radio. Kereta Mini Cooper S itu sudah berdentum dengan lagu Gee by Girls Generation.


“ crab.” Rungut Lydia. “ ni apa lagu budak-budak ni.” Si pemandu tersengih.
“ bukan salah aku. So, hows the school. Be the normal teenage girl.” Tanya Hardy.
“ tak best langsung. Aku rasa diorang tu semua macam anak emas je. Gedik semacam. Budak lelaki sebelah aku lagi dasat. Terus duduk jauh sebatu bila aku cakap kat kelas cita-cita aku nak jadi assassin.”
Hardy tergelak. Kereta meluncur laju melalui di hadapan City Mall. “ lydia. Aku rasa kau kena la buat perangai macam budak form 1.”
Huh? Perangai budak form 1 sangat gedik. Fed up aku.” Jeling Lydia.
“dah tu kau bukan form 1 ke?” hardy tergelak lagi.
“ Hardy, sudah-sudah la tu.” Trisha yang duduk di belakang tersengih. “ pengalaman hari pertama yang menarik ke sekolah.”
“ tak menarik. Full stop. So, malam ni macam mana?” tanya Lydia. Trisha mengeluarkan notebook apple.
“ okies. Malam ni kita pergi Lintra. Ada mission kat situ. Pengedar dadah semakin banyak dan pihak berkuasa seolah-olah berputus asa. Jadi, adalah tugas kita untuk membersihkan kawasan tu.”
“ kenapa aku rasa macam kena buat kerja amal je.” Kata Lydia sinis. Dia mengeluarkan handphonenya.
“ aku rasa misi hari ni boleh jadi as a good latihan untuk kau Lydia. “ kata Hardy. Dia menumpukan perhatian kepada pemanduan.
“ aku pun bersetuju.” Setuju Trisha.
“ arahan daripada siapa ni? Kerajaan ke?” tanya Lydia.
“ bukanlah. Pihak atasan.” Jawab Hardy.
“ hello. Can I speak with Miss Chan.” Lydia memulakan perbualan di handphonenya. Hardy terus memberikan perhatian kepada pemanduan. Sesekali matanya melilau melihat cermin pandang belakang. Trisha pula melayan facebook di notebook apple.
“ hello Miss Chan, I’m Nelly Lydia. I just wanna to inform that tonight I can’t make out to tuition. I’m sorry. Ok, just that. daa.”


           

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...